Bila kata hujung tahun, peperiksaan akhir mula menjengah pelajar-pelajar kita. Mungkin ada ibu bapa yang terlepas pandang kerana fokus di media selalunya hanya diberikan kepada peperiksaan Awam. Kerana itu kadangkala ibu bapa tidak menghiraukan perkembangan pendidikan anak-anak yang tidak menduduki peperiksaan Awam.
Jadi hari ni Ummi ingin berkongsi dengan ibu bapa atau sesiapa sahaja yang berada di luar sana tentang jenis-jenis peperiksaan yang mungkin diduduki anak-anak kita.
Peperiksaan Sekolah Rendah.
Tahun ini peperiksaan UPSR mencatat sejarah. terdapat 3 kertas yang terpaksa diulang akibat kerakusan manusia. Bagi kertas Bahasa Inggeris ulangannya pada 30. 9 .2014. Pada masa yang sama kertas sains yang masih belum diduduki calon juga diadakan pada hari tersebut.
Manakala ulangan bagi kertas matematik 1 dan bahasa tamil akan diadakan pada 9.10.2014.
Selepas peperiksaan UPSR, calon-calon ini akan mengambil peperiksaan akhir tahun bagi subjek bukan teras yang telah mereka duduki dalam UPSR.
Bagi murid tahun 5, mereka akan duduki peperiksaan akhir tahun setara sebagai TOV mereka pada tahun hadapan. Peperiksaan akhir tahun kebanyakan sekolah rendah akan bermula pada bulan oktober.JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2014
TARIKH WAKTU KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS SELASA30SEPTEMBER2014 08:00 pagi -08:15 pagi ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat dan mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Soalan Subjektif 15 minit ………. 08:15 pagi -09:30 pagi 018028038 Science (SK) Science (SJKC) Science (SJKT) 1 jam15 minit Objektif Aneka Pilihan dan Subjektif 10:15 pagi -10:30 pagi ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 15 minit ………. 10:30 pagi -11:20 pagi 014/1 Bahasa InggerisKertas 1 (SK) 50 minit Objektif Aneka Pilihan 12:05 tengah hari -12:20 tengah hari ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Jawapan Soalan Subjektif 15 minit ………. 12:20 tengah hari -01:35 petang 014/2 Bahasa InggerisKertas 2 (SK) 1 jam15 minit Subjektif
Begitu juga dengan murid-murid tahun 4, mereka akan duduki peperiksaan bagi menentukan TP dan TK sekitar Oktober. (selalunya jadual akan serentak dengan tahun 5)
Sementara itu murid tahun1 hingga tahun 3 akan menduduki ujian sebagai rekod bagi melengkapkan band penguasaan dan pencapaian mereka sepanjang tahun
Peperiksan Sekolah Menengah.
Pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 akan melengkapkan PBS mereka sebagai rekod pencapaian akademik sehingga band 6.
Manakala pelajar-pelajar tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan bertulis PT3 Mulai september 2014
BIL
|
PERKARA
|
TARIKH
|
TINDAKAN
|
9
|
Guru mata pelajaran
§ Membuat penyelarasan panduan penskoran bersama Ketua
Panitia.
§ Menjalankan pemeriksaan.
§ Membuat semakan
skor
bersama
calon selepas moderasi dan verifikasi skor oleh
pentaksir kawasan.
Ketua Panitia
§ Membuat penyelarasan panduan penskoran bersama Guru Mata
Pelajaran.
§ Melaksanakan moderasi pemeriksaan.
Catatan
Sekolah yang telah selesai membuat pemeriksaan sebelum
2 November
boleh menghubungi
Pentaksir Kawasan untuk
menjalankan moderasi
pemeriksaan lebih
awal.
|
13 hingga
31
Oktober
|
Sekolah
|
10
|
Pentaksir Kawasan melaksanakan moderasi pemeriksaan
dan membuat verifikasi skor.
|
2 hingga 10
November
|
Pentaksir
Kawasan
|
11
|
Guru mata pelajaran:
· Merekod skor
calon pada
Aplikasi
PT3.
· Mencetak Borang
Skor Calon mengikut
kelas dan mata pelajaran bagi
membolehkan semakan teknikal
dibuat untuk
memastikan skor
calon
pada skrip
jawapan
calon sama seperti skor calon yang telah
direkodkan dalam
Aplikasi PT3.
· Kajian
Kes Sejarah dan
Geografi
· Ujian Lisan Bahasa Melayu dan
Bahasa
Inggeris
· Ujian Bertulis
|
15 September
hingga 12
Oktober
2 hingga
10
November
|
Sekolah
|
Pelajar-pelajar tingkatan 4 juga tidak ketinggalan. dimana mereka akan menduduki peperiksaan setara mulai 29 September hinggalah ke bulan November.
(Bagi peljar SPB-peperiksaan setara seluruh Malaysia)
Manakala SPM akan bermula pada 3 November dan peperiksaan STPM bermula pada minggu ini sehingga bulan November.
http://myschoolchildren.com/public-exam-calendar-2014/
(klik utk tarikh peperiksaan Awam)
Jadi ibu bapa..berikanlah perhatian kepada anak-anak anda untuk membuat persediaan bagi menduduki peperiksaan. Pupuk rasa daya saing dalam diri mereka agar mereka merasakan kepentingan menjawab peperiksaan.
Ummi doakan agar semua anak-anak berjaya mendapat tempat terbaik dan pencapaian terbaik dalam peperiksaan.
4 comments:
Kesian pada anak2 yg ambil upsr then ni....
betul tu..kesian. Tak semena-mena kene seat exam balik. Bersabarlah wahai anak2 didik..pendidik dan juga ibu bapa yg menghadapi situasi ini.
http://apapayahsangat.blogspot.com/
tumpang simpati dengan mereka yg menduduki upsr..kesian pd ibu bapa & guru juga..
doakan mereka buat yg terbaik juga kali ni
Ya..setuju..dugaan buat mereka..tapi peluang kedua tak selalu dtg.
Perlu sokongan ibu bapa. Tapi jgn abaikan anak2 yg lain..peperiksaan akhir mereka juga penting.btw..thks 4 the comment..
Post a Comment