Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Terima kasih kerana sudi menjadi rakan seperjuanganku

iklan

kelab bloggr

Tuesday, February 2, 2016

2016 mengorak langkah!

Pantasnya masa berlalu..sedar tak sedar dah masuk 2 Februari 2016.  sebenarnya terdetik juga dalam hati..tamak rupanya aku ni. sebab semua benda nak buat..alih-alih tinggal tak berkembang macam tu aje.. 2016?
Nampaknya kenalah Ummi tepekkan kat sni perancangan 2016.
1) hantar tesis..dah lama sangat terperap..siap ke tidak? 80% capai target.. sikit je lagi bab 4 dan 5.
3. lepas hantar tesis je nak Qada aktiviti yg dah tinggal selama 5 tahun..aktiviti apa tu?
i. Tulis cerita..sasaran remaja..atau anak2 yang baru nak UP ni..buat research sikit. sekurang-kurangnya senaskah.
ii. Baca novel..dh dekat 500 buah novel dlm simpanan..banyak ke? hahaha bukan mummy punya..tapi cik tie tini a.k.a my sister Malawati. kerjanya dengan orang novel..maka beli tu wajib,,tu tak termasuk ngan  novel tukang sponsor .
iii. Nak berkebun..waaaaa..dah lama ku tinggalkan laman sekangkang keraku..sampai kosong. Bonsai pun dh hantar balik kampung..banyak sangat tips yang dah dikumpul melalui geng kebun bandar..jadi kenalah aplikasi..
iv. Beriadah.. tiap2 minggu nak ke bukit hijau yang nyaman. Bawa anak2 beriadah sambil pekena nasi lemak....lps tu terjun kolam kat presint 9..bahagia rasanya.
 v. Nak ajak anak2 join aktiviti amal..aktiviti masyarakat..ada je kita follow
vi. Oh ya..rasanya dah banyak rekod cerita korea..boleh la mengadap TV
vii. Nk belajar mengaji..seronok kalau dapat belajar semula bila dan beerrrrusia ni..
vii. Round the world..issh..mcm banyak sangat duit..travel seluruh Malaysia pun cukuplah..anak2 pun dh besar..
viii.  Memasak ..kita pakai buku resepi pulak..asyik main campak2 je
ix. Manjakan diri : cari SPA yg best tiap hujung minggu..WoW!
x. Akhir sekali..mengkaji..mengkaji dan mengkaji..sebab itu tujuan belajar..waaaaaaa

Itulah 10 perkara yang terlintas difikiran bila dah submit tesis nanti..susah sangat ke PHD?
PHD tak susah,, perjalanan cerita hikayatnya yang panjang..sebuah pengorbanan. Ada yang berkorban..ada yang terkorban. Semoga segala perancangan direstui Ilahi..kepada en. suami dan anak2 tercinta..bersabarlah sikit lagi ya..semoga yang pahit bertukar menjadi semanis madu..


Saturday, May 16, 2015

Selamat Hari Guru.. Terima Kasih Mama


Tidak tergambar perasaan ini..kini 12 tahun bergelar cikgu..kesemua atas semangat dan dorongan mu. Pertama kali menjadi insan bergelar cikgu tanpa ucapan darimu..sesungguhnya kaulah guru buatku dunia dan akhirat..
Terima kasih Mama, atas kesempurnaan didikanmu..menjadi bekalan buatku dan generasimu..
semoga rohmu dalam linduganNYA..
Selamat Hari Guru Mama..Alfatihah buatmu..


Selamat hari guru buat semua sahabat yang bergelar cikgu..samada formal atau secara tidak formal..secebis kebaikan yang diajar adalah kebaikan dan ganjaran..









Thursday, April 16, 2015

Kerinduan yang tidak berpenghujung- Alfatihah

Kerinduan yang tidak berpenghujung..

bonda..
tatkala papan kekunci ini ku tekan..
kesepian menyelubungi jiwa
Aku bukan meniti usia remaja
Untuk kuratapi kepergianmu
Namun usia tua ini tidak menghalang aku 
Dari merasai ketiadaanmu

Bonda..
Nak kuluahkan pada siapa lagi
Disaat jiwa menyerbu kekosongan
Disaat hati dilanda kesepian
Disaat jasad dilanda kekeliruan
Aku tewas dalam kedewasaan

Bonda..
Kupanjatkan doa semampu diri
Damailah rohmu di sana
Kupujuk hati meniti hari
Amanlah rohmu bertemu yang Maha Pencipta
Dari segenap ruang
Dari setiap sudut..

Bonda
kenangan itu ku bawa berlari 
meniti sisa2 usia yang dipinjamkan buatku
Aku hanya hambaNYA yang lemah..
menumpang kasih ..
merangkul kerinduan yang tidak berpenghujung..

Alfatihah buat Arwah bonda Kamaliah bt Abd Rahman (24/05/1950 - 16/03/2015)



Friday, February 20, 2015

Entry Pertama 2015

Terlalu pantas masa berlalu, sedar tak sedar dah pun masuk hari ke 20, di bulan Februari 2015.
Ummi tak sempat betul nk update blog walaupun hati bersenandung. Tetapi sempat juga membaca blog rakan2 yang aktif.

Apa yang nak dikongsi; Buah tangan sulung Ummi yang terhasil dari mengikuti "Program Pengkarya Guru 2012". Dalam kesibukan bekerja dan menguruskan rumah tangga..sempat juga menggapai peluang yang diberikan unit penerbitan Karangkraf. Bukan mudah ya nak boloskan diri dalam senarai 100 buku dibawah :Projek #100buku".

Ini langkah permulaan, sebenarnya bukan mencari populariti tetapi mencuba sesuatu yang mampu dilakukan dan bersesuaian dengan dunia Ummi yang dikelilingi anak2.

Inilah buah tangan sulung Ummi..dilancarkan secara rasminya pada 31 Januari 2015 (Ahad)

Mengambil kata-kata Sifoo Yusuf Gajah, hasil pertama pasti tidak dapat memenuhi impian kita 100% tetapi mengispirasikan kita untuk membuat karya yang lebih baik. Insya Allah..Ummi akan mengisi masa lapang dengan menimba lebih banyak ilmu.
Inilah rupa cover setelah di cetak 


Ok..sekarang gambar anak dara Ummi yang sorang ni..Nur Qaseh Airis Fiqriyah. Minat sangat dengan Frozen, hari ni dapat melaram di pesta Frozen terbesar anjuran Karangkraf kali pertama. Maunya tak besar..lebih kurang 5-6 ratus orang kanak-kanak dengan gaya meniru watak utama Filem Frozen iaitu Anna dan Elsa.


 Majlis julung-julung kali di adakan memang ada kelemahannya tetapi keberanian pihak penganjur mengumpulkan kanak-kanak seramai itu haruslah dipuji. bukan itu sahaja..securitinya juga sangat bagus..sehingga ibu bapa yang nak ambil anak sendiri turut di awasi. ye la...nanti ada yang mengaku anak dia, padahal anak orang lain..mau kecoh!

Airis berani duduk dengan kawan-kawan yang tak dikenali..rajin pulak berborak..

hajat nak naik ke pentas utama tercapai juga..tengoklah baju dia..lain dari yang lain sbb dia menggayakan watak Anna..

Akhirnya dapat cenderahati dari penganjur..bukan senang nk dapat tu..bukan semua orang boleh dapat..huhuu

Ini pula sekitar persediaan pelancaran Projek #100buku


Jika ke karnival karangkraf..tak ambil gambar disudut2 yang disediakan..teramatlah rugi.


haa..yang ni gambar terbaru anak-anak..Alhamdulillah..semuanya membesar sebagai johan.
Kepada kawan-kawan yang berminat dengan buku Ummi dan buku rakan2 yanglain, bolehlah tinggalkan komen. Insyaallah akan dibalas pertanyaan2 semua. Buku ni adalah bacaan ringan yang berilustrasi (setiap page). Kurang perkataan. saiznya kecil- 8cm x 8cm sesuai untuk anak-anak berumur 6-10 tahun..





InsyaAllah bertemu di entry seterusnya..




Tuesday, December 23, 2014

Terima Biras dan Adik Ipar..kenangan 2014

Cepat sungguh masa berlalu..sedar tak sedar kita dah betul-betul berada dipenghujung 2015. Sepanjang cuti prsekolahan tahun ini, senandunghatiku tak dapat nak berehat panjang. Masa betul2 berharga. Daripada hari pertama cuti sekolah hingga ke hari terakhir 2014( kalau dipanjangkan umur)

Tambahan pula suasana cuti tahun ni berbeza bila anak-anak dah besar. tak seminit pun rumah ni sunyi kecuali kalau semuanya "Zzzzzz". Berganda la tugasan. Tapi Alhamdulillah..berkat menjadi anak emak..(maklumlah anak perempuan pertama dalam keluarga) segala urusan dapat dibahagi sebaik mungkin. Bukan senang ya nak jadi Isteri, ibu, surirumah..belajar lagi . Cuti-cuti pun masih banyak tugasan tahun hadapan yang perlu terus diuruskan..kannn..banyak betul tugasannya.

Oh ya, berbalik kepada tajuk entri tu..senandunghatiku nak kongsi gambar-gambar sepanjang majlis 2 majlis yang menjadi sejarah keluarga tahun ini..

Makan beradab..ini sahaja yang boleh disumbangkan..harap menyelerakan semua..

Ini dia pasangan yang dirai " Abdullah Hanif dan Emma"

sama cantik sama padan

Bagai pinang di belah dua



My little Princess..

bersama ibu mertua dan ipar..
haa.. ini insan2 yang dirai perkahwinan antara adik ipar  Abdullah Hanif dan Emma (23/11/20014)
Selepas tu, balik semula ke Puchong dan bertugas selama seminggu di sekolah.
Tibalah masanya senandunghatiku bertugas untuk meraikan perkahwinan kedua dalam keluarga..yang ni adik sendiri pulak. Adik lelaki kedua bongsu (adik bongsu OKU) kira lelaki terakhir la dalam keluarga yang menamatkan zaman bujang.

letihnya tak terkira bila kendurinya 4 hari berturut2. bermula hari bernikah, kenduri sebelah perempuan, kemudian kenduri rumah sendiri. maklumlah, kami yang tinggal di Felda masih kekalkan cara lama. Cuma terasa perbezaan bila generasi kedua yang tinggal..dah banyak budaya orang lama dibuang. Tapi tak mengapalah, dah niat nak meraikan pengantin..maka kami lakukan yang terbaik. apa kata layan gambar je..
bersedia memikul tanggungjawab..
Sah bergelar suami isteri.."Agama dijunjung adat disanjung"

kini bergelar suami orang..(selepas majlis)
bersama bonda tercinta



esok dah bersama pasangan..

Insan dirai Mohd. Azroynizam Zainal dan Nor Atikah Nor Shahrulnizam

sama cantik sama padan

kami..kena bawa hantaran la pulak..

kami lagi.." inilah kami bertiga,..saya dan 2 adik perempuan

Meriahkan..jadi selesai sudah tanggungjawab senandunghatiku untuk adik-adik tersayang.
 Semoga kalian kekal bahagia hingga ke Jannah. Ingatlah akad dan lafaz..ianya membawa seribu erti. Perkahwinan adalah perkongsian..kongsilah suka duka biarpun kenyataannya pahit untuk ditelan..pasti manisnya terasa jua..
Tungguuuuuu..belum habis lagi, entri perkahwinan part 2 dirumah bonda akan menyusul..




Tuesday, December 9, 2014

Oh.. Negaraku!



Negaraku..
Tanah tumpahnya darahku..
Rakyat hidup
Bersatu dan maju

Rahmat bahgia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat Bertahkta..

Sinonim dengan lagu ini? ya ..jika kita rakyat Malaysia. Jika kita berada di bumi bertuah yang bernama Malaysia.. jika kita berada dalam zaman kegemilangan Malaysia..

Tapi hari ini.. lagu ini tiada jiwa bagi generasi baru..hanya gah berkumandang di stadium sebelum perlawanan bola sepak..hanya wajib di nyanyikan di perhimpunan sekolah setiap hari..selepas itu.??.

Sepanjang 1 dekad..terlalu banyak perubahan yang telah berlaku..bermula dari tampuk pemerintahan, turun kepada kehidupan masyarakat.. kehidupan keluarga.., kehidupan individu, dan kesemuanya menuju ke arah kelonggaran sebuah negara bangsa. Ada ke kesan lagu Negaraku di hati anda semua?
Rata-rata rakyat Malaysia masih kurang kesedaran dan rasa bangga terhadap tanah air tercinta. Jika tidak masakan penyokong Vietnam diserang selepas perlawanan  piala AFF kelmarin.
Bagaimana jika ia berlaku terhadap penyokong kita..apa yang kita rasakan?
inilah buktinya Negaraku hanya sekadar lontaran suara..

gambar dipetik dr Oh! media

Gambar dipetik dari Oh! media



Friday, November 14, 2014

Hargailah permata hatimu..


Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar sudah tiba ke penghujung tahun 2014. Lumrahnya bila tiba hujung tahun semua bidang pekerjaan menjadi kalut. Tak kiralah jabatan kerajaan,swasta waima suri rumah juga mengalami keadaan yang sama. Waktu seolah-olah untuk kita menyudahkan kerja2 bagi tahun ini yang tak boleh bersambung di masa hadapan.


             Tatkala kesibukan itulah kita alpa atau terlepas pandang akan keperluan permata hati kita..tak kiralah samada mereka berumur 3 bulan, 13 tahun atau mungkin mencecah 23 tahun.
Ibu bapa selalu meletakkan kedudukan anak2 ke alam orang dewasa..walaupun umur anak kita hanyalah 6 tahun..apayah lagi 16 tahun. Fitrah kita yang menganggap mereka mampu berdikari ada kalanya menyebabkan mereka tersasar dari sikap yang sepatutnya ada pada kanak-kanak atau remaja seusianya. 


Jadilah sahabat anak-anak






tingkatkan perhatian dan kasih sayang
               Kecanggihan teknologi juga menjadi penyumbang kepada punca permasalahan ini. kelekaan dan kelapaan, atas dorngan rasa yang menyatakan anak-anak lebih selamat berada di depan mata berbanding diluar..lalu disogokkan dengan kecanggihan teknologi. Akibatnya mereka hilang deria persekitaran untuk memahami apa sebenarnya kehendak atau keperluan.


Berikan kepercayaan
           

Akhir-akhir ini pula kita di dedahkan dengan perilaku buli dikalangan anak2 remaja sehingga menggelapkan masa depan. Wahai ibu bapa,..sedarkah kita akibat kelekaan yang kita lakukan. hilanglah kegembiraan bagi anak-anak ini..mereka akan dicaci maki sepanjang usia..berhadapan dengan igauan ngeri..

            Senandunghatiku berlagu pilu,.. terkenang anakanda yang jauh dimata. Semoga Allah S.W.T senantiasa melindungi anak-anakku..dan semoga dirinya kuat menempuh cabaran...