Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Terima kasih kerana sudi menjadi rakan seperjuanganku

iklan

kelab bloggr

Friday, February 12, 2010

Pentingnya Kebersihan!!

Hari Rabu 9/2/ 2010, sk dikejutkan dengan kehadiran inspektor kesihatan,dari kem pendidikan yang membuat pemeriksaan kantin sekolah. Dan malangnya apabila kantin diarah menjalankan kerja-kera naiktaraf selama 2minggu bermula Khamis 10/2/10.Dalam waktu yang singkat pihak sekolah mengeluarkan surat pemberitahuan kepada ibubapa yang mempuyai anak disesi persekolahan petang, dan berharap agar mereka mempunyai abang dan kakak pada sesi pagi esoknya. Penutupan kantin mempunyai pro dan kontra. Pronya, ibubapa akan menyediakan makanan yang lebih baik untuk anak-anak, mereka akan membawa bekalan kesekolah dan ini mengeratkan silaturrahim dikalangan murid yang berkongsi makanan. Suasananya sungguh berbeza seperti zaman persekolahan dulu-dulu..tetapi jika diteliti, lebih banyak kontranya..kerana makanan yang dibawa kebanyakannya dibeli dari luar..bukan dimasak dirumah kerana ibubapa bekerja. Jika diperhatikan, sikap ibubapa yang sambalewa inilah yang menyebabkan pengusaha kantin tidak mematuhi standard yang ditetapkan kerana ibubapa tidak perihatin dengan tahap kebersihan dan tidak pernah membuat komplen terhadap kualiti makanan serta penyediaan makanan disekolah. Malah dalam hal ini PIBG juga dilihat tidak memainkan peranan dalam penjagaan standard kualiti penyediaan makanan. Bak kata pepatah "sudah terhantuk baru terngadah".
Bagi guru-guru, keadaan ini memberi banyak hikmah..antaranya, waktu inilah nak rasa masakan dari kawan2. Malah suasananya meriah macam kenduri pula apabila juadah dihidang dan dimakan bersama..
Mujurlah tempoh seminggu berlalu  bersama perayaan Tahun Baru Cina. Tinggal 3 hari sahaja selepas buka sekolah. Jadi kepada ibubapa yang ada diluar sana..bersikap perihatinlah kepada persekitaran anak2 anda. Pemakanan merupakan aspek penting dalam tumbesaran anak2. Janganlah kita leka bekerja dan mengabaikan amanah yang diberikan!!

Thursday, February 11, 2010

"Selamat Tahun Baru Cina"

Salam 1 Malaysia. Agaknya semua orang dah tak sabar menunggu esok. Bukan kerana nak sambut Tahun Baru Cina ..tapi nak sambut cuti selama seminggu. Inilah bertuahnya bumi Malaysia yang tercinta...cuti sentiasa meriah dan disambut bersama. Jadi janganlah asyik bertanya kenapa keharmonian perlu dijaga..saling menghormati membolehkan kita menikmati banyak manafaat. Kepada student2 HE SKP2204..inilah yg kita perlu fahami(result dah kuar).Jadi buka mata lapangkan minda agar kita tidak membuat hujahan yg membuta tuli. Berbalik kepada cuti..tempoh seminggu sangat bermakna kepada warga pendidik yg bertungkus lumus pada bermula sesi persekolahan Januari. Apa taknya..kerana seronok nak cuti, awal2 lagi sekolah dah kena ganti. Biarpun ramai yg diluar sana berkata " seronoklah cikgu..." tapi hakikat sebenarnya jauh sekali. cuti ni dibebankan dengan tugasan membuat soalan bagi semester pertama. Jadi kpd sesiapa yg mempunyai isteri atau suaminya cikgu..berilah sokongan. Kerana hanya anda sahaja yang memahami mereka. Bercuti..bermakna cikgu-cikgu diluar sana boleh menyedut udara ketenagan bebas daripada suara hiruk pikuk anak didik yg boleh mencapai 600 org sehari. Ramai yg kata, "kerja senang" tetapi rasanya kalau diberi peluang menjadi cikgu dlm masa sehari..alamat matilah anak orang dikerjakan. Kenapa...? sebab hanya cikgu yg boleh mengendalikan masalah disekolah. Buktinya..ibubapa, jika anak2 mereka dipukul rakan lain..mereka seboleh-bolehnya mahu membalas terus kepada sipemukul tanpa merujuk kepada cikgu.bayangkan apa berlaku jika bapa sipemukul pula datang..tak ke huru-hara? Jadi ...cuti yg panjang ini juga perlu diambil ibubapa bagi memahami anak sendiri kerana seringkali jika dipanggil ke jawatankuasa disiplin, ramai ibubapa berkata " cikgu, anak saya tak pernah buat perangai macam ni" sedangkan hakikat sebenar " cikgu, anak saya memang memang macam ni " . Em..rasanya saya berundur diri dulu..kepada yg merancang perjalanan..hati2 dijalan raya dan ingatlah orang yang tersayang!!!

Sunday, February 7, 2010

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Tanggal 27 januari 2010, Ayahanda Zainal Bin Mohammad kembali ke rahmatullah..mengadap penciptaNya yang maha Agung. Permergian yg sudah pasti meninggalkan kesan dihati insan-insan yang tersayang. Waktu-waktu yang ada meskipun tidak lama.. didalam suka dan didalam duka menjadi kenangan yang terindah. Semoga Allah mengampuni segala-dosa-dosaNya dan meletakkannya dikalangan orang2 yang beriman.
Kepergian Ayahanda, disusuli dengan kehadiran "orang Baru" yang jika diizinkan Allah S.w.t, akan menjenguk menjadi insan sekitar september nanti. Semoga Allah memelihara kesihatan dan kekuatan untukku melahirkan umat Muhammad..Amin.. Al fatihah untuk ayahanda..semoga rohnya dicucuri rahmat.. benarlah kata pepatah..patah tumbuh, hilang berganti..