Tuesday, January 19, 2010


Pengetua salah guna kuasa pindah guru bermasalahhttp://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20100118234404/Article/

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

NUTP tak setuju ambil kesempatan program MBMMBI

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa ada segelintir guru besar dan pengetua menyalah guna kuasa untuk memindahkan guru yang 'tidak sebulu' atau bermasalah dari sekolah dalam melaksanakan program penempatan semula bermula awal bulan ini.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata guru besar dan pengetua terbabit mengambil kesempatan mengeluarkan guru tertentu yang sudah disasarkan dengan memberi alasan sekadar memenuhi arahan penempatan semula untuk mencapai matlamat memartabat Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Berikutan itu, beliau berkata, berlaku senario ada guru Bahasa Inggeris dipindahkan dari sekolah yang sedang mengalami kekurangan tenaga pengajar dalam subjek itu, malah keadaan sama menimpa guru opsyen Seni Visual walaupun mereka tiada kaitan dengan program penempatan semula untuk MBMMBI, sehingga menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Perkara sedemikian berlaku kerana tiada sebarang garis panduan mengenai penempatan semula ini yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran untuk diguna pakai secara seragam oleh semua jabatan pelajaran negeri (JPN).

"NUTP memang tidak bersetuju dengan kaedah penyalahgunaan kuasa sebegini di mana guru besar atau pengetua mengambil kesempatan atas arahan penempatan semula untuk mengeluarkan guru yang tidak disukai, antara lain mungkin kerana guru berkenaan 'kaki bangkang', mahu pun guru bermasalah dari sekolah mereka.

"Kementerian perlu memantau supaya program penempatan semula ini dilakukan secara profesional bagi memastikan guru tidak menjadi mangsa," katanya di ibu pejabat NUTP di sini, semalam.
Selain itu, Hashim berkata, ada guru sudah bertugas lama sehingga 20 tahun di sesebuah sekolah tetapi menerima arahan berpindah ke lokasi jauh dalam tempoh sesingkat dua minggu, menyebabkan timbul tekanan tinggi dari segi urusan keluarga dan bebanan kewangan.

Sebagai contoh, katanya, guru dari Sabak Bernam ditukarkan ke Petaling, Subang atau Klang terpaksa bangun jam empat pagi dan mengambil masa empat jam ulang-alik ke sekolah setiap hari, sekali gus menjejaskan tumpuan mengajar.

Bukan itu saja, beliau berkata, turut berlaku kes ada guru opsyen Bahasa Malaysia, tetapi mengajar Bahasa Inggeris selama 15 tahun demi memenuhi keperluan sekolah, malah pernah menjalani kursus pertukaran subjek, diminta bertukar ke sekolah lain dan dipaksa mengajar Bahasa Malaysia yang sudah ditinggalkan begitu lama.

Pada peringkat awal pelaksanaan penempatan semula ini, Hashim berkata, NUTP sudah menerima 10 aduan daripada guru yang kebanyakannya dari Selangor, termasuk lima atau enam kes mendakwa berlakunya penyalahgunaan kuasa guru besar dan pengetua.



Sunday, January 17, 2010

Salah siapa???

Pendidikan hari ini belum tentu menjamin keperibadian yang tinggi. Jika dulu pendidikan dianggap sebagai wadah membina keperibadian, dipandang tinggi dan dihormati..kini ia sebaliknya. Pengkomersialan pendidikan menjadikan ia sesuatu yg mudah diperolehi dan tidak memerlukan martabat yang tinggi . Kesannya lahir insan yang tidak seimbang tidak lagi seperti yang terkandung didalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu 


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara". 


Amatlah menyedihkan apabila membaca berita yang terpapar didada akhbar tentang Pesta Sekshttp://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20100117000819/Article dimana  ada diantara mereka merupakan penuntut IPTA awam dan Swasta(Buletin Utama 16/jan 2010). Di manakan tanggungjawab kita sebagai penuntut dan apakah kita akan terus melebelkan penuntut di IPT sbg perosak mayarakat? sedangkan kita membawa nama baik universiti serta keluarga yang bersusah payah menghantar kita untuk menimba ilmu? Kepada semua peuntuk dan pendidik..renung-renungkanlah fungsi pendidikan itu sebenarnya..dan jangan terus memalit lumpur kerana jika berterusan baunya pasti busuk!

Thursday, January 7, 2010

Kaedah/metodologi penyelididkan (proposal-siri 3)

Setelah menentukan skop dan kawasan kajian, pengkaji haruslah menentukan kaedah yang digunalkan. Bagi kajian yang memakan masa yang pendek, kaedah qualitatif adalah yang terbaik. iaitu dengan mengemukakan borang soal selidik, temuramah, dan kaedah tinjauan. dapatkan penerangan ringkas tentang kaedah yang dipilih dan mengapa ia bersesuaian dengan kajian yang akan dijalankan. Kaedah ini kemuadian boleh dianalisis menggunakan ststistik mudah ataupun SPSS(stat.for soc.science). Analisi data kemuadian dipersembahan dalam bentuk graf dan penerangan jelas didalam bab yang ke 2.
Bagi meneruskan kajian, setelah menentukan matlamat dan objektif  pengkaji harus membuat sedikit pembacaan tentang tajuk2 yang berkaitan dengan masalah yang hendak dikaji. Contohnya, jika hendak mengkaji tentang "tahap perpaduan dikalangan masyarakat di serdang", lihat samada tajuk seumpamanya telah dikaji ataupun tidak. Jika telah ada, dari aspek apa ia dilihat? dan apakan saranan pengkaji untuk kajian masa hadapan?masukkan hasil dapatan kajian kedalam bahagian litreture review atau kajian lepas iaitu didalam bab 1.

Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan perlu di persembahkan terlebih dahulu didalam bentuk proposal. dimana ianya terdiri daripada;


a) tajuk
b) objektif kajian
c) permasalahan dan penyataan masalah
d) lokasi/skop
e) kaedah/metodologi.


kesemua diatas akan membentuk bab pertama (1-3 ms) didalam kajian dan harus dimulakan dengan lebel;
1.0 pendahuluan & tajuk ( terangkan secara ringkas sedikit tentang tajuk yg dipilih)
1.1 objektif kajian 
1.2 permasalahan dan penyataan masalah 
1.3 lokasi/ skop kajian
1.4 kaedah/ metodologi
1.5 kajian lepas
Setelah proposal diluluskan, kajian diteruskan dengan bab2 yang berikut;


bab 2 analisis data
2.1 soalan 1 dan graf
2.2 soalan 2 dan graf
dan seterusnya


bab 3 perbincangan.
3.1 _________
pilih soalan yang paling tinggi kebolehan bagi menjawab masalah yg dikaji( 1-5 soalan) beserta dengan graf. terangkan mengapa ia dipilih. Cthya 50% responden bersetuju dengan tahap perpaduan yang tinggi antara kaum. ini adalah kerana hampir 100% responden memiliki taraf pendidikan yang tinggi dan lebih bersikap terbuka dalam aspek pergaulan.( kaitkan dengan maklumat lain atau hujah2 yang menyokong)


Bab 4- kesimpulan.
4.1 kesimpulan yang diperolehi dari keseluruhan kajian
4.2 cadangan kajian pada masa hadapan.


Rujukan
Bibliografi teknik APA. Rujuk format universiti
lampiran-jika ada.
format penulisan bergantung kepada kursus yang ditawarkan.


Jadual isi kandungan (muka hadapan)


Cth;


isi kandungan


1.1           pendahuluan           ms 1
1.2           objektif                  ms 2
1.3           permasalahan         ms 2


Jika ada sebarang pertanyaan boleh hantar ke email atau comment ,Selamat membuat kajian!!

Kembali ke Sekolah

Hari ini masuk hari ke empat sesi persekolahan tahun 2010. Agak bercelaru dengan jadual yang disediakan. Antaranya; waktu masuk sesi pagi 7.20 dan balik 1.10 pada hari isnin dan selasa. 7.20-12.40 bagi hari rabu dan khamis..manakala 7.20-11.40 pd hari jumaat. Sesi petang 1.20-6.40 setiap hari, kecuali hr jumaat 2.20-6.40.
Masalahnya..sesi petang merupakan anak2 tahun 123..yang masih kecil2. Waktu ini dilihat sangat tidak bersesuaian. Pada hari rabu dan khamis misalnya..12.40-1.20 menjadi masa yang terbuang. krn tiada aktiviti dijalankan. Risiko pd waktu ini sgt tinggi..kecederaan, kehilangan, pergaduhan boleh berlaku krn tiada pengawasan guru. dan sesi balik 6.40 adalah lewat bagi kanak2..namun, siapalah kita untuk bersuara melainkan "saya yang menurut perintah".

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020