7 SEBAB MENGAPA PERLUNYA SUPPLEMENT
1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yg boleh diperolehi daripada makanan.Contohnya vita C dan E yang diperolehi dari makanan sahaja tidak mencukupi untuk member kesan pencegahan dan anti penuaaan. 2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersbut. 3. Zat makanan mudah hilang semasa proses oengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.Vita C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak. 4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan , alcohol, minuman keras dan antibiotic mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh. 5. Pengambilan makanan seharian yang tidak mengikut pyramid makanan yang dicadangkan. 6. Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang masak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG. 7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya diluar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikbertatkan. . SUPPLEMENT DAN PENYUSUAN SUSUIBUSeandainya anda mengambil supplement untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susuibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sustained sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susuibu kepada si manja Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan dibawah dengan penuh disiplin dan konsisten. 1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yang bekerjaya ,membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong. 2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja. 3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar. * ALFALFA tidak boleh diambil oleh pesakit SLE. Penghantaran adalah percuma |
No comments:
Post a Comment