Tuesday, December 10, 2019

DISEMBER 2019..

Kembali menjengah ke sini. Bukan tiada apa yang mahu dicatat, terlalu banyak. Namun ada kalanya rasa itu perlu disimpan. Lalui kehidupan yang penuh dengan ujian. Berliku di sana sini. Andai kita adalah pemandu yang baik..insyaAllah akan tiba juga ke destinasi. Andai tidak, jangan disalahkan takdir dan waktu. Kerana itu janji kita dengan yang ESA..

Penhujung 2019.

Segala yang manis tercatat dalam diari kehidupan. Akhirnya..sebelum umur mencecah ke angka 45..perjuangan PHD menuju kemuncak. Itu janji Allah..setelah niat dipasang sewaktu mula-mula mendaftrkan diri di UPM. Ya Allah, akan kuhabiskan perjuangan ini sebelum usiaku 45 tahun.
Kun Fa Ya Kun...

Diuji anak sakit sehingga 2018, Mama sakit dan kembali ke negeri abadi.. selang tiga bulan, adik menuruti mama. Ujian demi ujian..pengajian ku tinggalkan.

2019 ..kembali mengorak langkah. Sedar tak sedar anak-anak sudah semakin dewasa. Ada masa untuk memberi ruang kepada diri sendiri dan teman sejati. Allah berikan bonus buat kami..anakanda bebas dari beban penyakitnya. Alhamdulillah..syukur.


27/9/2019; Majlis penghargaan bagi penerima anugerah Dean list bagi result semester kedua 2018/19. Ya Allah..kau berikan apa yang dia kehendaki. Januari hingga Jun 2018 intensif makan ubat selama 6  bulan. Keadaannya jauh lebih baik..emosi yang lebih stabil dan bersemangat. Dihadiahi kami dengan kejayaannya. Anak itu sungguh luarbiasa!





21/11/2019, tarikh keramat.. Selesai VIVA setelah diasak hampir 3 jam. LULUS!!.  Itu sahaja yang hendak kudengar. Perjuagan ini ada penghujungnya.






Kembali ke rumah.


"Mami..kami LULUS!!!." ku peluk erat sikembar. Alhamdulillah..lulus UPSR dengan jayanya. Tak mengapa jika tidak kutip banyak A. Perjalanan masih jauh. 
Mami sudah puas dengan A yang diberikan Along dan Angah. 
Ukhwah keluarga semakin kukuh. Hatiku berbunga riang..




Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati kami..ahli keluarga dan insan-insan disekeliling..yang menjadi watak tambahan dalam warna-warni kehidupan.



--2019--..Terima kasih Allah. Ku nanti setiap ujian dengan lapang di dada...







Signature10/12/19


Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020