....kutitip tiap detik..,agar dapat dikongsi bersama..
Friday, October 29, 2010
lamanya bercuti..
Terasa lama bercuti..sejak july hinggalah hari ini. Waktu tu, dah x lrt nk lyn FB dan berblog.tumpuan lebih kpd kesihatan bby dlm kandungan. sehinggalah..hari ini Hari terakhir berpantang..apa2pun saya akan kembali dng wall dan entry yg lbih segar..
Monday, July 5, 2010
Monday, June 14, 2010
Salam Cuti Sekolah
Salam..minggu cuti sekolah sebenar bermula hari ini. ini kerana anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan baru sahaja selesai mengikuti kelas tambahan intensif jumaat lalu. Bercakap mengenai kelas tambahan, saya ada terbaca diakhbar, rungutan ibubapa terhadap kelas ini. Antaranya, menyebabkan masa mereka dengan anak -anak tidak mencukupi, tidak dapat menziarahi kaum keluarga dan sanak saudara, menghadiri kenduri kahwin dan sebagainya. Kadangkala saya berfikir, apa sebenarnya kehendak ibubapa ini, kerana jika tidak diadakan kelas, ramai yang merungut juga. Mereka terus menunding jari kepada institusi pendidikan amnya dan guru khususnya , yang begitu seronok bercuti sehingga mengabaikan anak murid yang akan menghadapi peperiksaan ini. Malah ada yang mempertikaikan cuti guru, gaji guru, dan macam2 lagi. Walhal, tahun peperiksaan adalah tahun yang paling penting bagi anak-anak. Apa salahnya jika kita berkorban masa bersama anak-anak hanya ditahun-tahun yang penting ini. Kecualilah jika ibubapa tidak mengharapkan sebarang kejayaan daripada anak-anak!.Jika kita dapat berfikir dengan waras..insyaallah, segala aktiviti untuk kebaikan harus kita terima dengan baik juga. Justeru, ibubapa berilah kerjasama dan harapan kepada guru dan anak. Sebagaimana kehendak ibubapa yang ingin melihat anak-anak berjaya, begitulah juga hasrat guru yang berhempas pulas mengajar, dari sekolah tadika hingga ke ketahap anak kita hari ini. Salam cuti sekolah dari saya..
Friday, March 19, 2010
Penghujung Cuti..
Salam ukhwah buat semua. Sedar tak sedar hari ini Jumaat 19 Mac 2010. Sesekali mengimbas..
"
"
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."
- وَالْعَصْرِ Demi masa.
- إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
- إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-%E2%80%98Asr (ayat 103 surah Makiyyah).
tertanya-tanya juga.. dalam golongan manakah kita. Adakah dalam golongan yang kerugian atau golongan yang berpesan-pesan ke arah kebaikan , beramal saleh, sabar antara satu sama lain? sesungguhnya keterlekaan menyebabkan kita rugi yang amat sangat. Hari ini, antaranya bermula Pesta Buku Kuala Lumpur, yang dinanti oleh peminat buku, peminat membaca buku dan peminat membeli buku keseluruhannya. Nampak acara ini sangat bagus...sambutan dikalangan rakyat kita yang semakin gemar membaca sangat mengkagumkan. Sehingga ada yang menggalakkan membaca didalam LRT, sambil berjalan, sambil memandu,sambil tidur..Alhamdulillah. Membudayakan satu semnagat baru yang sememangnya tipis dalam diri rakyat Malaysia.
Namun, seperti yang saya ungkapkan diawal tadi..kategori yang hadir adalah berseza-beza. Ada yang minat mengumpul buku tetapi baca..bagilah pada orang lain, ada yang minat membaca buku tetapi hanya minat kepada novel2 terbaru dipasaran yang sanggup mengeluarkan wang hingga ribuan ringgit. Ada pula yang hanya berminat kepada koleksi buku-buku tetapi sehingga membeli dari pelbagai bidang tetapi langsung tidak memahami isi kandungannya. Kata orang untuk melahirkan rasa suka dan cinta pada buku, biarlah buku apapun yang kita baca asalkan kita baca! tak boleh juga, perlu dipantau jika anak2 kecil membaca buku yang tidak sesuai dengan diri mereka, begitu juga remaja2..yang mudah mempelajari sesuatu melalui pembacaan tanpa diawasi ibu-bapa? bagaimana jika kita tergolong dari golongan yang "gila" membaca hinggakan terabai tanggungjawab yang lain? adakah kita mendapat manafaat darinya? Jadi, renung-renungkanlah. Membaca menambah ilmu pengetahuan, melalui pembacaan kita mengetahui segala yang tersembunyi. Kemudian kita sebarkan teladan kepada rakan-rakan, kita kongsi isinya, faktanya, pengalamannya ke arah kebaikan. Semoga masa yang kita habiskan di PBKL tidak membuatkan kita dalam kerugian..insyaallah!!!
Monday, March 1, 2010
Friday, February 12, 2010
Pentingnya Kebersihan!!
Hari Rabu 9/2/ 2010, sk dikejutkan dengan kehadiran inspektor kesihatan,dari kem pendidikan yang membuat pemeriksaan kantin sekolah. Dan malangnya apabila kantin diarah menjalankan kerja-kera naiktaraf selama 2minggu bermula Khamis 10/2/10.Dalam waktu yang singkat pihak sekolah mengeluarkan surat pemberitahuan kepada ibubapa yang mempuyai anak disesi persekolahan petang, dan berharap agar mereka mempunyai abang dan kakak pada sesi pagi esoknya. Penutupan kantin mempunyai pro dan kontra. Pronya, ibubapa akan menyediakan makanan yang lebih baik untuk anak-anak, mereka akan membawa bekalan kesekolah dan ini mengeratkan silaturrahim dikalangan murid yang berkongsi makanan. Suasananya sungguh berbeza seperti zaman persekolahan dulu-dulu..tetapi jika diteliti, lebih banyak kontranya..kerana makanan yang dibawa kebanyakannya dibeli dari luar..bukan dimasak dirumah kerana ibubapa bekerja. Jika diperhatikan, sikap ibubapa yang sambalewa inilah yang menyebabkan pengusaha kantin tidak mematuhi standard yang ditetapkan kerana ibubapa tidak perihatin dengan tahap kebersihan dan tidak pernah membuat komplen terhadap kualiti makanan serta penyediaan makanan disekolah. Malah dalam hal ini PIBG juga dilihat tidak memainkan peranan dalam penjagaan standard kualiti penyediaan makanan. Bak kata pepatah "sudah terhantuk baru terngadah".
Bagi guru-guru, keadaan ini memberi banyak hikmah..antaranya, waktu inilah nak rasa masakan dari kawan2. Malah suasananya meriah macam kenduri pula apabila juadah dihidang dan dimakan bersama..
Mujurlah tempoh seminggu berlalu bersama perayaan Tahun Baru Cina. Tinggal 3 hari sahaja selepas buka sekolah. Jadi kepada ibubapa yang ada diluar sana..bersikap perihatinlah kepada persekitaran anak2 anda. Pemakanan merupakan aspek penting dalam tumbesaran anak2. Janganlah kita leka bekerja dan mengabaikan amanah yang diberikan!!
Bagi guru-guru, keadaan ini memberi banyak hikmah..antaranya, waktu inilah nak rasa masakan dari kawan2. Malah suasananya meriah macam kenduri pula apabila juadah dihidang dan dimakan bersama..
Mujurlah tempoh seminggu berlalu bersama perayaan Tahun Baru Cina. Tinggal 3 hari sahaja selepas buka sekolah. Jadi kepada ibubapa yang ada diluar sana..bersikap perihatinlah kepada persekitaran anak2 anda. Pemakanan merupakan aspek penting dalam tumbesaran anak2. Janganlah kita leka bekerja dan mengabaikan amanah yang diberikan!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP. Hari ke-28 PKPB. 8 Syawal 1441H/ 31.05.2020
-
New Year Give Away (stiky post until GA closed) date will be announce leter Terbuka kepada semua blogger.. syaratnya? macam biasal...
-
Assalamualaiikum buat semua blogger. X sabar rasanya nak umumkan pemenang GA New Year Senandunghatiku.. Cabutan telahpun dilakukan bersama-s...
-
Kembali menjengah ke sini. Bukan tiada apa yang mahu dicatat, terlalu banyak. Namun ada kalanya rasa itu perlu disimpan. Lalui kehidupan yan...