Sunday, March 6, 2011

GA Ibu,hebatkan shaklee?

Syarat umum : em..layak, saya warganegara..
Syarat khusus : dah jadi friend, dah letak kat bloglist & side bar..
Dan buat entri..


  • “Tips menghadapi saat-saat melahirkan anak yang telah saya amalkan ialah…”
  • sentiasa bnyk bergerak..jika sakit datang,bnykkan istigfar.
  • bila berada di labour room, baca ayat kursi, alfatihah dan 4 kul. Insyaallah sakit x terasa sangat dan cepat buka jalan.
  • Jangan fikir yg bukan2 dan berbisik kpd anak supaya cepat buat jalan  keluar.
  • Jaga mulut daripada menjerit dng berzikir.
  • Kelebihan ayat kursyi, agar dijauhi syaitan ketika melahirkan.
  • Alhamdulillah..saya amalkan dan anak ketiga lahir dalam tempoh lebih kurang 3 jam bermula dari wktu sakit. Dan bukaan jalan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit utk capai 8 cm. Dan saya ingat lagi , nurse di HPJ cakap" kalau semua orang senang bersalin macam puan..ramai pun tak pe. kami sanggup"..
Sekarang dengan senang hatinya nak Tag kwan2 saya:
atau sape2 je yang nak join..
Jom la jenguk..


Shaklee dan Anda..".xslusif for Mother & baby.."


  7 SEBAB MENGAPA PERLUNYA SUPPLEMENT

    
1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yg boleh diperolehi daripada makanan.Contohnya vita C dan E yang diperolehi dari makanan sahaja tidak mencukupi untuk member kesan pencegahan dan anti penuaaan.
2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersbut.
3. Zat makanan mudah hilang semasa proses oengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.Vita C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan , alcohol, minuman keras dan antibiotic mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.
5. Pengambilan makanan seharian yang tidak mengikut pyramid makanan yang dicadangkan.
6. Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang masak  di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi     kandungan MSG.
7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya diluar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikbertatkan.

.
 SUPPLEMENT DAN PENYUSUAN SUSUIBU
Seandainya anda mengambil supplement untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susuibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sustained sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susuibu kepada si manja

 Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DI SUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSUIBU DIHASILKAN.
Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan dibawah dengan penuh disiplin dan konsisten.
1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU  bagi ibu yang bekerjaya ,membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.
3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.

* ALFALFA tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.

 Trial Pack Shaklee mengikut keperluan dan kesesuaian anda.
Penghantaran adalah percuma

Friday, March 4, 2011

CONTEST Aksi Si Kecil Syok Tidur anjuran GuGu GaGa


nak join juga..
ce tengok picer kat bwh tu..ok tak?

Lenanya .. dia..


ni lagi la...sampai muncung mulut tu..

~ Sudah menjadi Follower GuGu GaGa & Friends kat FaceBook ~
~ Add link pun sudah ~
~ Kawan2 yg di tag :~


~ Semua syarat dah di buat.. ~ 
:)

Tuesday, February 22, 2011

Rambutku GuGur...!!!!

Salam buat kawan2..hari ni nak tulis n3 perihal rambutku yg lebat dan tebal ni. Ntah macamana baru terperasan yg cadar sejak  akhir2 ni dipenuhi rambut.Patut lah rambut kurang basah dan berpeluh..rupanya sbb dh bnyk yang gugur. Maklumlah, sejak mengandung sampai lah ke minggu lepas..(sblm sedar rambut gugur), ketebalan rambut mummy mmg x boleh dinafikan. Sampaikan nyonya kat kedai gunting rambut merungut coz tebal sgt. Hal keguguran rambut ni ada kaitannya dengan Si Montel mummy  Nurqaseh..apa taknye..dia dah pandai menyembur. habis bersembur air liurnya. Kata org tua2, kalau anak menyembur jawabnya gugurlah rambut kita. mummy  pun explore maklumat dlm internet dan mummy temui artikel ini..jadi sama-samalah kita mengambil faedah daripadanya ye...


Rambut Gugur Selepas Bersalin

E-mailPrintPDF
Keguguran rambut adalah masalah biasa wanita selepas beberapa bulan bersalin. Kenapa ia terjadi dan bagaimana mengelakkannya?
Apa yang anda perlu ketahui:
  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.{mosimage}
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat. 
  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.
Untuk mengurangkannya:
  • Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
  • Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
  • Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya. 
  • Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
  • Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
  • Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
  • Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
  • Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.

S
umber:
  • dermatology.svhm.org.au
  • Postpartum hair loss, babycenter.com
  • FAQ: Does Breastfeeding Cause Postpartum Hair Loss?, kellymom.com

Saturday, February 19, 2011

Dah Jadi Ahli Shaklee

 Duta Shaklee Mummy! Sabar Qaseh..jagan marah2..cepat tue nanti.
 Puas juga Nurqaseh tunggu  mummy balik..sampai muncung mukanya. Bukannya apa Qaseh dah tak sabar nak buka barang yang baru sampai untuk mummy ( hari isnin ye..n3 dh terlewat..huhu). Tapi sebenarnya lebih banyak benefit untuk Qaseh!

ha..ni dia ,dua bungkusan utk mummy

haa..ni dia barangnya..ada dua bungkusan. Tak sabar2 dia suruh mummy buka (melalui gerakannya yang smakin aktif,terutama kalau dgn plastik..kena sentiasa alert!)

taraaa...tak sempat salin baju pun..ni Qaseh la ni,paksa mummy( sendiri x sabar)

Taraaaa...ni lah mendanye..Stater kit Shaklee  dan set B n G yang mummy dapatkan dari mommamia. TQVM ye Alin..


Setelah sebulan mengamalkan Shaklee..nampakla kesannya. Kalau dulu sekali pump dpt 2 auns..skrg boleh dpt 4-5 auns. Cukup untuk qaseh minum satu2 masa. Kalau tinggal half day selalunya Qaseh akan minum 2 botol..lebih kurang 8-10 auns. Tu pun sebab sblm turun nk ke sekolah mummy dah direct BF. So kalau tinggal sehari (siang jer) habis juga dlm 4, kdg2 lima botol. Mummy x buat bnyk stok sbb syg rasanya susu kalau x habis.Tapi cukup la utk Qaseh 3-4 hari. So stok EBM sentiasa ditukar. Lagipun malam Qaseh direct BF. Lagi kelebihan Shaklee..membantu meningkatkan metabolisme..jadi x terasa sgt letihnya badan ni berbanding sebelum pengambilannya. Mummy jd lebih rileks. Maklum la..Jadual yg padat kadang2 buat kita rasa lesu. Alhamdulillah, lepas ambil  set B, dah x ada rasa lesu yg amat sangat. Letih tu biasala..tambahan Qaseh asyik bangun jam 3-5pagi  2,3 malam ni ajak main..mau tak kong mummy!



Ha..ni dia empunya Set G..Anak bujang mummy ni ada resdung. Agak teruk jugala..saluran pernafasan kat hidung dia semakin menyempit. Selalunya dia akan rasa susah nak bernafas. Sebelum ni amik ubat dr Dr., So kali ni mummy sarankan dia cuba set G. Mungkin dpt mengurangkan masalah yg dihadapinya. Jadi kita tunggu sebulan lagi utk tahu apa kesannya yea..!

Semalam & hari ni, rumah terasa sunyi..sebab angah demam. Tu la yg merisaukan mummy. kalau selalu asyik minta dia berhenti bercakap ...5 minit cukup..sekarang, langsung x dengar suara. Rindu pulak. Lapas makan ubat je dia tido. Dah terkulat2 sikembar..x ada geng.

Anak Mummy yang paling peramah! tp bila demam...sunyi satu rumah.


hehee..ini aku yg punya!!!

Sunday, February 13, 2011

hujung minggu yg tenang...

Salam pg ahad...tajuk tu sbnarnya lebih elok kalau ditmbah tenang aje! huhuhu..bknnya apa, semlm setengah hari brsama dgn ank2 disekolah mnjayakn aktivt koku..letihnya rs bdn..akibatnya lps mghrib smlm mummy tumbang skjp. Pkl 12 lebih bgn semula ssb Qaseh dh merengek -rengek..(sblm tu, dia dh kong jg dgn mummy). Pg ni, mummy kn cpt2 iron bj utk minggu dpn. Sbb tgh hari ni mummy kn jg exam di UPM. Ada 2 sesi..t/hari & petang..jadi tenang aje!..w/bgaimanapun mummy brsyukur sbb hr selasa cuti sempena Maulidurrasul. Hari tu nanti akan jd pengganti buat hujung minggu yg sibuk nih! sempat la mummy buat stok EBM buat Qaseh..insyaallah..

Sunday, February 6, 2011

alkisah sikembar II


Hurm..mcmana boleh jd besar mcm ni?..ni semua adalah khasiat "susu ibu"..20.12.2007 jam 9.30am, selepas bertarung dlm OT, siabang diletakkan bersama mummy,manakala adik di NICu. Dr. kata adik blm pndai breathing sndri,skjp ada skjp x ada. Nk dijadikn cerita, siabang x mahu BF..dari lahir awal pg tu hingga ke tgh mlm mnyebabkan glukos tinggal 2 shj. (masa ni nurse dah tukar shift 3 kali..poyo btl diorg)
1.1.2008 br la dpt kuar dr HPJ ..Sikembar mummy ni terpaksa diquarantine slps kluar dr HPJ. Dr. advise seelok-eloknya sbln, coz mrk x boleh terdedah kpd kuman, & habuk. Risiko utk dijangkiti kuman sgt tinggi memandangkan mreka pre-mature. Jadi, terpaksalah sahabat handai menunggu utk berkongsi kegembiraan ini. Dr. juga berpesan, ubat yg paling mujarab ialah "susu ibu" krn dpt membantu mrk membentuk antibodi dlm bdn. Oleh krn tiada pengalaman, hampir 4 bulan Mummy x dpt tido malam. Ditemani En.hubby tercinta..berjagalah kami setiap mlm. Bln kedua,berat mrk naik 1kg, barulah si adik boleh cucuk BCG. Mummy praktikan segala style yg dipelajari diklinik,diblog & majalah. Makan pun kena double -trouble.Alhamdulillah 6 bln pertama-fully BF. After six month, Mummy trpksa campur dgn susu fomula disebabkan susu tak cukup. Sayangnya waktu tu tiada sokongan spt sekarang. sampailah umur mrk setahun.., lepas tu mrk minum susu fomula. Sebab itu, sekarang utk bby girl ni mummy bagi fully BF..kalau boleh biarlah smp 2 thn...

ulangtahun kelahiran pertama"pulut kuning " dr nenek..



1st besday...20.12.2008


huhu...tak muat la abang..


2nd besday 20.12.2009

3rd besday 20.12.2010..dah pandai posing!






Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020