Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Terima kasih kerana sudi menjadi rakan seperjuanganku

iklan

kelab bloggr

Saturday, November 17, 2012

winter in Malaysia..

Salam hujung minggu yang ceria!..alhamdulillah cuaca cerah spanjang minggu ini, dapatlah mummy kotakan janji untuk membawa anak-anak ke I-City Shah Alam. Ini kali kedua kami datang ke sini dan tumpuan kali ini adalah menjelajahi "Snowalk". Rasa teruja sebab tak perlu keluarkan duit pergi oversea..dapat merasai suhunya pun dah ok. Bayaran masuk siang ; dewasa RM 25 kanak2 RM 20. kalau malam pula dewasa RM 35, kanak2 RM 30. bagi kanak2 yg berumur 2 tahun ke bwh kena ukur tinggi. kalau lebih 80cm dah kena bayar.. diorang ni strait betul..81cm pun kena caj. Sewa kasut RM 10, deposit RM 10. Begitu juga dgn aksesori..lagi bnyk nk pakai lagi banyak la bayaran. kalau nk jimat..bawa semua koleksi dari rumah..jaket, sarung tangan,kasut,stokin, mafla, tutup telinga..ha..x perlu sewa2 dah. Dan, yang seronoknya..kalau tak tahan sejuk..boleh keluar panaskan badan lepas tu masuk balik..memang best!!!! Jom layan..
wah..sejuknya!


Wah ..ada igloo kat Malaysia!


igloo..em, nyaman..x sejuk bila duduk di dalamnya..

seronok keluar masuk..


Qaseh pun tak kurang hebatnya..tahan sejuk..

geramm!!! nk bergambar dengan mereka pun susah. tak duduk diam.


control encem la ni..


berani betul anak dara ni..kejap2 dah hilang.


Along tak boleh nk kejar adik2..

encem boy..hidung dah merah.
Kami keluar setelah 1 jam setengah di dalamnya..tak tahan sejuk..kata anak2 tak best la kalau lama2 salji..x boleh keluar jalan-jalan..(tau pun..syok duk kat malaysia ni lagi). Ada gelonsor ais naik pelampung dan kereta salji..hiss tak berani nak cuba..lajuuu! So apa tunggu lagi..Jom ke I-city..macam-macam ada.


No comments: