Friday, March 16, 2012

CaTatan Perjalanan Sebuah kehidupan...



Salam Semua...dah menjengah 3 bulan tahun 2012 mummy masih tak dapat mencuri masa untuk berblog dengan lebih kerap. Mungkin pengurusan masa tidak hebat atau mungkin masa yg terluang tu dah berkurangan. Apapun, hari silih berganti  sedar tak sedar dah 6 tahun my lovely sister jd pengasuh anak2 mummy..bermula dng menjaga Azeq kalish Hazim, sekarang dah drjah satu..




kemudian.. 20.12.2007 lahir sikembar mummy..mulalah  menjaga sikembar comel dari berumur sehari 20 hari (slps keluar NICU)..bersengkang mata bersama2 mummy tak tidur hingga 4 bulan. dari berat 1.8 dan 1.9 kg selepas 20 hari di NICU hinggalah  sekarang
berat mereka 20 dan 21 kg..


Inilah Muhammad Lutfirrahman Adha dan Muhammad Lutfilhadi Adha yg perlu dijaga dengan begitu rapi selepas kelahiran mereka. bukan senang nak jaga dua baby serentak. yang kelakarnya..kalau posmen hantar surat kat rumah dia akan tanya..ni nursery ke kak? sebab bnyk sangat alatan permainan kat depan rumah..

yang seronoknya, kalau keluar berjalan2..mereka berdua jadi tumpuan ramai. tapi sekarang..tak boleh keluar selalu.. tak dapat nak kawal. bila dah berdua, macam2 idea diorang.

sehinggalah lahir puteri penyeri keluarga mummy 16/9/2010..masih lagi dijaga oleh My lovely Sister. bermula daripada umurnya sehari..Nurqaseh Airis Fiqriyah selamat dlm jagaan dia. Tengok ajelah betapa lenanya sicumel ni..
sedar tak sedar dah pun setahun 6 bulan ..dah pandai bergaya pun. tapi mulai hari isnin ni Qaseh akan beralih jagaan sama seperti abang-abangnya. kerana My lovely sister dah mula praktikum. memandangkan ini sem akhir dia maka mummy perlulah belajar menghantar anak ke nursery. Agak berat rasa dihati tapi tiada pilihan lain. Maklumlah..anak ramai, kalau ambil pengasuh bimbang pulak anak dibawak lari..atau tak pasal2 didera.iskh..tak sanggup rasanya. Bila dah hantar nursery barulah terasa bebanan kewangan..boleh bayar installment rumah tiap2 bulan! tak pun cukup kalau nk byr toyota baru..hehehe..tapi untuk anak2 maka redha ajelah!
Apapun..perjalanan hidup kita sememangnya berwarna-warni..kepada adindaku Norazlina @ Nora..terima kasih banyak2. Kalau nak dibalas jasamu, jgn duk jauh2 or jgn kawin dgn org jauh..susah umi nak jg anak2 ko nanti. Semoga hidup kita dipenuhi keberkatan..kepada anak2 dan suamiku..bermulalah perjalanan kita sekeluarga. Yang berat kita pikul dan yang ringan kita jinjing bersama..

 

Monday, January 23, 2012

Januari 2012..apa yang baru?

Selamat tahun baru!..em..dah melewati 25 hari bulan januari 2012. kenapa tiada sebarang post sempena tahun baru??..al kisahnya.. semangat tahun baru menyebabkan mummy tak sempat. bukann sahaja tak sempat berblog..nk on FB pun dah sampai tahap kadang-kadang. Bila dah frrrrreeeeee sangat, baru boleh buka. Menyambut tahun baru dengan pelbagai amanah dan tanggungjawab!..berat rasanya bahu memikul..mummy harap ada la yang ringan memandang. Tahun ni juga dah masuk sem 4 utk program PHD..mujurlah sekarang cuti sem, dapatlah mendahulukan tanggungjawab di sekolah. segala-galanya bertambah berat..anak2 pun dah masuk sekolah..4 sekaligus...jadi kewangan pun semakin berat bebanannya..dannn..anak bujang!?.. dah semakin dewasa, terasa susahnya menjadi mummy kpd ank remaja yg meningkat dewasa. buat masa ni semua masih dalam kawalan. girlfriend? dah warning awal2..pandai2 lah dia uruskan. yg penting t/jawabnya kepada keluarga, agama dan  kepada sekolah tak diabaikan. Oh ya...hepi belated besday utk anakanda Azeq Khalish Hazim (18/jan/2012)..semakin matang. menjejak tapak ke tahun 2012 sahaja sudah banyak dugaan yang datang. Apapun mummy sentiasa berdoa agar dapat menempuh setiap ujian bersama keluarga tercinta. Semoga perjalanan kami dirahmati bagi meneruskan baki 341 hari lagi. 2012..syukur atas kehadiranmu!!!!kepada rakan2 blogger..salam ukhwah semoga persahabatan kian kukuh..aminnnnnnn. 

Monday, December 26, 2011

"Contest My Top Referral by Amira Studio"


Tarikh Tutup:

31 Disember 2011
 Hadiah Utama:
                                             -RM100 Cash
                  FootDetox(RM20 Each) tajaan dari FizzAsmara 

                                                     Hadiah Kedua:
                            -FootDetox(RM20 Each) tajaan dari FizzAsmara 
                            -Vector Couple tajaan dari Firdani Love Story


     Hadiah Ketiga:
                             -Vector Single tajaan dari Firdani Love Story

Nak join? klik je kat banner tu!

Bila tengok syaza punya GA yg colourful ni mummy teruja. Tambah pulak hadiahnya dari seberang lautan. Nak pergi belum tentu bila..huhuhu. Harapan mummy semoga syaza sihat dan selesa dibumi orang. Sentiasa ingat pepatah "di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung" dan "hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri". Semoga Syaza juga berjaya dengan cemerlang didalam peperiksaan SPM yg telah dilalui.
Nak tag juga;





Thursday, December 15, 2011

pangkor dihati-Jom Join GA Siti!


oleh kerana dah lama tak berblog..banyak GA yang tak dapat mummy ikut dan buat. Tetiba nampak pula banner blog siti ni..
Mummy mula kenal cik Siti ni melalui FB..mummy adalah membeli pendukung baby yang boleh disangkut di dalam kereta ataupun di kerusi meja makan..sangat praktikal.
So ari ni ..mummy nk join contest yg cik siti anjurkan..
Bila tengok Pulau Pangkor..teringat semasa kursus KPLI-SR-LPBS 2006. Mummy pun buat aksi berbahaya yang cik siti buat tuh! terpaksa sbnrnya..tp bila dah buat..seronok smp tak ingat dunia!..waktu tu br je dpt tau pregnant si kembar(tp x tau kembar-mujur tak jd apa2)
Eh..dah panjang la pulak..apapun kalau rasa nak join GA ni...KLIK PD BANNER DI ATAS YA!

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020