Wednesday, February 2, 2011

Salam buat semua rakan blogger. Bersiaran dr Kg buat Mummy lupa sekejap pd tugas2 rasmi. Bukan tak bawak balik, tapi bila nak buat kerja je mata mulalah nak terkatup. Jadi mummy pun BW sekejap sambil baca entri rakan2 yg lain. Dlm pada tu, smpat juga belek gambar anak2. Buat mummy rasa nak berkongsi kisah suka duka melahirkan kembar mummy. Kalau tengok gambar dibawah, agak2 dapat teka tak mana satu abang, mana satu adik?Sebenarnya mummy pun tak dapat cam muka, tapi cam secara fizikal.

Yang besar tu abang "Muhammad Lutfirrahman Adha" dan yang kecil tu adknya "Muhammad Lutfilhadi Adha". Alkisahnya, mummy x tau nk isi nama apa diaorang berdua ni. Mula2 berkenan juga dgn nama sikembar zakuan adha dan aidil. Tapi Mummy ubah fikiran.. sebab nanti tumpang glemer diorg pulak. Masa mengandung ada juga minta tolong En.Hubby pilihkan, dia kata tak tahu nak pilih nama apa..
Mummy mula risau. Bila kandungan mencecah masuk bulan keenam, mummy diminta oleh Dr. utk admit HPJ bagi dptkan suntikan " dexa" utk matangkan paru2 baby. Kata Dr. baby dlm perut nampak mcm terkepit, tak ada ruang utk berpusing, jd mungkin mrk akan lahir lebih awal. Takut?? alhamdulillah tak.Bukan nk ckp besar, siapa tak takut utk melalui saat2 itu, tapi mummy dh bersedia dr segi mental dan keyakinan. Masa awal2 mengandung, bila dpt tahu twin, Dr. dah berikan penerangan tntg risiko yg bakal dilalui. Kebetulan waktu itu Astro memperkenalkan chanel DH&H 733. Hari2 Mummy tonton, cara melahirkan baby termasuklah kembar dan pembedahan. Memandangkan Dr. dah beritahu mummy jika anak x berpusing maka pilihan terbaik adalah ceaser. Ini krn kedudukan adik yang songsang. Sampaikan bonda kata mummy terlalu berani jika dibandingkan dgn dia. Tak cukup dgn itu, mummy serve internet dan majalah berkaitan dgn kelahiran kembar. jadi memang cukup persediaan la kiranya..
Bila mereka lahir?
Bila kandungan mummy mencecah 32 minggu( 32 w+ 4 days) , betul2 nk masuk 8 bulan.iaitu pada hari raya haji 20.12.2007. Sehari sebelumnya mummy dah ke HPJ. Kata Dr. kandungan dah nampak sarat. So, mummy tak boleh buat perjalanan jauh. Lepas tu terus call Bonda, bagitahu tak dpt balik. T/hari tu juga Bonda datang ke Puchong..(sayanggggg Bonda Hj.Kamaliah). Mummy hari tu sempat lg jln ke Giant,lepas balik dr HPJ. Tapi, waktu tu jalan lima langkah..berhenti. Sampaikan orang yg berselisih ngan mummy akan berhenti tengok mummy. Mrk ingatkan mummy sakit walhal baby kat dlm mengeras. Bila mrk tahu twin ada dlm perut mummy, mrk pulak yg excited. Balik rumah, bonda terus masak lauk pauk utk hari raya. Bonda pun kata mummy nmpk lain macam, takut x sempat makan juadah raya..pkl 8 mlm bonda hidangkan buat mummy pulut santan (lemang bungkus)+rendang dan mcm2 lagi. Kata bonda kalau bersalin esok, tak la mummy terliur..terer kan Bonda? sebab tekaan bonda tu tepat. Lepas azan subuh, mummy rasa air yg bnyk keluar.ingatkan kencing, tp x terasa.Bila air yg keluar trasa panas dan memancut, mummy tahu ianya air ketuban mummy... Lahirlah mereka berdua dgn berat 1.8kg dan 1.6 k.g, tersasar dr jangkaan Dr..


bila dah balut camni, nampak besar..

baby coat trpaksa dibeli coz twn perlu dikuarantine dr org dewasa selama 1bln..tp kat dlm tu "abang twin"
Kecik sgt..huhu, mrk keluar dr NICU berat abang 1.9kg berat adik 1.8kg.

masa ni x tau mcm muka siapa, kulit muka berkedut dan kening adik bercantum dgn rambut ketika lahir.


Next story...Camana boleh jd besar mcm ni?
Haa..besarnya



cermin diri..








Sunday, January 30, 2011

 urmm..ok tak layout baru ni?..nk cuba lak pink kaler.Nampak best je. his..baju x packing lgi.Esok kononnya nk gerak pagi, ntah ye ntah tidak. Bila nk blik kg je ..rs mcm nk bwk rumah skali..mana taknya, bnyk sgt kerja nk dibuat..ni ha..esemen Dr. Abdullah, 


kn bwk blik jg. Nk wat kertas kerja utk aktvt panitia yg ni pun kena angkut..




 eh..yang ni pun? yang ni wajib..dah siap pakai helmet tuh!

Qaseh jgn la marah mama!


 yang ni pulak...hehe, lagi wajib. My kelindan or 2nd driver merangkap "mak buntut" anak2 I . mana boleh tinggal...!

sompek lg posing tgh ujan..br blik dr kelas la ni..cantik x10der tu..

eh..nak gi pack baju dulu lah..nanti my hubby tegur..susah pulak..

Hujan oh Hujan...

Petang semakin mengensot pergi..hujan kat luar masih belum ada tanda2 nak berhenti. Sejuk terasa sampai ke tulang. Anak2 tergolek diatas lantai. Rimas juga agaknya mereka. Ingatkan cuti sekolah nak lah bermain di luar. Cadangnya esok mummy nk blik kg. Rindu kat Mama. Anak2 pun dah mula membuat oder kat neneknya. Nak makan kuih sepit, kuih buah melaka, kuih apam, kuih bakar. Mummy pulak teringin nak makan Laksam, n mee kari + sambal kerang. Biasanya kalau ramai2 kat rumah tu, perut asyik lapar je. Selera makan pun bertambah. Tambah pulak hujan2 cam ni. Cuma, rugi sebab x dpt nk biarkan anak2 main hujan. Maklumla..petir  dan kilat sabung menyabung. X sama macam zaman mummy dulu. Dek kerana hujan..kenalah mummy bagi diorg main PS2. kesian pulak x de aktiviti apa2.

Qaseh dah pandai meniarap. Mainan pertamanya mummy tempah dr krafaina


bersemangat nak capai..

dah letih la ni..kecian..

acara lawan gasing..

tergolek je ari ni..

Tuesday, January 25, 2011

Selamat...!

apa yg selamat?hehehe..hdiah pemenang GA baru dipos tadi. Lambat? jgn ditanya knp lambat. Itupun x semua  coz mummy x terima detail dr pemenang. apapun..utk follower mummy bg topup ya RM10 tiap seorg. Dan utk cipan pasir..semua hdiah mummy beli tu sesuai utk ladies, So mummy gntikan dgn topup RM15. Klau nk  cpt2 la bls msj ya..

Sunday, January 23, 2011

Jom la tengok gambar2 ni..

dah lama nak upload gambar tp..x sempat2. Akhirnya berjaya juga..gambar2 ni bermula ngan cabutan GA senandunghatiku..
ni nama peserta GA..

ni bukan nk tunjuk tgn..brebut2 nk wat cabutan..

dah dapat pun..

skali lg..compom..3 pmenang tlh dipilih..

ha..dah tau dah sape yg bertuah..
Ni pulak gambar anak bertuahku, angah..barisan tengah no4.Tengan syok melafazkan ikrar. Ni minggu ke dua sekolah. Yang syoknya, tiap2 pagi kn usik ngan cikgu2 kat sekolah..berjurai airmata.Nampak dah hero..
adik2 pra sekolah SKP..
ni lak gambar terbaru anak bujang pakai baju sekolah putih..nmpk skit lainnya..


Mula je sekolah..dah busy nk kemaskan kelas..jadi cikgu, nilah kerja tiap2 tahun. Kalau x buat rasa mcm x lengkap lak jadi cikgu..


ni jadual bertugas hasil kerja kreatif cikgu aina..(bakal cikgu)

tengoklah my hubby..sanggup tlg panjat. TQ darling..ewahh!


yang ni pulak..org busy wat keje..dia ttp maintain maig game FB ..




yang ni pun sama..syok berFB..

sampai tertidur.. ni disebabkan udara yg nyaman...sejuk gitu.

Abahnya sempat lak beli maggi cup..lapar rupanya smua org..smpai licin.

ha..ni bekalan Mak Teh bawak..punya la bnyk..tp smua abis..

kira boleh la...

ha..tu dia, ni pun hasil kerja cikgu aina..

kalau x letak, bnyk sgt cahaya masuk..silau budak2 tu nk nengok papan hitam..

lepas siap psg..nyaman betul..

ha..ni dr depan smpai blkang..baru one side.

ha..nilah org2 yg suka cari kerja..
anak dara ni pun ikut juga..
tu lah sebenarnya yang menambahkan kesibukan mummy di SKP, baru 5 %..minggu depan kita terjah UPM & Um lak ye..tapi walau bagaimana sibuk pun rumah ttp no1.kalau tak mesti en.hubby tarik muka..

Sunday, January 16, 2011

Tak cukup masa atau masa yang tak cukup?

Salam pagi minggu. Ntah betul ke tidak tajuk entry tu pun mummy tak pasti. Tapi itulah hakikatnya yg terjadi buat masa ini. Jadual yang padat buatkan mummy rasa tak cukup masa. Pagi ke sekolah, Petang Isnin dan rabu ke UPM, Petang khamis pula ke UM . Petang selasa dan jumaat sibuk uruskan kerja2 sekolah yg terpaksa dibawa balik ke rumah. Tunggang langgang juga rumah jadinya. Harap-harap mummy dapat settlekan kerja2 yang dituntut ini secara berperingkat dan segera. Kalau tak alamat rebah dipintu kereta la jawabnya...hehehe. Kesian Qaseh. oleh kerana kesibukan..waktu menyusu pun berubah. Hampir2 mummy putus asa bila air susu berkurangan. Mujurlah teringat pada entri Mommamia. betul rupanya, kalau kita stress, dan pump x ikut jadual..air susu kurang. Dengan pantas mummy amik supliment shaklee dr momma. Esoknya dah sampai dan dlm tempoh 24 hours..hasilnya mengkagumkan. Air susu yang terhasil pekat dan mengenyangkan Nurqaseh. Sekarang ni, satu perkara yang merisaukan mummy ialah mendapatkan buku SPSS Third Edition. Ada ke sesiapa yang boleh tolong? dah la mummy ni buta statistik..kena pulak amik paper tu..huhuhu.Nak drop , rasa rugi, coz x amik paper lain..Kalau ada yang sudi tolong..mummy alu-alukan..dah la..panjang pulak membebel. Kepada pemenang GA..esok hadiah akak diposkan. Ari ni br mummy sempat kumpul..Jangan marah ya....!

Sunday, January 9, 2011

PENGUMUMAN PEMENANG GA

Assalamualaiikum buat semua blogger. X sabar rasanya nak umumkan pemenang GA New Year Senandunghatiku.. Cabutan telahpun dilakukan bersama-sama; dengan senanghati diumumkan pemenang2 nya.

3 hadiah utama dr senandunghatiku;

 42. Cempaka kuning
14. Suzie 284 contest (mama Z'harfan)
54. Cipan Pasir (taufidris)

3 pemenang yang akan menerima daripada krafAina;
10. mairasukacgl
58. Azrynain
5.  nanakimie
memandangkan mood krafaina sangat baik hari ni..maka satu lagi pemenang tlh menjadi pilihan beliau iaitu;
13. CUTE MUM

dan 3 pemenang yang akan menerima hadiah daripada Aku & buku;

40. inahasan
41. mamat80
52. Nurnuha syakilla.

 Hadiah bagi follower terpilih pula...

1: yan
2: Mommamia 
3.abbymira

 Kepada para pemenang...sila email alamat lengkap berserta no H/p ; hadiah akan menyusul dalam tempoh 2 minggu ...

Kepada rakan blogger yang lain, nantikan GA seterusnya dengan hadiah2 yang lebih menarik..Salam sayang buat semua!

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020