Monday, December 26, 2011

"Contest My Top Referral by Amira Studio"


Tarikh Tutup:

31 Disember 2011
 Hadiah Utama:
                                             -RM100 Cash
                  FootDetox(RM20 Each) tajaan dari FizzAsmara 

                                                     Hadiah Kedua:
                            -FootDetox(RM20 Each) tajaan dari FizzAsmara 
                            -Vector Couple tajaan dari Firdani Love Story


     Hadiah Ketiga:
                             -Vector Single tajaan dari Firdani Love Story

Nak join? klik je kat banner tu!

Bila tengok syaza punya GA yg colourful ni mummy teruja. Tambah pulak hadiahnya dari seberang lautan. Nak pergi belum tentu bila..huhuhu. Harapan mummy semoga syaza sihat dan selesa dibumi orang. Sentiasa ingat pepatah "di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung" dan "hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri". Semoga Syaza juga berjaya dengan cemerlang didalam peperiksaan SPM yg telah dilalui.
Nak tag juga;





Thursday, December 15, 2011

pangkor dihati-Jom Join GA Siti!


oleh kerana dah lama tak berblog..banyak GA yang tak dapat mummy ikut dan buat. Tetiba nampak pula banner blog siti ni..
Mummy mula kenal cik Siti ni melalui FB..mummy adalah membeli pendukung baby yang boleh disangkut di dalam kereta ataupun di kerusi meja makan..sangat praktikal.
So ari ni ..mummy nk join contest yg cik siti anjurkan..
Bila tengok Pulau Pangkor..teringat semasa kursus KPLI-SR-LPBS 2006. Mummy pun buat aksi berbahaya yang cik siti buat tuh! terpaksa sbnrnya..tp bila dah buat..seronok smp tak ingat dunia!..waktu tu br je dpt tau pregnant si kembar(tp x tau kembar-mujur tak jd apa2)
Eh..dah panjang la pulak..apapun kalau rasa nak join GA ni...KLIK PD BANNER DI ATAS YA!

Tuesday, November 29, 2011

inilah duniaku! FAST..


Salam ukhwah buat semua rakan blogger..

Tahun  baru dah bermula..ramai2 lah kita berhijrah ke arah yang lebih baik..insyaallah!
Selama hampir 13 minggu mummy agak sibuk dengan tugasan untuk PHD. Alhamdulillah pada hari kita menyambut tahun baru awal muhhram..tugasan itu selesai bagi fasa 1. em..Bolehlah mummy menarik nafass..ummmmmmmm...ahhhh lega rsanya. Kembali kepada kesibukan normal. minggu ni dah bermula jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Dapatlah memantau perkembangan anak2..
berbalik kepada tugasa yang mummy terima..ini adalah program pertama di Malaysia. kiranya mummy adalah barisan TEAM yg pertama..dan telahpun menghasilkan generasi FAST pertama di Malaysia.
 Apa itu FAST? http://www.familiesandschools.org/(boleh jenguk kat sini.) merupakan NGO yang bergerak menjadi satu daripada rangkaian hubungan antara ibubapa dan sekolah. lebih fokus kepada hubungan ibubapa, sekolah dan anak2 dari aspek perkembangan sahsiah individu. Sebenarnya ini sangat diperlukan di negara kita. Kerana PIBG hanya memantau perkembangan luaran sahaja. apa2 masalah dalaman terutama yang melibatkan disiplin selalunya apabila dah tiba ke klimaks..barulah PIBG ambil tahu. Program ni berlansung selama 2 1/2 jam setiap sesi..satu minggu sekali. Ada slot2 yang sangat membantu perhubungan ibubapa, anak2 dan guru. Program ni bermula dari baby-hingga ke sek men tinggi..tetapi kita hanya ada pakar utk menengah rendah dan menengah atas sahaja..kira umur 11-13 dan 16-19.
ok..layan gambar dulu..nanti mummy terangkan lagi tentang program ni!
trainer drp US mrs. Patdevanport bersama trainer  from Malaysia  Dr. Rosnaini mahmud(UPM)

wakil sekolah dan guru

Wakil remaja (upm) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Wakil JKM dan Youth advocate Mr.Syawal (kanan) from MPP UPM

My self..
first night with family

ice breaking..




my buddy Pn.Azita  (kaunselor smk jln 3)

Pn.Laili & family..very sporting!

our team members for TEEN FAST (course to become member-2days at smk jln 3)



Sunday, November 20, 2011

Cuti bermula lagi..!

Salam buat semua rakan2 blogger. Mulai  minggu ni mesti ramai yang pening memikirkan apa aktiviti untuk anak2.  Manakan tidak, baru sehari cuti anak2 dah mengeluarkan perkataan boring. Tengok sajalah di FB mereka. Bukan nak kata lah, boring mereka muncul apbila memikirkan terpaksa berada di rumah untuk tempoh 24 jam. terutama jika ibu bapa bekerja. Mungkin disaat ini ramai yg mula merasakan alangkah baiknya jika sekolah dibuka sepanjang tahun?!. Malah bukan itu sahaja, selalunya bila anak2 ada di rumah bersama2 kita perbelanjaan keluarga akan meningkat sekali ganda. Dan bagi cikgu2 pula..inilah masa berkualiti bersama keluarga tersayang. boleh la melihat pencapaian anak2 kita yang diasuh dan dididik orang lain. Boleh perbetulkan yg mana salah atau kurang..
hah..bercakap panjang lebar ni..kepada kawan2 yang mencari produk halal keluaran bumiputera..bolehlah melihat keperluan harian anda..
http://beautyfrenz.blogspot.com/2011/11/antara-bahan-kandungan-lipstik-lipbalm.html
shower gel
lipstik ( ikut darah..tahan lama dan sgt selesa)
Lipbalm...sangat selesa a/bila digunakan.

jika berminat boleh email atau tinggalkan mesej anda.
Selamat melayari tempoh bercuti bersama anak2!

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020