Saturday, November 17, 2012

winter in Malaysia..

Salam hujung minggu yang ceria!..alhamdulillah cuaca cerah spanjang minggu ini, dapatlah mummy kotakan janji untuk membawa anak-anak ke I-City Shah Alam. Ini kali kedua kami datang ke sini dan tumpuan kali ini adalah menjelajahi "Snowalk". Rasa teruja sebab tak perlu keluarkan duit pergi oversea..dapat merasai suhunya pun dah ok. Bayaran masuk siang ; dewasa RM 25 kanak2 RM 20. kalau malam pula dewasa RM 35, kanak2 RM 30. bagi kanak2 yg berumur 2 tahun ke bwh kena ukur tinggi. kalau lebih 80cm dah kena bayar.. diorang ni strait betul..81cm pun kena caj. Sewa kasut RM 10, deposit RM 10. Begitu juga dgn aksesori..lagi bnyk nk pakai lagi banyak la bayaran. kalau nk jimat..bawa semua koleksi dari rumah..jaket, sarung tangan,kasut,stokin, mafla, tutup telinga..ha..x perlu sewa2 dah. Dan, yang seronoknya..kalau tak tahan sejuk..boleh keluar panaskan badan lepas tu masuk balik..memang best!!!! Jom layan..
wah..sejuknya!


Wah ..ada igloo kat Malaysia!


igloo..em, nyaman..x sejuk bila duduk di dalamnya..

seronok keluar masuk..


Qaseh pun tak kurang hebatnya..tahan sejuk..

geramm!!! nk bergambar dengan mereka pun susah. tak duduk diam.


control encem la ni..


berani betul anak dara ni..kejap2 dah hilang.


Along tak boleh nk kejar adik2..

encem boy..hidung dah merah.
Kami keluar setelah 1 jam setengah di dalamnya..tak tahan sejuk..kata anak2 tak best la kalau lama2 salji..x boleh keluar jalan-jalan..(tau pun..syok duk kat malaysia ni lagi). Ada gelonsor ais naik pelampung dan kereta salji..hiss tak berani nak cuba..lajuuu! So apa tunggu lagi..Jom ke I-city..macam-macam ada.


Thursday, November 15, 2012

Salam maal hijrah 1434.. semoga tahun baru ini memberi semangat untuk kita tersu berjuang. Hampir 5 bulan menjadi keluarga asas..banyak perkara yg dah berlaku. Hari-hari mummy dan En. hubby belajar menguruskan segala-galanya tanpa bantuan org lain. Hmm.. baru rasa nikmat berkeluarga rupanya. apapun terima kasih buat adindaku yg banyak memantu selama ini. Anak2 pun dah semakin dewasa..agak letih melayan karenah mereka tapi ianya satu keseronokan. Kalau lambat ambil je mulalah terasa rindu, tapi bila dah ada dlm rumah..mummy dah jadi singa.. dengan si kembar tu..pening dibuatnya! terima kasih kepada rakan2 blogger yg sudi singgah.. mummy doakan Malaysia terus berada dalam keadaan aman damai agar kita boleh berblog sampai bila2..(erkkk ..ada kena mengena ke?)
Nurqaseh Airis Fiqriyah..emmm dah pandai bergaya.

Sikembar Aman dan Hadi...kadang2 lost control juga.

Hero-hero mummy..semoga mereka membesar sbg anak yg Solleh..
wassalam..

Friday, March 16, 2012

CaTatan Perjalanan Sebuah kehidupan...



Salam Semua...dah menjengah 3 bulan tahun 2012 mummy masih tak dapat mencuri masa untuk berblog dengan lebih kerap. Mungkin pengurusan masa tidak hebat atau mungkin masa yg terluang tu dah berkurangan. Apapun, hari silih berganti  sedar tak sedar dah 6 tahun my lovely sister jd pengasuh anak2 mummy..bermula dng menjaga Azeq kalish Hazim, sekarang dah drjah satu..




kemudian.. 20.12.2007 lahir sikembar mummy..mulalah  menjaga sikembar comel dari berumur sehari 20 hari (slps keluar NICU)..bersengkang mata bersama2 mummy tak tidur hingga 4 bulan. dari berat 1.8 dan 1.9 kg selepas 20 hari di NICU hinggalah  sekarang
berat mereka 20 dan 21 kg..


Inilah Muhammad Lutfirrahman Adha dan Muhammad Lutfilhadi Adha yg perlu dijaga dengan begitu rapi selepas kelahiran mereka. bukan senang nak jaga dua baby serentak. yang kelakarnya..kalau posmen hantar surat kat rumah dia akan tanya..ni nursery ke kak? sebab bnyk sangat alatan permainan kat depan rumah..

yang seronoknya, kalau keluar berjalan2..mereka berdua jadi tumpuan ramai. tapi sekarang..tak boleh keluar selalu.. tak dapat nak kawal. bila dah berdua, macam2 idea diorang.

sehinggalah lahir puteri penyeri keluarga mummy 16/9/2010..masih lagi dijaga oleh My lovely Sister. bermula daripada umurnya sehari..Nurqaseh Airis Fiqriyah selamat dlm jagaan dia. Tengok ajelah betapa lenanya sicumel ni..
sedar tak sedar dah pun setahun 6 bulan ..dah pandai bergaya pun. tapi mulai hari isnin ni Qaseh akan beralih jagaan sama seperti abang-abangnya. kerana My lovely sister dah mula praktikum. memandangkan ini sem akhir dia maka mummy perlulah belajar menghantar anak ke nursery. Agak berat rasa dihati tapi tiada pilihan lain. Maklumlah..anak ramai, kalau ambil pengasuh bimbang pulak anak dibawak lari..atau tak pasal2 didera.iskh..tak sanggup rasanya. Bila dah hantar nursery barulah terasa bebanan kewangan..boleh bayar installment rumah tiap2 bulan! tak pun cukup kalau nk byr toyota baru..hehehe..tapi untuk anak2 maka redha ajelah!
Apapun..perjalanan hidup kita sememangnya berwarna-warni..kepada adindaku Norazlina @ Nora..terima kasih banyak2. Kalau nak dibalas jasamu, jgn duk jauh2 or jgn kawin dgn org jauh..susah umi nak jg anak2 ko nanti. Semoga hidup kita dipenuhi keberkatan..kepada anak2 dan suamiku..bermulalah perjalanan kita sekeluarga. Yang berat kita pikul dan yang ringan kita jinjing bersama..

 

Monday, January 23, 2012

Januari 2012..apa yang baru?

Selamat tahun baru!..em..dah melewati 25 hari bulan januari 2012. kenapa tiada sebarang post sempena tahun baru??..al kisahnya.. semangat tahun baru menyebabkan mummy tak sempat. bukann sahaja tak sempat berblog..nk on FB pun dah sampai tahap kadang-kadang. Bila dah frrrrreeeeee sangat, baru boleh buka. Menyambut tahun baru dengan pelbagai amanah dan tanggungjawab!..berat rasanya bahu memikul..mummy harap ada la yang ringan memandang. Tahun ni juga dah masuk sem 4 utk program PHD..mujurlah sekarang cuti sem, dapatlah mendahulukan tanggungjawab di sekolah. segala-galanya bertambah berat..anak2 pun dah masuk sekolah..4 sekaligus...jadi kewangan pun semakin berat bebanannya..dannn..anak bujang!?.. dah semakin dewasa, terasa susahnya menjadi mummy kpd ank remaja yg meningkat dewasa. buat masa ni semua masih dalam kawalan. girlfriend? dah warning awal2..pandai2 lah dia uruskan. yg penting t/jawabnya kepada keluarga, agama dan  kepada sekolah tak diabaikan. Oh ya...hepi belated besday utk anakanda Azeq Khalish Hazim (18/jan/2012)..semakin matang. menjejak tapak ke tahun 2012 sahaja sudah banyak dugaan yang datang. Apapun mummy sentiasa berdoa agar dapat menempuh setiap ujian bersama keluarga tercinta. Semoga perjalanan kami dirahmati bagi meneruskan baki 341 hari lagi. 2012..syukur atas kehadiranmu!!!!kepada rakan2 blogger..salam ukhwah semoga persahabatan kian kukuh..aminnnnnnn. 

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020