Friday, December 31, 2010

Jalan2 Hujung Minggu..

Ingatkan nk duduk rumah je hr ni, tp ank2 nak keluar juga. Nak tgok Upin & Ipin katanya. Hai.., jwbnya letih la melayan hari ni. Mujurlah SACC tu x panas dan didepan stage ada disediakan kerusi. dapatlah mama dan Qaseh duduk sementara abang2nya ke sana sini. Jomlah tengok gambar!

em..bila nak mula ni...

sempat lagi BF..yg penting Qaseh kenyang..burppp!

ha..dah dapat dah..

gebunya kucing ni..dah sama bsr ngan Qaseh..

tegokla bulu dia..

Ini kucing juara ni..Menang pertandingan yg dianjurkan di SACC

lena..& besar..hampir . Berat dr Qaseh lagi..
Kena buli nagn irma hasmi..

ish..nak naik stage juga..

kaw2  kena buli..tapi tak pe, dpt t'shirt sehelai..

Layan anak punya pasal..sanggup beratur pnjg..

em..friendly juga lah..

ni..upin & ipin versi mummy!

LIPSTIK SIHAT & PENUH KHASIAT! (TERBARU DAN MASIH BLM BNYK DIPASARAN...)


Haa.. ni lipstik baru, beuty freenz. Mula diperkenalkan kpd mummy minggu lepas. Ada extrak gamat dan warna mengikut darah. Masa first time pakai je dah jatuh cinta. Sebabnya;
1. sangat lembut...bila dioles ke bibir, ianya rata sahaja.
2. warnanya sgt cantik. Tak terlalu nipis dan x terlalu tebal. Sesuai utk trend zaman skrg
3. Dalam masa 3 hari, masalah bibir mengelupas dah settle..
4. Long last sampaikan nk masuk tidur pun mcm pakai lipstik, gitu..
5. Jadi x perlulah pk nk pakai kaler apa lagi & tiada lg msalah bibir kering dan merekah..
6..kerana suka sgt terus jadi ahli..
dan sekarang..
KEPADA YANG BERMINAT, ADA HARGA PENGENALAN  UTK TAHUN BARU!
NAK JADI AHLI PUN BOLEH..
MINATTTTTTTT?
APA TUNGGU LAGI, EMAIL SEGERA & TINGAL MSJ DI SHOUT BOX MUMMY!

Tuesday, December 28, 2010

Hadiah Penutup 2010!





Saje je nak bagi hadiah..Mummy nak cari kawan blogger yang ke 150.....dan yang ke 200 menjelang mlm thn baru siapa la agaknya yg brtuah ya ! hadiah berupa topup bernilai RM 10...cpt2!


Nampaknya ramai yg kecewa..jadi kita buat cabutan lah. Bila cukup 200 org blogger mummy akan pilih secara random.Jadi semua org ada peluang tuk dapatkan hadiah. jadi Folo, jgn x folo!




(nantikan siapa yg bertuah)!

Monday, December 27, 2010

500 BLOG BERMULA !

banner-ben-3


Hurm..En. Ben ni, setiap entry cam goreng pisang panas. Entah sempat join ke x...? Nasiblah. Berblog ni memberi kepuasan dari segi meredakan rasa tension. Malah boleh berkongsi setiap suka duka dengan kawan2. bertukar-tukar idea, yg penting..bisness pun jalannn!
TQVM En. Ben...

Tukar email...

Salam buat kawan2..senandunghatiku dah tukar e-mail baru. So kalau ada yg try link tapi x boleh tu, guna shj senandunghatiku.blogspot. Harap2 x ada masalah..sebab kalau bercampur dgn email personal agak serabut..

Sunday, December 26, 2010

Croydon baby boy giveaway



1. buat entry bout this contest, tepek je banner contest ni kat entry and link to this entry yer.. 
salam kenal Afidah..Tahniah!. Ala comeinya, teringat kelahiran anak2 akak. Macam ni la rupa mereka selepas lahir.Syukur kepada Allah kerana memberi peluang untuk hambanya melahirkan anak cucu Adam. Semoga lepas ni dapat baby girl pulak!

2. then letak banner juga di side bar and link to this entry juga..
ok..dah letak!'
3. da siap , letak entry contest anda di  ruang komen di bawah , kalau bole bagi email sekali yer.. 
yer la..
4. bole Tag 2 Org Join giveaway nie

dengan sukacitanya saya tag;

dan 
5. Tak wajib jadi follower , but strongly advisable .. haha.. ( senang nanti nk tau menang ke tak kan..)
dah folo u..
- Hadiah , i janji i nak beli masa kat UK kan.. so i will , sapa yg menang nanti , just gitau nak hadiah untuk diri sendiri ker , utk your girl ke , utk your boy ke , utk your baby ke , or utk your kesayangan , so i akan cari yg sesuai ngan dia... ok tak??





Saturday, December 25, 2010



dengan rasa gumbira mamaQaseh join GA diatas..(coz rasa muda lagi,hehehe)
yang dianjurkan oleh;
dah tu, siap ada penaja sekali dengan hadiah yang tip top.
trimas kpd
dengan ini senandunghatiku mengetag;

ha..kalau nak jon klik sini ya

Thursday, December 23, 2010

Qaseh dah mula kena tinggal!

Qaseh 3 bulan ( 6.8kg),Lenanya dialps dpt upah dr mama..
Minggu ni mamaQaseh hanya sempat melawat blog sndri je..x sempat nk post entri baru memandangkan dah mula bertugas. Sepanjang minggu ni, sibuk dengan mesyuarat guru, gotong-royong dan sebagainya. Tahun ni kami mula awal sebab cuti hujung tahun hari tu pun awal. Jadi x boleh lah nak berungut dibelakang! Suasana disekolah tu riuh-rendah dengan ceritera sepanjang cuti. Hari-hari ada saja cerita batu, jadi x bolehlah nak salahkan murid2 kalau diorang tu syok sgt bercerita. Tapi, time kerja kena jugalah kerja . Mujurlah buah hati mama, Nurqaseh Airis Fiqriyah sangat sporting..(yo la tu!). Kata mak cik dia, sepanjang mama tak ada, tiduk Qaseh x lena. Bila mama balik je, amboi..sampai kena kejutkan utk BF pulak. Bau je dah cukup..apatah lg kalau dah melekap kat bdn mama ni. Ptg td pg timbang & cucuk 3 bulan. Trus singgah carrefour tindik telinga. barulah nmpk mcm budak perempuan. skrg, dia trkebil2 & sdikit x selese. Mama ingat x nak bg ubat demam..nk tgok dia kuat tak coz last month dia x dmam pun. Cuma yg x thn, berat Qaseh dah mencecah 6.8kg. Patutla tgn ni kebas smcm je bila pangku dia..

Thursday, December 16, 2010

Alkisahnya...gunting rambut je..demam.

Salam pagi khamis.. hari ni dapat mengadap laptop awal skit. Semalam dah berhempas pulas mengemas ruangan atas dan bilik anak bujang. maklumlah..lagi dua minggu nk sekolah. Minggu depan Mummy dah start busy.  Mana tak nya, cuti sekolah ni asyik angah & along je yang mengadap laptop. main game..abis laptop Ps pulak. Tu ada hati lagi nak bodek belikan yang the latest..kata mereka. Jangan harap la, buka sekolah je semua akan mummy simpan semula. ingatkan cuti sekolah bolehla berehat..tapi 4x ganda letihnya. tapi merasa jugala jadi surirumah sepenuh masa. Tak boleh duduk diam sampaikan mak sendiri komplen " la, kata ajak mak datang sini (puchong) sebab x ada kerja..ni sehari 2 & 3 kali keluarnya". Hahahaha..mak tak tau, kalau x ada kerja maksudnya anak2 ada kat rumah. Kalau ada kerja, semua kena angkut, tinggal rumah je..! mana taknya bila balik rumah je, bnyk bnda nak dibuat..terutama yg remeh- temeh. Nanti bila dah mula balik bekerja.. dah x pandang dah. masa nilah nak pergi belikan buku sekolah along kat koperasi sekolahnya, pastu gi amik gambar ukuran pasport along & angah, aturkan jadual pergi balik sekolah. Belum lagi mencari alatan sekolah. Dalam sibuk2 tu..teringat juga ulangtahun Nurqaseh Airis Fiqriyah..3 bulan semalam. Nurqaseh tiba2 je mcm x bermaya. Nak kata demam x juga..dedar je badanya. Abang2nya pun sama. Rupa2nya mereka semua demam sebab potong rambut. Dari yg sulung sampai ke bongsu. hai..dari mana penyakit ni datang Mummy x tahu. Tapi yg pasti, lepas je gunting rambut..sure demam. Tengoklah wajah baru mereka...
mujurla dah pandai senyum & ketawa..nampakla mcm girl sket..
Ni lah wajah Nurqaseh Airis Fiqriyah..br je tumbuh rambut baru..



tengok tu, tidur pun senyum lagi..!


Ni Upi..sblm gunting rambut..

yang ni pulak..Aman.

Upi dalam proses menggunting..

Aman take turn..

yang ni sapa agaknya ye..Upi ke Aman?

Aman dan upi lepas gunting rambut..

Ni..Angah yg matanya besar!

ha..perasan encem la along nih!

baru nampak mata..x la rimas umi memandang!

Tuesday, December 14, 2010

pengumuman pemenang GA

Hepi Besday to SeNaNduNg HaTiKu.. aritu senandunghatiku menganjurkan Giveaway [GA] sempena 1st birthday. tapi sayangnya tak mendapat sambutan. mungkin kerana masa tu saya tidak dapat berblog kerana berada di kampung.

walaubagaimanapun terima kasih kepada yang menyertai iaitu kami@ contest dan cutemummy. harap dapat menghantar detail, nama, alamat kepada email senandunghatiku@gmail.com untuk pengurusan hadiah. InsyaAllah lepas ni kalau senandunghatiku buat GA lagi..jom la join ramai-ramai.

Saturday, December 11, 2010

Majlis cukur jambul Nurqaseh Airis Fiqriyah


Salam pagi Sabtu..cuaca mendung berlanjutan lagi.Nampaknya kain baju yang penuh sebakul tu kenalah hantar ke dobi lg hari ni. Kalau tak alamatnya berkulat pulak..sambil2 tu mummy sempat tengok gambar2 majlis cukur jambul Nurqaseh. Nur ni sepanjang majlis dia asyik tido je, masa berendoi tu lagi lah lenanya dia. Majlis ni ada dua sesi. Satu sesi tu kira mcm surprise jg la..dibuat pd 26hb sebelah petang. yang ni x dijangka2. Kumpulan marhaban ustazah Hjh Midah, pd asalnya dijemput pagi sabtu..tetapi jadual mereka penuh. Jadi mereka dtg juga pd hari jumaat tu. Sesi kedua, sebelah pagi ni sabtu. Yang ni kumpulan marhaban pakcik2 dikg RTP. X ramai tapi sangat asyik mendengarnya. Nurqaseh, masih lena diatas enjut2nya..meh la tengok..

kump. Marhaban Ustazah hamidah..petang jumaat..

Nurqaseh lena didodoi..(berendoi)

pun lena juga..
tenang wajahnya..
Puteri kepada 5 hero..



kump. marhaban atuk2..

penawar hatiku..

inilah bodyguard kami..

bersama nenda dan jg Mak Ra..pengasuh berijazah..hahaha..

bersama Mak Teh Amni..(pengantin baru)

Nur bersama nenek, Tok ma, aki ,  mak teh & mummy (dr kanan)
Nur bersama Mak teh & Mak ra..












Thursday, December 9, 2010

Balik Kampung II

Salam buat kwn2 blogger. Keletihan dalam kegembiraan ni x la terasa sgt letihnya. Sebab apa yg mummy lalui semuanya momment2 yg indah saja buat masa ni. Tapi disebalik keindahan tu ada juga cabarannya. seminggu selepas hari raya haji, sekali lagi mummy dan keluarga berkampung di rumah ibu mertuaku..di RTP Bukit Ketupat, Jerantut Pahang. Kali ni sempena majlis perkahwinan Amni Idris & Muhammad Adam. Banyak cabaran yg dilalui org kmpung pd majlis ni bila bekalan elektrik terputus lebih kurang 16jam. Maknanya hari merewang dan majlis akad nikah tnpa elektrik. ishh, zaman moden ni kalau x de elektrik rasa jem semua.Mujurlah masih ada "generator" disimpan oleh J/K kg. Boleh gak membantu pengantin masa majlis akad nikah tu. Apapun mereka berdua disatukan dalam suasana yg meriah..alhamdulillah..jom tengok
gambar2 yg tlh dirakam..
tetap manis..walaupun berada didalam bilik yg gelap gelita..


debaran bakal pengantin..

menanti detik bergelar seorang isteri..

Aku terima nikahnya.....

kini bergelar seorang isteri..

menerima mahar dr suami..

mata bertentang mata..ewahhh!

Selamat Pengantin baru buat Amni & Adam..semoga berjaya menempuhi pahit manis dalam rumahtangga!


 

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020