Friday, March 16, 2012

CaTatan Perjalanan Sebuah kehidupan...



Salam Semua...dah menjengah 3 bulan tahun 2012 mummy masih tak dapat mencuri masa untuk berblog dengan lebih kerap. Mungkin pengurusan masa tidak hebat atau mungkin masa yg terluang tu dah berkurangan. Apapun, hari silih berganti  sedar tak sedar dah 6 tahun my lovely sister jd pengasuh anak2 mummy..bermula dng menjaga Azeq kalish Hazim, sekarang dah drjah satu..




kemudian.. 20.12.2007 lahir sikembar mummy..mulalah  menjaga sikembar comel dari berumur sehari 20 hari (slps keluar NICU)..bersengkang mata bersama2 mummy tak tidur hingga 4 bulan. dari berat 1.8 dan 1.9 kg selepas 20 hari di NICU hinggalah  sekarang
berat mereka 20 dan 21 kg..


Inilah Muhammad Lutfirrahman Adha dan Muhammad Lutfilhadi Adha yg perlu dijaga dengan begitu rapi selepas kelahiran mereka. bukan senang nak jaga dua baby serentak. yang kelakarnya..kalau posmen hantar surat kat rumah dia akan tanya..ni nursery ke kak? sebab bnyk sangat alatan permainan kat depan rumah..

yang seronoknya, kalau keluar berjalan2..mereka berdua jadi tumpuan ramai. tapi sekarang..tak boleh keluar selalu.. tak dapat nak kawal. bila dah berdua, macam2 idea diorang.

sehinggalah lahir puteri penyeri keluarga mummy 16/9/2010..masih lagi dijaga oleh My lovely Sister. bermula daripada umurnya sehari..Nurqaseh Airis Fiqriyah selamat dlm jagaan dia. Tengok ajelah betapa lenanya sicumel ni..
sedar tak sedar dah pun setahun 6 bulan ..dah pandai bergaya pun. tapi mulai hari isnin ni Qaseh akan beralih jagaan sama seperti abang-abangnya. kerana My lovely sister dah mula praktikum. memandangkan ini sem akhir dia maka mummy perlulah belajar menghantar anak ke nursery. Agak berat rasa dihati tapi tiada pilihan lain. Maklumlah..anak ramai, kalau ambil pengasuh bimbang pulak anak dibawak lari..atau tak pasal2 didera.iskh..tak sanggup rasanya. Bila dah hantar nursery barulah terasa bebanan kewangan..boleh bayar installment rumah tiap2 bulan! tak pun cukup kalau nk byr toyota baru..hehehe..tapi untuk anak2 maka redha ajelah!
Apapun..perjalanan hidup kita sememangnya berwarna-warni..kepada adindaku Norazlina @ Nora..terima kasih banyak2. Kalau nak dibalas jasamu, jgn duk jauh2 or jgn kawin dgn org jauh..susah umi nak jg anak2 ko nanti. Semoga hidup kita dipenuhi keberkatan..kepada anak2 dan suamiku..bermulalah perjalanan kita sekeluarga. Yang berat kita pikul dan yang ringan kita jinjing bersama..

 

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020