Sunday, July 7, 2013

Ramadhan datang lagi...1434H





In Shaa Allah, dengan keizinan NYA, bulan yang penuh dengan keberkatan  bagi mengisi rukun Islam bagi umat-umat islam di seluruh dunia akan tiba hari rabu 10 Julai 2013. Bila usia meningkat, baru  tersedar bahawa kehadiran bulan ini amat dinantikan oleh mummy sendiri. Rindunya kepada Ramadhan meruap2.. tak sabar rasanya nak mengejut anak-anak bangun sahur, nak merehatkan perut, nak memasak juadah berbuka, nak menunaikan solat tarawih.. macam-macam nak buat.

Tahun ni, bilangan ahli yang berpuasa turut bertambah.. tahun pertama buat twin untuk belajar berpuasa. Kata abang,.. "cikgu kata puasa tak boleh makan.. Aman nak puasa" . Adik pun tak sabar-sabar juga.. " Hadi pun nak kuasa juga" .. hahaha..kuasa apa dia nak pun tak taulah. Tiada paksaan kerana mereka masih lagi kecil..tapi kalau nak cuba2 mummy izinkan..setakat yang terlarat.

Si kembar yang semakin besar.. kiri Hadi, kanan Aman
Lepas ni..mummy pasti akan mengoogle blog2 yang dipenuhi dengan resepi-resepi ramadhan. Suka-suka cuci mata.. dan pastinya menu-menu seperti bubur lambuk, ikan percik, kerabu, pecal,ayam masak merah, lada solok, sup ayam, telur dadar akan menemani hari-hari kami..kalau rajin..mummy akan kongsi resepi turun temurun yang terbaik, kalau rajin ya..hehehe.

Ok lah..nak keluar belikan hadiah kecil untuk kawan2 twin yang menyambut hari lahir bulan april-julai..jumpa lagi!



Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020