Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Terima kasih kerana sudi menjadi rakan seperjuanganku

iklan

kelab bloggr

Wednesday, November 24, 2010

kenduri sana sini..

SaLam bUaT kAwAn2.. angin kg begitu nyaman walau dlm keadaan cuaca yg mndung, hujn lbt mahupun pns terik. Apa2 pun, mummy nk ucpkn jutaan trima ksih pd "darling" yg mngizikan mummy utk stay disini beberapa hr lg. Bermula drp hr selasa sblm raya hingga ke isnin depan mummy akn brada di kg.Demam mkn dging yg brmula pd hr raya korban masih brtrusn hingga ke hr ni. mklumlah..musim org mmbina msjid dh brmula. Jumaat lepas, mummy menghadiri mjlis pernikahan sepupu suami. Em..cntik2, tengoklh pic yg smpt diambil..

alahai..lentoknya kepala Qaseh..
selepas majlis akad nikah Nadia & psangnya..
cntiknya  pelamin..
khemah & tmpt mkn yg luas n selesa..
memandngkn suami prlu blik awal ke K.L, x smptlah kami mnghdiri knduri keesokn harinya..Selamt pgntin baru buat Nadia. Jumaat & sabtu ni kami sibuk pula dgn majlis prkhwinan adik ipar & mjlis akikah /cukur jambul Qaseh..nanti mummy postkan lg prkmbngnya..smoga semua yg dirncg brjln lncar..aminnn.

Saturday, November 13, 2010

1st Give Away senandunghatiku Besday

1st Give Away "senandunghatiku Besday"

Em..jom join 
Tak lama lg Senandunghatiku akan menyambut ulangtahun pertama. Jadi dgn berbesarhatinya..kami mgnjurkan 1st Give Away contest..utk rakan2 blogger.
syaratnya mudah saja..


1. mestilah mempunyai blog sendiri..
2.follow blog ini dan dan add ke blog list anda..
3. Copy dan paste banner diatas, dan post dientry anda...
3. Buat satu entry ucapan besday kpd senandunghatiku.
4. postkan entry anda disini dan komen sekali ya.
5. Tag..seberapa ramai yg anda suka...min 1-mak 5.
sukacitanya sya tag  mommamia,tomatokering,kami in the house


Pemenang akan dipilih secara random..dan 3 entry terbaik akan dipilih oleh saya sendiri. sbnyk 5 hadiah saguhati disediakan.
Jom cepat2 join.Saya nk gi beli hadiah nih!


Pssst!! tarikh tutup GA ini pada
 5 Dis 2010.







Thursday, November 11, 2010

Berakhir sudah penantian..

Berakhir sudah penantian..


Em..dah berakhir penantian sejak pengumuman result UPSR akan kluar. Dah la 2 hari mummynya x lalu nk mkn, Ari ni terasa la lapar yg amat sgt. bila smp sek td, nampak semuanya bertangis-tangisan. Gembira ada, sedih pun ada. smp x terambik gmbr. Cri ank bujang x ada..rupanya kat kantin..duk trmnung ngan kwn2 dia. Mummy pun berjumpa dgn cikgunya. "Tahniah.." tp ucapan tahniah tu x sepenuhnya membuatkan umi ingat pesan  abahnya sblm kuar td... "apapun..redha..dia dah cuba" .. 4A 1B. Aduh..! rasa tertusuk2 jantung ni..em..mesti anak bujang ni frust giler..patut x nmpk muka. "Alhamdulillah.." umi tarik nafas panjang2..bila terpandang wajah dia..umi thn airmata dr tumpah. ye la, kalau mummy frust..dia lg la frust kan? umi bg dia smngt..tak pe, lps ni bnyk lg exam nk tempuh!dia senyum pahit. Mummy tahu dia kecewa. Tapi ini baru lgkah prmulaan. Biarlah dia bermula dr bwh. Sekurang2nya dia ingat bhw Allah sentiasa menguji hambanya dan semoga dia lebih berusaha dimasa akan datang.

"AZEQ KHAIREEN.. MUMMY BANGGA ATAS PENCAPAIANMU..TAHNIAH DARI MUMMY & ABAH. SEMOGA LEBIH BERJAYA DIMASA AKAN DATANG..AMINNN.."


 Waktu dlm perjalanan pulang dia berkata.."Mi..laparla..lapar sangat ..! ha, br dia sedar perutnya lapar .Dah 2 hr dia x mkn nasi..huhuhu..(ptg ni result UPSRA pula kuar..agaknya berapa la ya..)

Tuesday, November 9, 2010

Ok..cantik!

Hari ni lmbat lak write new post. Bukannya apa, ralit duk buka blog kwn2 baru. Malam td, masa hubby duk cek dia punya FB, aku pun show blog ni kat dia. Berdebar-debar lak tunggu reaksi dia..dup..dap..dup..dap. Buatnya dia kat x ok..em, jwbnya kn tutupla blog ni. Pastu dia tnya, "cmana abang nk tengok blog ni dr opis.." wahhh..leganya. So aku pun srh je dia buka FB coz ada URL kat situ. Dan pg ni dgn wajah yg berbunga2 aku amik gmbo dia, nk publish kat blog.. kelakarla pulak. Jgn marah ye darling!
tgh siap2 nk pegi keja la ni..hehehe..subuh2 dh kn posing!

Monday, November 8, 2010

Pagi Isnin yang tenang!

Tenang sungguh pagi ni. Along & angah masih disekolah.tu yang rasa sunyi sikit. Budak kembar ni kalau abang2nya tak ada..cam ni la diorg, tergolek je..


tengah menonton ceria
Qaseh pulak, kalau dh knyg, mcm ni la dia..ni blum mndi lg, kalau dh mndi lagi la lena,,


lenanya dia..

 Em..menu bfast pg ni ...wholegrain fibremeal. Mula  mkn roti ni masa pregnant kmbr..smpai ari ni.., dh x pndai mkn roti biasa. Bagus utk diet karbo..dn bg yg mgidap kncing manis..
nk lg sedap..tmbhla aksesori skit..tuna mayo, salad & cili..
sndwich tuna..em, sodapnyooo..!
Ha..ni pulak supliment tmbhn yg bgus juga. Bio protien (protien soya & dadih susu) , saya daptkan diCosway.
Sejak ambil soya ni..x de lg masalah kurang susu. Terlebih2 ada..tu yg kenyang anak dara tu, sampai tidur lena..tapi kalau ada yg x thn baunya..x pyh ambil la ye.Macam dedak ayam pun ada..hehehe. Kalau anak minum isomil..haa, mcm tu la rasanya.
Apapun yang penting, makanan sihat dan seimbang. Baik untuk saya dan untuk simanja juga. Em..dah tiba waktu memasak...stop dulu.!

Sunday, November 7, 2010

SUAI KENAL BLOGGER .. ANDA BERMINAT ?

http://lh3.ggpht.com/_HNfF5x-lK-0/TNYW5Yb3hoI/AAAAAAAALiM/NgWJVc-9Sis/s1600-h/image%5B3%5D.png

SUAI KENAL BLOGGER ..ANDA BERMINAT ?

Mula-mula rasa mau..tapi malu..Salam semua.. pada awalnya ingat nk berblog utk diri sendiri. kemudian sibuk pula nak dapat baby. tu yg terus memencilkan diri. tapi bila hari2 tengok  En.BEN ASHAARI  punya entry..rasa sangat hepi. Sebab itu akhirnya saya buang rasa rendah diri dan sertai perjalanan blogger disini. TQVM En. Ben. Harap-harap lepas ni..blog saya jg dipenuhi komen entry dari kwn2 yg baru dikenali. Selamat berkenalan semua!

My Bling Moment: Breastfeeding

                                                              http://mysuperkids.net
                                                              http://mysuperkids.net
                                                              http://www.blingboutique.biz
                                                              
    My Bling Moment: Breastfeeding


Nurqaseh Airis Fiqriyah begitu lena didalam baby stroller tanpa menghiraukan hiruk- pikuk di IOI Mall. Namun setelah asyik meninjau ke sana- sini, Mummy tahu Qaseh menyedari bahawa dirimu tidak berada dalam pelukan mummy buat seketika.Kerana itu, mummy mendapat isyarat bahawa dirimu kini perlukan sesuatu. Sesuatu yang hanya ada pada diri umi dan yang kamu perlukan iaitu susu ibu. Malu? tiada istilah malu kerana mummy sudah bersedia untuk menyusukanmu dimana jua berada. Persediaan dari segi fizikal (http://www.blingboutique.biz) dan mental (http://blog.sususihat.com)..kerana tiada yang lebih penting selain meletakkan dirimu dalam dakapan dengan penuh kasih sayang. Mummy berharap agar semua ibu rasa seperti  apa yang mummy rasa dan semoga Nurqaseh Airis Fiqriyah menjadi anak yang sihat dan taat  (http://mysuperkids.net) dewasa kelak. Untuk itu mummy ambil keputusan untuk sertai peraduan ini sebagai menyokong penyusuan ibu sepenuhnya!

Saturday, November 6, 2010

Alhamdulillah..stok untuk Qaseh..!


stok permulaan..
Haa..ni lah stok yg telah aku perolehi utk Qaseh. Mulanya..x de la serius sngt nk BF. Tetapi..hatiku tertumpah

Darlingku
satu perasaan kesian teramat sgt kat darlingku yg terpaksa bgn tgh2 mlm bncuh susu untuk abg Qaseh yg montel 2 org ni..
My twins.Aman & Filhad

Kalau tambah Qaseh lg sorang, x bgn pg la jwbnya. Maka aku pun kumpul2 la duit..bkn apa, pengalaman yg lepas2.. nk perah susu pakai tgn jwbnya dptla 1/2 auns, mana cukup..kebetulan pula..FM ada buka cawangan di Puchong. habis pntng..terus pergi. Nk cari pam yang OK..maksudnya, tak sakit..x bising..dan sesuai dgn budget..maka dapatlah Madela Swing dgn hrga offer..TQVM FM..

madela swing.

Dan sekarang ni..kalau nk tingglkn Qaseh pun dah boleh dah..tp nk gi mana? skrg tgh cuti lg kan..hehehe..So, lps ni nk gi mana2..aku kenalah gendong beg ni dan ambil gmbr bnyk2.Sbb ada 12 borang contest yg boleh aku fill up. manalah tau..ada rezeki nk menang complete set Madela BF pump yg brnilai ribuan ringgit..(seribu pun dh kira ribuan kan?). Tapi sbnrnya tiada yg lebih pnting selain drp mnyusukn Qaseh scra exlusive..smoga Nurqaseh Airis Fiqriyah mmbsar dgn sihat,bijak dan dijauhi sgala ancman bakteria jht!
hehe..wayang je ni..satu bg pun dh cukup!

          http://muffinsjue.blogspot.com/2010/10/tentang-seseorang-1st-giveaway.html
    
Tentang seseorang-1st GiveAway


Tahniah buat Jue..kerana telah memiliki seseorang yang mampu menjadi pelindung..seseorang yang tidak kita kenali lahiriahnya..dan kini sebahagian rusuk kirinya adalah buat Jue.Alangkah indahnya kurniaan illahi..seseorang yang berkongsi rasa suka duka itu..telah menghadiahkan pula "seseorang" yang bakal mejengah dunia ini, sebagai permata hati ayahbonda..dan sebagai umat Muhammad yang menjadi legasi agama dan bangsa.Pasti kehadirannya dinanti..apa juga yang dilakukan, keutamaan kini pada sidia..semoga kehadirannya menjadi penyambung sebuah cerita kehidupan yang Jue bina. Juga  perlu ,Jue sentiasa berdoa kepada Yang Esa.. agar "seseorang" yang dinanti kelak disambut dengan penuh kegembiraan dan kesihatan..dan apapun ketentuannya..terima dengan redha kerana kebahagiaan kita adalah pinjaman dariNya..semoga Jue Ceria2 selalu dan bersedia begelar seorang ibu..


  maka dengan senang hatinya di Tag juga Aina dan Mel.

Friday, November 5, 2010

Offer baik punya. ..AinaHat utk dijual..

               Ni AinaHat yang kedua saya odr dr  krafaina.blogspot.com utk, Nurqaseh Airis Fiqriyah..
sayangnya, tanpa saya sedari ukurlilit kepala Qaseh ni dah membesar 3cm..jd tak muat.huhuhu..sedihnya. jadi kalau ada yg berminat...blehla pm saya utk dptkan hat yg comel ni. Harganya RM40..free postage.Saya offr ni.
Sesuai utk baby yg berumur hingga 2 bulan..dgn ukurlilit 30cm.kalau nk odr yg lebih besar..nyatakan ukurlilit @ umur baby anda ya..
Ha..ni yang mula2 saya dapatkan. Kalau jln2 kat shoping mall sesuai ni..x la masuk angin..

sibuknya menjadi suri rumah..

Lepas habis berpantang, mulalah tak reti2 nk duduk diam. Betul la kata kwn2..kalau nk berehat balik berpantang dikampung. Duduk rumah sendiri..alamatnya semua kerja nk buat sendiri.tu pun nasib sempat tunggu habis pantang. Maklumlah, melayan kerenah hero2 yg ada dalam rumah ni..naik pening dibuatnya. Hari ni, niat dihati nak mengemop lantai. Selalunya, abah dia yang buat..tp ari ni cuti kan..so bg dia rilek skit. tapi

tengoklah..Upi..sibuk nk try mengepel!                                                                                                                                                          
angah pun sama..mujur masa ni aman tengah basuh uk..uk..kalau tak , bertambahla pekerja yang x membantu nih!. Dah la bising berebut nak mengemop..umi terpaksa pulak membuang masa tunggu giliran mop lantai. Mujurlah anak dara sorang ni..lena tidurnya...bolehla buat krja dgn jayanya..harap2, bila besar nanti semangat membantu umi terus membara ya anak2!