Saturday, May 16, 2015

Selamat Hari Guru.. Terima Kasih Mama


Tidak tergambar perasaan ini..kini 12 tahun bergelar cikgu..kesemua atas semangat dan dorongan mu. Pertama kali menjadi insan bergelar cikgu tanpa ucapan darimu..sesungguhnya kaulah guru buatku dunia dan akhirat..
Terima kasih Mama, atas kesempurnaan didikanmu..menjadi bekalan buatku dan generasimu..
semoga rohmu dalam linduganNYA..
Selamat Hari Guru Mama..Alfatihah buatmu..


Selamat hari guru buat semua sahabat yang bergelar cikgu..samada formal atau secara tidak formal..secebis kebaikan yang diajar adalah kebaikan dan ganjaran..









Thursday, April 16, 2015

Kerinduan yang tidak berpenghujung- Alfatihah

Kerinduan yang tidak berpenghujung..

bonda..
tatkala papan kekunci ini ku tekan..
kesepian menyelubungi jiwa
Aku bukan meniti usia remaja
Untuk kuratapi kepergianmu
Namun usia tua ini tidak menghalang aku 
Dari merasai ketiadaanmu

Bonda..
Nak kuluahkan pada siapa lagi
Disaat jiwa menyerbu kekosongan
Disaat hati dilanda kesepian
Disaat jasad dilanda kekeliruan
Aku tewas dalam kedewasaan

Bonda..
Kupanjatkan doa semampu diri
Damailah rohmu di sana
Kupujuk hati meniti hari
Amanlah rohmu bertemu yang Maha Pencipta
Dari segenap ruang
Dari setiap sudut..

Bonda
kenangan itu ku bawa berlari 
meniti sisa2 usia yang dipinjamkan buatku
Aku hanya hambaNYA yang lemah..
menumpang kasih ..
merangkul kerinduan yang tidak berpenghujung..

Alfatihah buat Arwah bonda Kamaliah bt Abd Rahman (24/05/1950 - 16/03/2015)



Friday, February 20, 2015

Entry Pertama 2015

Terlalu pantas masa berlalu, sedar tak sedar dah pun masuk hari ke 20, di bulan Februari 2015.
Ummi tak sempat betul nk update blog walaupun hati bersenandung. Tetapi sempat juga membaca blog rakan2 yang aktif.

Apa yang nak dikongsi; Buah tangan sulung Ummi yang terhasil dari mengikuti "Program Pengkarya Guru 2012". Dalam kesibukan bekerja dan menguruskan rumah tangga..sempat juga menggapai peluang yang diberikan unit penerbitan Karangkraf. Bukan mudah ya nak boloskan diri dalam senarai 100 buku dibawah :Projek #100buku".

Ini langkah permulaan, sebenarnya bukan mencari populariti tetapi mencuba sesuatu yang mampu dilakukan dan bersesuaian dengan dunia Ummi yang dikelilingi anak2.

Inilah buah tangan sulung Ummi..dilancarkan secara rasminya pada 31 Januari 2015 (Ahad)

Mengambil kata-kata Sifoo Yusuf Gajah, hasil pertama pasti tidak dapat memenuhi impian kita 100% tetapi mengispirasikan kita untuk membuat karya yang lebih baik. Insya Allah..Ummi akan mengisi masa lapang dengan menimba lebih banyak ilmu.
Inilah rupa cover setelah di cetak 


Ok..sekarang gambar anak dara Ummi yang sorang ni..Nur Qaseh Airis Fiqriyah. Minat sangat dengan Frozen, hari ni dapat melaram di pesta Frozen terbesar anjuran Karangkraf kali pertama. Maunya tak besar..lebih kurang 5-6 ratus orang kanak-kanak dengan gaya meniru watak utama Filem Frozen iaitu Anna dan Elsa.


 Majlis julung-julung kali di adakan memang ada kelemahannya tetapi keberanian pihak penganjur mengumpulkan kanak-kanak seramai itu haruslah dipuji. bukan itu sahaja..securitinya juga sangat bagus..sehingga ibu bapa yang nak ambil anak sendiri turut di awasi. ye la...nanti ada yang mengaku anak dia, padahal anak orang lain..mau kecoh!

Airis berani duduk dengan kawan-kawan yang tak dikenali..rajin pulak berborak..

hajat nak naik ke pentas utama tercapai juga..tengoklah baju dia..lain dari yang lain sbb dia menggayakan watak Anna..

Akhirnya dapat cenderahati dari penganjur..bukan senang nk dapat tu..bukan semua orang boleh dapat..huhuu

Ini pula sekitar persediaan pelancaran Projek #100buku


Jika ke karnival karangkraf..tak ambil gambar disudut2 yang disediakan..teramatlah rugi.


haa..yang ni gambar terbaru anak-anak..Alhamdulillah..semuanya membesar sebagai johan.
Kepada kawan-kawan yang berminat dengan buku Ummi dan buku rakan2 yanglain, bolehlah tinggalkan komen. Insyaallah akan dibalas pertanyaan2 semua. Buku ni adalah bacaan ringan yang berilustrasi (setiap page). Kurang perkataan. saiznya kecil- 8cm x 8cm sesuai untuk anak-anak berumur 6-10 tahun..





InsyaAllah bertemu di entry seterusnya..




Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020