Sunday, October 30, 2011

Sedar tak Sedar, umur Qaseh dah pun masuk setahun..






Erm...cepat sungguh masa berlalu. Dalam  kesibukan  mengejar tugasan dan tanggungjawab tak sedar akan putaran waktu yng datang dan berlalu.. Si kecil yng cumel ini dah pun menjangkau usia 1 tahun 1bulan 14 hari..
Sempat juga kami sekeluarga outing untuk menyambut ulangtahun kelahirannya di rumah rakan karib Mak Ra.
huuuuuaaaa.....(luasnya dik!)

"bila la nak bergerak ni..dah lapar perutku.."

"eh, hari ni besday saya..kenapa pulak ramai yg enterframe?"

Puteri mummy...

"haa..barulah selesa mataku ini"

aumm..sayaaaaaanngggg mummy!

eh..mana kasut saya?
burrrp...dah kenyang.ngntuk la pulak..



tolong habiskan ya..

simple je..
nak letupkan ni..jgn terkejut ya.

siapa punya besday ni..mcm semua nak tiup je?

apasal la tangan abah ni besar sangat?
Kredit kepada auntie ita..makasih ya auntie..bagi pinjam lokasi sekejap.
haa..nak tau kat mana ni? inilah rumah NUR KASIH THe MoviE..

bersama tuan rumah..terima kasih ya makcik..dah lama nak singgah, tp segan..

itulah perjalanan 16 september 2011...sempena hari jadi Nurqaseh Airis Fiqriyah bt Abdullah Khairi.


Banyak lagi nk kongsi..jd..jgn lupa komen ya...!


Eh..dah lama tak ber blog!

Assalamualaiikum..dibibir saya tak lekang perkataan sibuk. macamlah mummy sorang saja yang bekerja kan..? sebenarnya masa tiada yang terluang..jadi tak dapatlah nak berblog seperti dulu. sibuk dengan tugas dan tanggungjawab di sekolah, sibuk sebagai pelajar di UPM, sibuk sebagai ibu kepada hero-hero dan heroin..disamping tuntutan2 yang datang tanpa diduga. Banyak sebenarnya nak dikongsi bersama.. rindu pada rakan2 blogger..insyaallah.., esok mummy akan ceritakan perkembangan persekitaran mummy..
selamat malam..

Saturday, August 6, 2011

Salam Ramadhan Al-mubarak...

Salam Ramadhan buat kawan2..agak lama mummy x berblog, tak sempat nak curi masa. Sedar tak sedar, ramadhan dah pun menjelma. ingatkan bila cuti sem, sempatlah melayan blog..rupanya tugasan disekolah menimbun2, terpaksa beri laluan kepada periuk nasi dulu. Ramadhan kali ni, Mummy terapkan perbelanjaan berhemah..maklumlah, keluarga besar..alhamdulillah..setakat hari ni, kami tak menjengah bazar ramadhan lagi. Makan juadah yg dimasak sahaja. Anak2 boleh request menu masing2..selagi Mummy boleh masak..Mummy akan masakkan utk mereka. Tahun ni, angah dah mula berpuasa..tiada paksaan cuma minta dia cuba. Hari pertama puasa nampak lesu juga..tapi bila dia berjaya habiskan , dia seronok sangat. Yang kelakarnya, hari kedua disekolah cikgu dia kata.."nanti balik boleh berbuka"( ikut pemahaman dia lah) apa lagi, sampai rumah..merengek2 nak berbuka..asyik kata " cikgu kata balik boleh berbuka"..terpaksala Mummy mengalah..tapi lepas je berbuka dia kata " esok angah nak puasa penuhlah !". hehehe..budak2, tapi memang betul lah, sampai semalam dia puasa penuh..
          Nurqaseh pulak, dah masuk 11 bulan masih x berjalan. berdiri pun goyang2 lagi..lambat rupanya anak dara sorang ni. Tak macam abang2 dia. 10 bulan dah berjalan, mulut bising tapi yg tau sebut "abah" je..mama ke Mummy ke belum lagi..serba lambat la dia ni. tapi nampak dia berusaha gigih nak berjalann tu..harap2 raya ni dah boleh melangkah le..
       Hari tu ada jg wat GA..tapi sayang tak dapat sambutan.Hadiah2nya masih ada lagi. jadi mummy putuskan, siapa yg paling rajin komen dlm n3 Mummy, akan dapatla hadiah2 tu..hehehe..jadi tengok la sendiri nama masing2 ye..o.k lah, nak buat assigment ni..nanti sambung dengan pic sekali..bye..



 

Saturday, June 11, 2011

Kembali lagi! nak hadiah????bacaaa jangan tak bacaaaaa..

Assalamualaiikum..terima kasih pada rakan2 yang sudi singgah. Akhirnya selesai juga 1 semester. Hanya tinggal satu lagi t/jawab sebelum dpt bercuti panjang...bln 9 naik sem baru. Dlam kesibukan yg melanda ni , sempat jg balik ke kg. Itupun atas urusan keluarga. Terpaksa ambil cuti rehat (yg berusaha disimpan) huuhuuu..apapun , terima kasih pada rakan2 di SKP yang membantu mengendalikan kelas mummy sepanjang minggu ni..( isnin,selasa dan hari ini). Hari ni berjaya juga menjawab soalan Adv.Stat dengan kerjasama rakan2. Semoga apa yg dijawab tu menepatilah apa yang ditanya. Anak2 masih dalam keadaan yg kurang baik.  Sekarang angah dan sikembar pula demam campak..harap2 mrk cepat sembuh. Along dah ke sekolah mulai semalam. Segak pakai seragam baru. Tak sempat lagi nak ambil gambar. Jadi lepas ni insyaallah blog ni tak akan bersawang lagi. Kepada semua pelajar yg mengambil kelas saya..terima kasih dan smoga u alls berjaya dlm exam. Dan buat rakan2..mummy nak bagi hadiah kepada yg setia menjenguk blog ni. Gambar2 hadiah akan diupload setiap masa(bila dapat je..upload). Tiada syarat..cuma rajin2lah tinggalkan nama anda diblog ni. Yang paling rajin jenguk..dialah yg dpt hadiah2 ni.  Nak upload gambar tapi tak boleh..apa la masalahnya sistem ni.. Ok..jadi rajin2 lah tinggalkan jejak,traffic, komen..dan yg paling bnyak bertandang akan diberi peluang memilih hadiah mana yg mereka suka.. Meh jenguk ramai2!
(sticky post until 11/06 2011)

Monday, May 23, 2011

Janda Baik, Pesta Buku, Johor dan Sambutan Hari Guru

haa..abis muka anak daraku kena campak..

Saufiville Janda baik..2000 semalaman (banglo 6 bilik)




sejuk, nyaman..

Sesuai untuk merehatkan minda.

hero..

syoknya kalau dpt mkn durian tu..





Assalamualaiikum kawan2..
Terima kasih kpd yang masih sudi melawat blog ni. Kebelakangan ni, tak sempat nak update blog. Buka blog selalu..tapi nak update tak sempat. Banyak sangat tuntutan kerja yang perlu disiapkan. Sekarang ni pun tengah bertungkus lumus menyiapkan proposal. Agak frust juga coz tak dpt siapkan awal. Tapi nak buat macamana. Ni la gayanya kalau belajar sambil bekerja.. mana kerja lagi, keluarga lagi..TAPIII..yang penting SEMANGAT!!!.
Tak boleh putus asa. Thn depan nak grade..insyaallah! x nak ngomel pnjg2..x cukup masa..jom layan gambar..
Nurqaseh di pesta buku PWTC

Azeq Khalish Hazim..x ketinggalan..

Ain Maisarah..penulis novel remaja yg meningkat naik.


nk jd cover majalah ni..koleksi sndri..

hasilnya...

ni khalish punya..




comel..


Monday, May 2, 2011

Selamat hari pekerja dan Pesta Buku 2011,



Assalamualaiikum buat kawan2 semua. Selamat hari Pekerja! em, banner yang cantik tu mummy ambil dari sini  . Tentu ramai yang gumbira sebab hari ni dpt cuti free. Alhamdulillah, boleh la bersama-sama keluarga sepanjang 3 hari . Anak2 yg sedang membesar sangat perlukan perhatian dari kita. Bagi cikgu-cikgi  dapat lah mereka berehat dari mengasuh anak hari ini dan kita ambil alih dengan berperanan sebagai ibubapa yg bertanggungjawab. Ceewwahh.. tazkirah kejap. Terima kasih juga kepada majikan yang memberikan cuti hari ini. Kepada yang perlu bekerja..pastikan kita mendapat bayaran yang sewajarnya.. Hari semalam hari terakhir pesta buku di PWTC. Sambutannya tak usah cakapla. Meskipun mummy x pergi tapi dpt mummy bayangkan sesaknya PWTC. Hari Sabtu , anak bujang mummy yang 2 org tu pergi dari pagi sampai malam, kata mereka tak syok sebab nak jalan pun tak boleh. Mujurlah mummy dah bawa mereka awal2. Waktu hari bekerja tak la sesak sangat. Bolehla santai2 sambil pilih2 buku. Kira banyak jugalah peruntukan yang keluar. Maklumlah bila dah sampai tempat mcm ni..boleh juling mata tengok buku. Sempat juga mummy jumpa Ain maisarah. Novel Ain jadi pilihan remaja terutama perempuan. Walaupun tak ada anak perempuan mummy baca juga sebab anak murid kat sekolah tu ramai yang minat Ain. Jadi sedikit sebanyak mummy perlu tahu jln ceritanya, apa kisahnya..bagus ke tidak...setakat ni belum boleh disimpulkan lagi kecuali dari aspek bahasa. Penggunaan Bahasa Melayu tinggi menjadi keutamaan bagi bahan penulisan keluaran PTS. Semalam mummy sempat ke Janda Baik bersama family. Kali pertama datang, tak sangka tempatnya menarik..sejuk dan nyaman macam di cameron highland juga. Insyaallah esok akan mummy post kan n3 di Janda Baik dan wajah2 Nurqaseh Airis Fiqriyah yang diserang campak, gambar2 di pesta buku dan macam-macam lagi... Doa mummy agar semua kawan2 sentiasa dibawah lindungannya..Aminn

Monday, April 25, 2011

Hari ini..

Hari ini..permulaan hari bagi minggu ini
Hari ini..permulaan akaun bagi bulan ini..
Hari ini..hari "bulan" kata anak2 di sekolah.. (monday) ummmph!. Hari yang paling sibuk, paling nak cepat, nak cepat sampai,nak cepat masuk,nak cepat keluar,nak cepat balik, nak cepat bayar hutang, nak cepat habiskan duit.Jadi kesimpulannya..hari ini............ bukan hari esok. betul kan????


Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020