Monday, June 14, 2010

Salam Cuti Sekolah

Salam..minggu cuti sekolah sebenar bermula hari ini. ini kerana anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan baru sahaja selesai mengikuti kelas tambahan intensif jumaat lalu. Bercakap mengenai kelas tambahan, saya ada terbaca diakhbar, rungutan ibubapa terhadap kelas ini. Antaranya, menyebabkan masa mereka dengan anak -anak tidak mencukupi, tidak dapat menziarahi kaum keluarga dan sanak saudara, menghadiri kenduri kahwin dan sebagainya. Kadangkala saya berfikir, apa sebenarnya kehendak ibubapa ini, kerana jika tidak diadakan kelas, ramai yang merungut juga. Mereka terus menunding jari kepada institusi pendidikan amnya dan guru khususnya , yang begitu seronok bercuti sehingga mengabaikan anak murid yang akan menghadapi peperiksaan ini. Malah ada yang mempertikaikan cuti guru, gaji guru, dan macam2 lagi. Walhal, tahun peperiksaan adalah tahun yang paling penting bagi anak-anak. Apa salahnya jika kita berkorban masa bersama anak-anak hanya ditahun-tahun yang penting ini. Kecualilah jika ibubapa tidak mengharapkan sebarang kejayaan daripada anak-anak!.Jika kita dapat berfikir dengan waras..insyaallah, segala aktiviti untuk kebaikan harus kita terima dengan baik juga. Justeru, ibubapa berilah kerjasama dan harapan kepada guru dan anak. Sebagaimana kehendak ibubapa yang ingin melihat anak-anak berjaya, begitulah juga hasrat guru yang berhempas pulas mengajar, dari sekolah tadika hingga ke ketahap anak kita hari ini. Salam cuti sekolah dari saya..

1 comment:

Unknown said...

slamat cuti skolah puan hasny!!
tq ajar sy etnik...mang bes puan hasny ajaq..alhamdulillah dapat A..
hehe

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020