Tuesday, December 23, 2014

Terima Biras dan Adik Ipar..kenangan 2014

Cepat sungguh masa berlalu..sedar tak sedar kita dah betul-betul berada dipenghujung 2015. Sepanjang cuti prsekolahan tahun ini, senandunghatiku tak dapat nak berehat panjang. Masa betul2 berharga. Daripada hari pertama cuti sekolah hingga ke hari terakhir 2014( kalau dipanjangkan umur)

Tambahan pula suasana cuti tahun ni berbeza bila anak-anak dah besar. tak seminit pun rumah ni sunyi kecuali kalau semuanya "Zzzzzz". Berganda la tugasan. Tapi Alhamdulillah..berkat menjadi anak emak..(maklumlah anak perempuan pertama dalam keluarga) segala urusan dapat dibahagi sebaik mungkin. Bukan senang ya nak jadi Isteri, ibu, surirumah..belajar lagi . Cuti-cuti pun masih banyak tugasan tahun hadapan yang perlu terus diuruskan..kannn..banyak betul tugasannya.

Oh ya, berbalik kepada tajuk entri tu..senandunghatiku nak kongsi gambar-gambar sepanjang majlis 2 majlis yang menjadi sejarah keluarga tahun ini..

Makan beradab..ini sahaja yang boleh disumbangkan..harap menyelerakan semua..

Ini dia pasangan yang dirai " Abdullah Hanif dan Emma"

sama cantik sama padan

Bagai pinang di belah dua



My little Princess..

bersama ibu mertua dan ipar..
haa.. ini insan2 yang dirai perkahwinan antara adik ipar  Abdullah Hanif dan Emma (23/11/20014)
Selepas tu, balik semula ke Puchong dan bertugas selama seminggu di sekolah.
Tibalah masanya senandunghatiku bertugas untuk meraikan perkahwinan kedua dalam keluarga..yang ni adik sendiri pulak. Adik lelaki kedua bongsu (adik bongsu OKU) kira lelaki terakhir la dalam keluarga yang menamatkan zaman bujang.

letihnya tak terkira bila kendurinya 4 hari berturut2. bermula hari bernikah, kenduri sebelah perempuan, kemudian kenduri rumah sendiri. maklumlah, kami yang tinggal di Felda masih kekalkan cara lama. Cuma terasa perbezaan bila generasi kedua yang tinggal..dah banyak budaya orang lama dibuang. Tapi tak mengapalah, dah niat nak meraikan pengantin..maka kami lakukan yang terbaik. apa kata layan gambar je..
bersedia memikul tanggungjawab..
Sah bergelar suami isteri.."Agama dijunjung adat disanjung"

kini bergelar suami orang..(selepas majlis)
bersama bonda tercinta



esok dah bersama pasangan..

Insan dirai Mohd. Azroynizam Zainal dan Nor Atikah Nor Shahrulnizam

sama cantik sama padan

kami..kena bawa hantaran la pulak..

kami lagi.." inilah kami bertiga,..saya dan 2 adik perempuan

Meriahkan..jadi selesai sudah tanggungjawab senandunghatiku untuk adik-adik tersayang.
 Semoga kalian kekal bahagia hingga ke Jannah. Ingatlah akad dan lafaz..ianya membawa seribu erti. Perkahwinan adalah perkongsian..kongsilah suka duka biarpun kenyataannya pahit untuk ditelan..pasti manisnya terasa jua..
Tungguuuuuu..belum habis lagi, entri perkahwinan part 2 dirumah bonda akan menyusul..




Tuesday, December 9, 2014

Oh.. Negaraku!



Negaraku..
Tanah tumpahnya darahku..
Rakyat hidup
Bersatu dan maju

Rahmat bahgia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat Bertahkta..

Sinonim dengan lagu ini? ya ..jika kita rakyat Malaysia. Jika kita berada di bumi bertuah yang bernama Malaysia.. jika kita berada dalam zaman kegemilangan Malaysia..

Tapi hari ini.. lagu ini tiada jiwa bagi generasi baru..hanya gah berkumandang di stadium sebelum perlawanan bola sepak..hanya wajib di nyanyikan di perhimpunan sekolah setiap hari..selepas itu.??.

Sepanjang 1 dekad..terlalu banyak perubahan yang telah berlaku..bermula dari tampuk pemerintahan, turun kepada kehidupan masyarakat.. kehidupan keluarga.., kehidupan individu, dan kesemuanya menuju ke arah kelonggaran sebuah negara bangsa. Ada ke kesan lagu Negaraku di hati anda semua?
Rata-rata rakyat Malaysia masih kurang kesedaran dan rasa bangga terhadap tanah air tercinta. Jika tidak masakan penyokong Vietnam diserang selepas perlawanan  piala AFF kelmarin.
Bagaimana jika ia berlaku terhadap penyokong kita..apa yang kita rasakan?
inilah buktinya Negaraku hanya sekadar lontaran suara..

gambar dipetik dr Oh! media

Gambar dipetik dari Oh! media



Friday, November 14, 2014

Hargailah permata hatimu..


Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar sudah tiba ke penghujung tahun 2014. Lumrahnya bila tiba hujung tahun semua bidang pekerjaan menjadi kalut. Tak kiralah jabatan kerajaan,swasta waima suri rumah juga mengalami keadaan yang sama. Waktu seolah-olah untuk kita menyudahkan kerja2 bagi tahun ini yang tak boleh bersambung di masa hadapan.


             Tatkala kesibukan itulah kita alpa atau terlepas pandang akan keperluan permata hati kita..tak kiralah samada mereka berumur 3 bulan, 13 tahun atau mungkin mencecah 23 tahun.
Ibu bapa selalu meletakkan kedudukan anak2 ke alam orang dewasa..walaupun umur anak kita hanyalah 6 tahun..apayah lagi 16 tahun. Fitrah kita yang menganggap mereka mampu berdikari ada kalanya menyebabkan mereka tersasar dari sikap yang sepatutnya ada pada kanak-kanak atau remaja seusianya. 


Jadilah sahabat anak-anak






tingkatkan perhatian dan kasih sayang
               Kecanggihan teknologi juga menjadi penyumbang kepada punca permasalahan ini. kelekaan dan kelapaan, atas dorngan rasa yang menyatakan anak-anak lebih selamat berada di depan mata berbanding diluar..lalu disogokkan dengan kecanggihan teknologi. Akibatnya mereka hilang deria persekitaran untuk memahami apa sebenarnya kehendak atau keperluan.


Berikan kepercayaan
           

Akhir-akhir ini pula kita di dedahkan dengan perilaku buli dikalangan anak2 remaja sehingga menggelapkan masa depan. Wahai ibu bapa,..sedarkah kita akibat kelekaan yang kita lakukan. hilanglah kegembiraan bagi anak-anak ini..mereka akan dicaci maki sepanjang usia..berhadapan dengan igauan ngeri..

            Senandunghatiku berlagu pilu,.. terkenang anakanda yang jauh dimata. Semoga Allah S.W.T senantiasa melindungi anak-anakku..dan semoga dirinya kuat menempuh cabaran...

Monday, October 27, 2014

Gagal lagi?

Gagal.. apa yang gagal? hari ni bila kembali ke blog terasa sebenarnya bukan mudah nak berblog. bukan sekadar mengupdate status atau berkongsi cerita. berblog juga memerlukan kita melihat kisah kawan2. samada peribadi, kerjaya, kehidupan. semuanya perlu kita telili. tetapi sayangnya senandunghatiku tak cukup masa untuk itu. Kalaulah masa tu boleh ditambah..24jam sehari boleh jadi 48jam..alangkah baiknya..

emm, itulah sebenarnya.. sifat tamak yang ada dalam diri manusia. sebab itulah post di atas tajuknya gagal.

bila gagal mengurus masa,
hidup jadi huru hara

Kadang-kala terlupa nak bg reward pada diri sendiri..semua nak grab..sehingga ada yang tercicir.

yang dikejar tak dapat 
yang dikendong berciciran

Lumrah kehidupan.. bagi senandunghatiku inilah terapi diri yang sangat berkesan. Luahkan apa yang terbuku di hati dan yang bermain di minda..Inshaallah..bebanan hilang dan diri terasa muda dari usia walaupun asalanya gagal merancang..

gagal untuk merancang bermakna 
kita merancang untuk gagal!
tetapi jangan ptus asa kerana peluang sentiasa datang..

Friday, October 24, 2014

Gigi sana sini..

Amboi..baca tajuk tu lain macam je..gigi sana sini.. bnyak betul?gigi siapa? Ni nk cerita. Sikembar mama rupa-rupanya dlm proses nak menukar  gigi susu. Boleh dikatakan kesemua gigi dah goyang dan dah ada gigi baru yang tumbuh. Yang bagusnya mereka berdua ni, tak nk pergi dentist,suka cabut gigi sediri, tapi yang tak bagusnya gigi bnyk dh tumbuh dulu..dan  gigi tercicir merata-rata. Kelakar pun ada. Semalam si adik nk makan donat, lepas tu dia mnjerit.."Mummy!" Punya la kuat..bergegas mama dpatkannya.."kenapa..kenapa dik?" "Hadi nak makan donat..tiba-tiba gigi hadi hilang"..aduh..suspen betul. Cari punya cari..gigi tercampak bawah meja. Sebelumnya si abang bangun tidur.."mi..abang jumpa gigi atas tilam" hahaha..mujurla tak kena telan. Sekarang mereka berdua masih dlm proses menukar gigi..lps ni tugas mereka utk pastikan gigi duduk atas trek(tk ke depan dan ke belakang.(caranya tolak gigi selalu guna lidah).

Mama selalu berpesan kpd anak2 ni..gigi adalah aset. Contohilah nenek..walaupun dah berusia 64 tahun tapi gigi masih penuh, kuat dan paling penting tersusun cantik. Nk info lebih baik boleh ikuti link di bawah.

http://www.imedik.org/jangan-abaikan-penjagaan-gigi-susu

Salam Akhir jumaat 1435h...

Wednesday, October 8, 2014

Kenangan Hari Semalam.. (Jengka-Gopeng-Puchong)



Salam Aidiladha.

Alhamdulillah..sekali lagi tahun ini kedua-dua raya dapat disambut bersama keluarga dan keluarga mertua.  Bagi senandunghatiku, raya haji ni raya yang penuh makna bagi  umat Isam kerana berjaya menyempurnakan ibadah haji dan menjadi tetamu Allah S.W.T. Seharusnya kita raikan juga walau di mana berada.
mujur warna baju nenek tak sama. Bersama Bondaku yg masih maintain..

Cuti yang Pendek.

Tapi halangan utk tahun ni bertambah-tambah bila cuti tersangatlah pendek. Bayangkan Along berada di IGOP. Jumaat petang dia balik ke K.L menaiki tren ETS dan KLIA Ekspress.Ummi tunggu di stesyen Putrajaya. Sampai di rumah jam 8.30 dan terus bersiap-siap untuk pulang ke kg halaman iaitu di Jengka. Sudahlah diduga dengan kenaikan harga minyak..jalan pulak jem. Maka cepat ajelah tangki minyak kering. Namun itu semua bukan halangan bagi kami. 

Perjalanan yang Panjang.

Buat pertama kalinya juga kami beraya sakan atas jalan raya. Dari Jengka, melalui Batang Kali, keluar Exit Tanjong Malim - Masuk exit Gopeng. Kemudian semasa menghala pulang, kami ambil jalan lama..semuanya gara-gara kepadatan highway dgn kenderaan sehingga 40km dari simpang pulai. Kemudian exit Bidor menghala ke Puchong. Syukur akhirnya kami sampai lebih kurang Jam 12.45 tgh malam. Rasanya kalau tengok gambar lebih warna warni..jom layann..

Belumpun sampai 1 jam bergerak..dah mencari tandas, tapi tandas dkt exit CHENOR terbaik!!!

Penuh dengan eskot

Hutan lipur Lentang, ni perhentian ke tiga selepas Petronas Karak..(tak sempat nk ambil gambar)
Sempat posing, Hutan Lipur lentang.. tandas lagi!!




Naik ke kaki genting menuju ke Batang Kali
Anak-anak sibuk bertanya, kita nak naik kereta kabel ke Ummi?

Sebab jalan yang berliku..semua dpt arahan supaya tido..yang tak tido ummi  N driver (EN. Asben)

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Akhirnya..tiba dibumi Gopeng..                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Tiba di IGOP tepat jam 5:30..masih ada setegah jam..hhihihi

Sempat posing...

Masjid di tepi jalan  Kampar, berhenti rehat dan solat.sebelum pulang.

Punya la lapar..satu hari hanya makan mee hoon..hihii, 

siang bertemu malam..huhuu

hentian sebelah Rawang

tanpa make up? ye la dah lebih 10jam dlm kereta..

muka baru tidur ni..hiihi





Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020