Friday, November 5, 2010

sibuknya menjadi suri rumah..

Lepas habis berpantang, mulalah tak reti2 nk duduk diam. Betul la kata kwn2..kalau nk berehat balik berpantang dikampung. Duduk rumah sendiri..alamatnya semua kerja nk buat sendiri.tu pun nasib sempat tunggu habis pantang. Maklumlah, melayan kerenah hero2 yg ada dalam rumah ni..naik pening dibuatnya. Hari ni, niat dihati nak mengemop lantai. Selalunya, abah dia yang buat..tp ari ni cuti kan..so bg dia rilek skit. tapi

tengoklah..Upi..sibuk nk try mengepel!                                                                                                                                                          
angah pun sama..mujur masa ni aman tengah basuh uk..uk..kalau tak , bertambahla pekerja yang x membantu nih!. Dah la bising berebut nak mengemop..umi terpaksa pulak membuang masa tunggu giliran mop lantai. Mujurlah anak dara sorang ni..lena tidurnya...bolehla buat krja dgn jayanya..harap2, bila besar nanti semangat membantu umi terus membara ya anak2!

Friday, October 29, 2010

lamanya bercuti..

Terasa lama bercuti..sejak july hinggalah hari ini. Waktu tu, dah x lrt nk lyn FB  dan berblog.tumpuan lebih kpd kesihatan bby dlm kandungan. sehinggalah..hari ini Hari terakhir berpantang..apa2pun saya akan kembali dng wall dan entry yg lbih segar..

Monday, June 14, 2010

Salam Cuti Sekolah

Salam..minggu cuti sekolah sebenar bermula hari ini. ini kerana anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan baru sahaja selesai mengikuti kelas tambahan intensif jumaat lalu. Bercakap mengenai kelas tambahan, saya ada terbaca diakhbar, rungutan ibubapa terhadap kelas ini. Antaranya, menyebabkan masa mereka dengan anak -anak tidak mencukupi, tidak dapat menziarahi kaum keluarga dan sanak saudara, menghadiri kenduri kahwin dan sebagainya. Kadangkala saya berfikir, apa sebenarnya kehendak ibubapa ini, kerana jika tidak diadakan kelas, ramai yang merungut juga. Mereka terus menunding jari kepada institusi pendidikan amnya dan guru khususnya , yang begitu seronok bercuti sehingga mengabaikan anak murid yang akan menghadapi peperiksaan ini. Malah ada yang mempertikaikan cuti guru, gaji guru, dan macam2 lagi. Walhal, tahun peperiksaan adalah tahun yang paling penting bagi anak-anak. Apa salahnya jika kita berkorban masa bersama anak-anak hanya ditahun-tahun yang penting ini. Kecualilah jika ibubapa tidak mengharapkan sebarang kejayaan daripada anak-anak!.Jika kita dapat berfikir dengan waras..insyaallah, segala aktiviti untuk kebaikan harus kita terima dengan baik juga. Justeru, ibubapa berilah kerjasama dan harapan kepada guru dan anak. Sebagaimana kehendak ibubapa yang ingin melihat anak-anak berjaya, begitulah juga hasrat guru yang berhempas pulas mengajar, dari sekolah tadika hingga ke ketahap anak kita hari ini. Salam cuti sekolah dari saya..

Friday, March 19, 2010

Penghujung Cuti..

Salam ukhwah buat semua. Sedar tak sedar hari ini Jumaat 19 Mac 2010. Sesekali mengimbas..


"
 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."



  1. وَالْعَصْرِ Demi masa.
  2. إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
  3. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-%E2%80%98Asr (ayat 103 surah Makiyyah). 
tertanya-tanya juga.. dalam golongan manakah kita. Adakah dalam golongan yang kerugian atau golongan yang berpesan-pesan ke arah kebaikan , beramal saleh, sabar antara satu sama lain? sesungguhnya keterlekaan menyebabkan kita rugi yang amat sangat. Hari ini, antaranya bermula Pesta Buku Kuala Lumpur, yang dinanti oleh peminat buku, peminat membaca buku dan peminat membeli buku keseluruhannya. Nampak acara ini sangat bagus...sambutan dikalangan rakyat kita yang semakin gemar membaca sangat mengkagumkan. Sehingga ada yang menggalakkan membaca didalam LRT, sambil berjalan, sambil memandu,sambil tidur..Alhamdulillah. Membudayakan satu semnagat baru yang sememangnya tipis dalam diri rakyat Malaysia.
Namun, seperti yang saya ungkapkan diawal tadi..kategori yang hadir adalah berseza-beza. Ada yang minat mengumpul buku tetapi baca..bagilah pada orang lain, ada yang minat membaca buku tetapi hanya minat kepada novel2 terbaru dipasaran yang sanggup mengeluarkan wang hingga ribuan ringgit. Ada pula yang hanya berminat kepada koleksi buku-buku tetapi sehingga membeli dari pelbagai bidang tetapi langsung tidak memahami isi kandungannya. Kata orang untuk melahirkan rasa suka dan cinta pada buku, biarlah buku apapun yang kita baca asalkan kita baca! tak boleh juga, perlu dipantau jika anak2 kecil membaca buku yang tidak sesuai dengan diri mereka, begitu juga remaja2..yang mudah mempelajari sesuatu melalui pembacaan tanpa diawasi ibu-bapa? bagaimana jika kita tergolong dari golongan yang "gila" membaca hinggakan terabai tanggungjawab yang lain? adakah kita mendapat manafaat darinya? Jadi, renung-renungkanlah. Membaca menambah ilmu pengetahuan, melalui pembacaan kita mengetahui segala yang tersembunyi. Kemudian kita sebarkan teladan kepada rakan-rakan, kita kongsi isinya, faktanya, pengalamannya ke arah kebaikan. Semoga masa yang kita habiskan di PBKL tidak membuatkan kita dalam kerugian..insyaallah!!!

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020