In Shaa Allah, dengan keizinan NYA, bulan yang penuh dengan keberkatan bagi mengisi rukun Islam bagi umat-umat islam di seluruh dunia akan tiba hari rabu 10 Julai 2013. Bila usia meningkat, baru tersedar bahawa kehadiran bulan ini amat dinantikan oleh mummy sendiri. Rindunya kepada Ramadhan meruap2.. tak sabar rasanya nak mengejut anak-anak bangun sahur, nak merehatkan perut, nak memasak juadah berbuka, nak menunaikan solat tarawih.. macam-macam nak buat.
Tahun ni, bilangan ahli yang berpuasa turut bertambah.. tahun pertama buat twin untuk belajar berpuasa. Kata abang,.. "cikgu kata puasa tak boleh makan.. Aman nak puasa" . Adik pun tak sabar-sabar juga.. " Hadi pun nak kuasa juga" .. hahaha..kuasa apa dia nak pun tak taulah. Tiada paksaan kerana mereka masih lagi kecil..tapi kalau nak cuba2 mummy izinkan..setakat yang terlarat.
Si kembar yang semakin besar.. kiri Hadi, kanan Aman |
Ok lah..nak keluar belikan hadiah kecil untuk kawan2 twin yang menyambut hari lahir bulan april-julai..jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment