Thursday, December 15, 2011

pangkor dihati-Jom Join GA Siti!


oleh kerana dah lama tak berblog..banyak GA yang tak dapat mummy ikut dan buat. Tetiba nampak pula banner blog siti ni..
Mummy mula kenal cik Siti ni melalui FB..mummy adalah membeli pendukung baby yang boleh disangkut di dalam kereta ataupun di kerusi meja makan..sangat praktikal.
So ari ni ..mummy nk join contest yg cik siti anjurkan..
Bila tengok Pulau Pangkor..teringat semasa kursus KPLI-SR-LPBS 2006. Mummy pun buat aksi berbahaya yang cik siti buat tuh! terpaksa sbnrnya..tp bila dah buat..seronok smp tak ingat dunia!..waktu tu br je dpt tau pregnant si kembar(tp x tau kembar-mujur tak jd apa2)
Eh..dah panjang la pulak..apapun kalau rasa nak join GA ni...KLIK PD BANNER DI ATAS YA!

Tuesday, November 29, 2011

inilah duniaku! FAST..


Salam ukhwah buat semua rakan blogger..

Tahun  baru dah bermula..ramai2 lah kita berhijrah ke arah yang lebih baik..insyaallah!
Selama hampir 13 minggu mummy agak sibuk dengan tugasan untuk PHD. Alhamdulillah pada hari kita menyambut tahun baru awal muhhram..tugasan itu selesai bagi fasa 1. em..Bolehlah mummy menarik nafass..ummmmmmmm...ahhhh lega rsanya. Kembali kepada kesibukan normal. minggu ni dah bermula jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Dapatlah memantau perkembangan anak2..
berbalik kepada tugasa yang mummy terima..ini adalah program pertama di Malaysia. kiranya mummy adalah barisan TEAM yg pertama..dan telahpun menghasilkan generasi FAST pertama di Malaysia.
 Apa itu FAST? http://www.familiesandschools.org/(boleh jenguk kat sini.) merupakan NGO yang bergerak menjadi satu daripada rangkaian hubungan antara ibubapa dan sekolah. lebih fokus kepada hubungan ibubapa, sekolah dan anak2 dari aspek perkembangan sahsiah individu. Sebenarnya ini sangat diperlukan di negara kita. Kerana PIBG hanya memantau perkembangan luaran sahaja. apa2 masalah dalaman terutama yang melibatkan disiplin selalunya apabila dah tiba ke klimaks..barulah PIBG ambil tahu. Program ni berlansung selama 2 1/2 jam setiap sesi..satu minggu sekali. Ada slot2 yang sangat membantu perhubungan ibubapa, anak2 dan guru. Program ni bermula dari baby-hingga ke sek men tinggi..tetapi kita hanya ada pakar utk menengah rendah dan menengah atas sahaja..kira umur 11-13 dan 16-19.
ok..layan gambar dulu..nanti mummy terangkan lagi tentang program ni!
trainer drp US mrs. Patdevanport bersama trainer  from Malaysia  Dr. Rosnaini mahmud(UPM)

wakil sekolah dan guru

Wakil remaja (upm) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Wakil JKM dan Youth advocate Mr.Syawal (kanan) from MPP UPM

My self..
first night with family

ice breaking..




my buddy Pn.Azita  (kaunselor smk jln 3)

Pn.Laili & family..very sporting!

our team members for TEEN FAST (course to become member-2days at smk jln 3)



Sunday, November 20, 2011

Cuti bermula lagi..!

Salam buat semua rakan2 blogger. Mulai  minggu ni mesti ramai yang pening memikirkan apa aktiviti untuk anak2.  Manakan tidak, baru sehari cuti anak2 dah mengeluarkan perkataan boring. Tengok sajalah di FB mereka. Bukan nak kata lah, boring mereka muncul apbila memikirkan terpaksa berada di rumah untuk tempoh 24 jam. terutama jika ibu bapa bekerja. Mungkin disaat ini ramai yg mula merasakan alangkah baiknya jika sekolah dibuka sepanjang tahun?!. Malah bukan itu sahaja, selalunya bila anak2 ada di rumah bersama2 kita perbelanjaan keluarga akan meningkat sekali ganda. Dan bagi cikgu2 pula..inilah masa berkualiti bersama keluarga tersayang. boleh la melihat pencapaian anak2 kita yang diasuh dan dididik orang lain. Boleh perbetulkan yg mana salah atau kurang..
hah..bercakap panjang lebar ni..kepada kawan2 yang mencari produk halal keluaran bumiputera..bolehlah melihat keperluan harian anda..
http://beautyfrenz.blogspot.com/2011/11/antara-bahan-kandungan-lipstik-lipbalm.html
shower gel
lipstik ( ikut darah..tahan lama dan sgt selesa)
Lipbalm...sangat selesa a/bila digunakan.

jika berminat boleh email atau tinggalkan mesej anda.
Selamat melayari tempoh bercuti bersama anak2!

Sunday, October 30, 2011

Sedar tak Sedar, umur Qaseh dah pun masuk setahun..






Erm...cepat sungguh masa berlalu. Dalam  kesibukan  mengejar tugasan dan tanggungjawab tak sedar akan putaran waktu yng datang dan berlalu.. Si kecil yng cumel ini dah pun menjangkau usia 1 tahun 1bulan 14 hari..
Sempat juga kami sekeluarga outing untuk menyambut ulangtahun kelahirannya di rumah rakan karib Mak Ra.
huuuuuaaaa.....(luasnya dik!)

"bila la nak bergerak ni..dah lapar perutku.."

"eh, hari ni besday saya..kenapa pulak ramai yg enterframe?"

Puteri mummy...

"haa..barulah selesa mataku ini"

aumm..sayaaaaaanngggg mummy!

eh..mana kasut saya?
burrrp...dah kenyang.ngntuk la pulak..



tolong habiskan ya..

simple je..
nak letupkan ni..jgn terkejut ya.

siapa punya besday ni..mcm semua nak tiup je?

apasal la tangan abah ni besar sangat?
Kredit kepada auntie ita..makasih ya auntie..bagi pinjam lokasi sekejap.
haa..nak tau kat mana ni? inilah rumah NUR KASIH THe MoviE..

bersama tuan rumah..terima kasih ya makcik..dah lama nak singgah, tp segan..

itulah perjalanan 16 september 2011...sempena hari jadi Nurqaseh Airis Fiqriyah bt Abdullah Khairi.


Banyak lagi nk kongsi..jd..jgn lupa komen ya...!


Eh..dah lama tak ber blog!

Assalamualaiikum..dibibir saya tak lekang perkataan sibuk. macamlah mummy sorang saja yang bekerja kan..? sebenarnya masa tiada yang terluang..jadi tak dapatlah nak berblog seperti dulu. sibuk dengan tugas dan tanggungjawab di sekolah, sibuk sebagai pelajar di UPM, sibuk sebagai ibu kepada hero-hero dan heroin..disamping tuntutan2 yang datang tanpa diduga. Banyak sebenarnya nak dikongsi bersama.. rindu pada rakan2 blogger..insyaallah.., esok mummy akan ceritakan perkembangan persekitaran mummy..
selamat malam..

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020