Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Terima kasih kerana sudi menjadi rakan seperjuanganku

iklan

kelab bloggr

Friday, March 19, 2010

Penghujung Cuti..

Salam ukhwah buat semua. Sedar tak sedar hari ini Jumaat 19 Mac 2010. Sesekali mengimbas..


"
 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."



  1. وَالْعَصْرِ Demi masa.
  2. إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
  3. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-%E2%80%98Asr (ayat 103 surah Makiyyah). 
tertanya-tanya juga.. dalam golongan manakah kita. Adakah dalam golongan yang kerugian atau golongan yang berpesan-pesan ke arah kebaikan , beramal saleh, sabar antara satu sama lain? sesungguhnya keterlekaan menyebabkan kita rugi yang amat sangat. Hari ini, antaranya bermula Pesta Buku Kuala Lumpur, yang dinanti oleh peminat buku, peminat membaca buku dan peminat membeli buku keseluruhannya. Nampak acara ini sangat bagus...sambutan dikalangan rakyat kita yang semakin gemar membaca sangat mengkagumkan. Sehingga ada yang menggalakkan membaca didalam LRT, sambil berjalan, sambil memandu,sambil tidur..Alhamdulillah. Membudayakan satu semnagat baru yang sememangnya tipis dalam diri rakyat Malaysia.
Namun, seperti yang saya ungkapkan diawal tadi..kategori yang hadir adalah berseza-beza. Ada yang minat mengumpul buku tetapi baca..bagilah pada orang lain, ada yang minat membaca buku tetapi hanya minat kepada novel2 terbaru dipasaran yang sanggup mengeluarkan wang hingga ribuan ringgit. Ada pula yang hanya berminat kepada koleksi buku-buku tetapi sehingga membeli dari pelbagai bidang tetapi langsung tidak memahami isi kandungannya. Kata orang untuk melahirkan rasa suka dan cinta pada buku, biarlah buku apapun yang kita baca asalkan kita baca! tak boleh juga, perlu dipantau jika anak2 kecil membaca buku yang tidak sesuai dengan diri mereka, begitu juga remaja2..yang mudah mempelajari sesuatu melalui pembacaan tanpa diawasi ibu-bapa? bagaimana jika kita tergolong dari golongan yang "gila" membaca hinggakan terabai tanggungjawab yang lain? adakah kita mendapat manafaat darinya? Jadi, renung-renungkanlah. Membaca menambah ilmu pengetahuan, melalui pembacaan kita mengetahui segala yang tersembunyi. Kemudian kita sebarkan teladan kepada rakan-rakan, kita kongsi isinya, faktanya, pengalamannya ke arah kebaikan. Semoga masa yang kita habiskan di PBKL tidak membuatkan kita dalam kerugian..insyaallah!!!