Tuesday, December 29, 2009

Lara hati seorang guru!

semalam aku dikejutkan dengan berita permohonan untuk mengajar ke sesi pagi ditolak . Tidak berhenti disitu, dalam mesyuarat guru pagi tadi..ditekankan bahawa," Guru-guru yang hendak sambung belajar, tidak boleh keluar pada sesi pengajaran. Dan tiada kelonggaran pada jadual waktu diberi."
Apakah ini dugaan 2010? air mata runtuh didalam hati, ye lah..siapa aku dalam waktu2 begini. hanya seorang guru yang duduk dibawah arahan orang lain. Apakah perlu aku merayu, melutut kepada mereka demi memenuhi harat, impian ..cita-cita untuk mencapai tahap pendidikan yang tertinggi. Perlukah aku bercerita tentang kesusahan yang aku tanggung, yang ibu pikul untuk keluar dari kepompong kemiskinan? untuk mendapat kehidupan yang lebih baik? perlukah aku bercerita,hanya kejayaan yang aku hadiah terbaik yang mampu kuberikan kepada ibu yang menjadi ketua keluarga sejak 20 tahun yang lalu? perlukah aku ceritakan yang pada waktu itu..tiada bantuan diberikan kepada aku dan keluargaku meski ibuku adalah bapaku jua? perlukah au ceritakan kesemuanya untuk menyatakan betapa aku dahagakan ilmu? sayangnya..negeri China telah kujejaki..namun terlalu sukar untuk mendapatkan penghormatan sebagai pendidik dinegara sendiri. PHD yang nak ku ambil rupanya menanam Perasaan Hasad Dengki dikalangan kaumku.Maka lara lah hatiku tatkala mengisi borang GS07 yang berstatus "deferment "..bermakna aku terpaksa membatalkan hasrat untuk mengenggam ijazah pada 2012. .Oh tuhan.. inilah cabaran hidup yang kau utuskan padaku. Aku redho.. Namun sendu dihati terus melara..aku tahu, rezekiku mungkin tidak disini maka akan ku isi borang pindah untuk melangkah keluar dari daerah PHD...dan mencari ruang baru agar, impianku sebagai pendidik terus subur..bukan sekadar membaca dan mengira malah lebih dari itu. Mencari rahsia yang kadangkala tidak bersembunyi di bumi ALLAH ini..Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010. Apa jua dugaanmu... aku REDHO.

Friday, December 25, 2009

Selamatkan Agama kita.

Semakin hari cabaran terhadap agama Islam dan Masyarakat Islam semakin menebal. Namun demikian, kurangnya kesedaran dan keberanian kita dalam menghadapi isu-isu yang berkait rapat dengan sensitiviti agama kita menyebabkan kita mudah ditindas.shusaliza.blogspot.com. Kemanakah srikandi Agama kita.Jangan asyik berpolitik dan menegakkan undang-undang dunia sehingga kita membiarkan agama tercinta dan masyarakat Islam terus ditindas. Boikot segala barangan daripada Barat..!!!Jangan biarkan kita menjadi hamba kpd mereka!!

Thursday, December 17, 2009

Kemenangan selepas 20 Tahun.

Tahniah kepada Pasukan Bola sepak Malaysia!
Akhirnya penantian Malaysia selama 20 tahun berakhir hari ini. Jika sebelum ini pelbagai rungutan, kejian, makian yang diterima pasukan bola sepak setiap kali menerima pasukan lawan daripada luar negara, namun hari ini hanya tangisan gembira  dan sorakan penyokong-penyokong fanatik yang kedengaran dan kelihatan. Maka esok terpampang didada-dada akhbar "Malaysia Menang Selepas 20 Tahun" ataupun "Harimau Malaya Kembali Mengaum". Begitulah lumrah alam..jika berjaya kita akan disokong, dipuji. Namun perlu diakui, kegelisahan penyokong ada asasnya. Berada dipadang setiap hari selama 20 hari sebulan @ 240 hari setahun @4800 hari selama 20 tahun..tetapi apabila berdepan pihak lawan, kita masih jauh ketinggalan. Dari aspek fizikal dan mental. Tetapi rasanya jika dibandingkan dengan Thailand , Indonesia dan Singapura, pasukan bola sepak negara jauh lebih bertuah kerana menikmati prasarana yang mencukupi. Cuma dari aspek sokongan sememangnya kita masih berada ditahap rendah ibarat lalang..sekali ditiup kekiri..maka ke kirilah ia..Jika ditiup ke kanan, maka ke kananlah ia. Jadi dengan kemenangan ini, pasukan bola sepak telah menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negara tercinta maka kita sebagai penyokong dan warganegara haruslah memberi sokongan padu dan tidak berbelah bahagi. Contohilah semangat dan kesetiaan penyokong pasukan Kelantan dan Indonesia..yang sanggup bermati-matian demi pasukan mereka. Syabas dan Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia!!!!

Tuesday, December 15, 2009

Berhati hati dalam mengurus perbelanjaan.




Tips untuk berbelaja keperluan sekolah anak anda.

Musim cuti sampai ke kemuncak. Tinggal lebih kurang 18 hari sahaja lagi anak-anak akan kembali melangkah ke sekolah. Waktu ini pastinya ibu-bapa sibuk mengatur perbelanjaan bagi memenuhi keperluan anak-anak sekolah.bagi keluarga yang mempunyai seorang anak, perbelanjaan bukanlah satu masalah.Tetapi bagi ibu bapa yang mempunyai 2 atau lebih, kebijaksanaan dalam berbelanja sangat penting. Ini kerana, belanja bagi anak2 kecil sentiasa berubah dan meningkat dari masa ke semasa. Bagi memastikan perbelanjaan berhemah, ibu bapa perlu mengenalpasti antara keperluan dan kehendak, antara keutamaan dan sampingan.

Antara langkah yang boleh diambil ialah;
  • buat pilihan yang bijak iaitu bandingkan daripada aspek harga dan kualiti. Perlu diingat barangan berkualiti harganya akan menjadi lebih murah jika jangka hayatnya panjang. Contohnya; jika ibubapa memilih untuk membeli beg ataupun pakaian dari jenama yang telah kukuh, harganya mungkin lebih mahal sedikit daripada yang biasa. Tetapi penggunaannya lebih lama berbanding jenama biasa. ini mengelakkan ibubapa daripada terpaksa mengeluarkan wang untuk perbelanjaan yang sama pada pertengahan tahun atau hujung tahun sebelum tamat sesi persekolahan.Mungkin ibubapa khuatir jika anak2 tidak lagi memerlukan barangan terpakai?Inilah masanya!jika kita berniat untuk mendidik anak2, mulalah daripada kecil. Beg sekolah kebangsaan yang masih elok boleh digunakan untuk sekolah agama. Bermakna tahun hadapan, hanya satu beg sahaja yang perlu dibeli. Latihan sebegini penting agar anak2 belajar menyayangi dan menjaga harta sendiri.
  • Begitu juga sewaktu membeli pakaian. Pada zaman dahulu (sehingga era 90'an) kebanyakkan ibubapa menghantar pakaian kepada tailor untuk dijahit. Tetapi pada zaman sekarang, upah jahit adalah lebih mahal daripada material. Jadi untuk keluarga yang mempunyai anak lebih daripada seorang, membeli adalah tindakan yang bijak. Walaubagaimana pun, bagi memastikan tiada pembaziran, pastikan pakaian yang dibeli lebih besar daripada ukuran badan. Perlu diingat, kanak-kanak masih dalam proses tumbesaran. Pertumbuhan mereka juga berbeza-beza. Jangan biarkan anak ada mengalami satu tekanan yang hebat apabila diejek oleh rakan -rakan kerana pakaian yang sempit, singkat mahupun senteng. Jika pakaian yang dibeli agak besar, ibubapa boleh menjahit dari bahagian dalam ataupun 'alter' agar ia sesuai dengan anak2. Jika pakaian yang dibeli dari jenis tahan lama, ia boleh dipakai sehingga 2 atau 3 tahun. Jadi sama juga dengan beg, kita hanya perlu menambah 1 atau 2 helai untuk tahun berikutnya agar anak2 kembali yakin untuk ke sekolah.
  • Berbeza dengan kasut. Bagi kasut, ibubapa tidak perlu fikir panjang dan pentingkan jenama. Ini kerana dengan faktor cuaca di Malaysia , fitrah kanak-kanak yang suka bermain, dan juga tumbesaran anak2 yang pantas, memaksa kita untuk menukar kasut anak sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Jadi memadai kita mendapatkan kasut yang lebih murah harganya berbanding kasut jenama. Jika kena gaya dan penjagaannya kasut murah juga boleh tahan lama. (Saya selalunya hanya menambah sepasang kasut di awal tahun)
  • Ibubapa Jangan sekali-kali kedekut. Sediakan keperluan sekadar yang mampu tapi pastikan terbaik. Waktu ini, pastikan ibubapa lebih berpengaruh daripada anak2 agar anak kita tidak menangis di pasaraya kerana keinginan tidak dipenuhi. Walaubagaimanapun, perlu diingat barangan baru akan menyuntik semangat baru kepada anak-anak untuk kembali ke sekolah.
  • Sediakan alat tulis yang lengkap dihari pertama anak anda melangkah ke sekolah. Kerana ia merupakan suntikan motivasi kepada anak2. Kelengkapan yang tidak mencukupi boleh menjatuhkan motivasi anak-anak. Sekurang-kurangnya terdapat beberapa buah buku tulis dan satu set lengkap alatulis. Sebaiknya, latih anak2 agar mengumpul alatulis yang masih boleh digunakan sekarang dan gantikan kotak pensel yang baru sebagai ganjaran.
  • Jangan lupa menjeaskan Yuran sekolah dan Yuran PIBG. Ada diantara ibubapa yang sengaja melewat-lewatkan pembayaran yuran anak-anak dan ada juga yang tidak mahu membayar yuran sehingga pengujung tahun. Perlu diingat, bayaran masuk ke sekolah swasta dalah jauh lebih mahal daripada yuran kerajaan. Kegagalan ibubapa menjelaskan bayaran yuran boleh membebankan guru dan pihak sekolah. Malah ia boleh menyekat aktiviti sekolah yang bakal dijalankan oleh anak-anak mereka. Satu Rahsia yang perlu diketahu ibubapa. Sekiranya anak anda kehilangan wang untuk makan atau tambang bas disekolah, siapa yang memberikan wang ganti kepada mereka? Jawapannya GURU/CIKGU. Selalunya kanak-kanak akan mencari guru mereka bagi mandapatkan wang ganti dan purata 5 orang kanak-kanak kehilangan wang dalam masa satu hari dan RM 10 perlu dikeluarkan oleh guru2 mereka. Bayangkan... Wang ini selalunya tidak diganti oleh ibubapa(walaupun anak2 bercerita kebanyakan ibubapa buat 'tak tau' sahaja. Ditambah dengan beban mengganti yuran yang tidak dibayar oleh ibubapa. Jadi apapun alasan pastikan anda memperuntukan bayaran yuran persekolahan anak anak anda.
  • Sarapan & Makan Tengahari. Antara waktu terpenting dalam diari kanak-kanak. Pastikan anak anda mulai mengambil sarapan pagi hari ini. Latih anak bangun awal sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah. Sediakan sarapan pagi yang mudah dan ringkas seperti bijirin nestum dan cornflakes. Jangan terlalu menurut selera kanak2 kerana ia akan berubah-ubah. Sebaliknya latih ia makan dengan menerangkan kepentingan sarapan dan bahan yang dimakan. Gunakan teknik bercerita dengan contoh yang nyata. Antaranya, mengapa kita mengantuk diwaktu pagi @ tengahari( jawapannya perut kosong krn tidak mengambil sarapan dan makan tengahari). Sesetengah ibubapa ghairah menjaga makan dan minum anak2 pada tahun pertama anak mereka melangkah ke sekolah. Masuk tahun kedua, anak2 tidak lagi diberi perhatian. Situasi inilah yang salah. Kerana semakin dewasa anak2 semakin mereka memerlukan perhatian. Sekiranya kurang perhatian daripada ibubapa, anak2 akan beralih ke rakan sebaya yang mana boleh menyumbang kepada masalah yang lain. Ibubapa yang bertanggungjawab akan menyediakan bekalan makanan dimana ia jauh lebih baik daripada makanan yang terdapat dikantin. Sekurang-kurangnya anak2 terhindar daripada risiko jangkitan atau keracunan.
Sekiranya ibubapa menyediakan list barangan yang perlu dibeli, pastinya ia pasti dapat membantu perbelanjaan dengan berhemah.Adalah lebih baik jika anak2 tidak mengikuti ibubapa kerana sudahpastinya gangguan daripada anak2 menyebabkan 'lain yang hendak lain yang dibeli'. Pastikan tiada pembaziran yang kita lakukan didalam keadaan ekonomi negara yang meleset dan tentukan " Alah beli Menang Memakai"

"Selamat Berbelanja"

Sunday, December 13, 2009

Kaedah/metodologi penyelididkan (Siri 2)

Membentuk Matlamat dan Objektif kajian.
Setelah memastikan tajuk yang dipilih, langkah kedua adalah mengenalpasti mengapa kajian ini yang hendak kita lakukan. Ianya adalah bahagian mengenalpasti Matlamat dan objektif kajian. Matlamat kajian perlu sebagai pengukuran kajian samada mencapai matlamat ataupun tidak.
Seringkali pelajar melakukan kesilapan dalam menentukan matlamat dan objektif. Matlamat dalah satu skop yg luas. Contohnya matlamat bagi tajuk diatas :
Matlamat Kajian;
  • adalah untuk mengkaji sejauhmanakah masalah sosial dalam mempengaruhi kecemerlangan sekolah
Objektif Kajian;
  • mengenalpasti ciri-ciri masalah sosial di sekolah
  • mengenalpasti kelompok pelajar yang terlibat didalam masalah sosial
  • mengenalpasti tahap kecemerlangan sekolah
  • mengenalpasti sumbangan pelajar terhadap kecemerlangan sekolah
  • membuat perbandingan antara sekolah A dan sekolah B.
Bagi mencapai matlamat, objektif kajian perlu digariskan lebih dari satu tetapi tidak terkeluar daripada skop. Apabila menyediakan instrumen kajian, kita akan memastikan setiap objektif dapat dijawab sekaligus membolehkan kita mencapai matlamat kajian. Selalunya pada bahagian ini, pelajar sering membuat kesilapan dimana menyenaraikan lebih dari satu matlamat dan objektif. Terlalu banyak matlamat menyebabkan kajian kita bercelaru.
bersambung..


Saturday, December 12, 2009

Kaedah/metodologi penyelididkan (Siri 1)

Metodologi ataupun kaedah penyelidikan sangat penting dalam pendidikan. Bagi pelajar universiti, kaedah penyelidikan perlu difahami dan dikuasai bagi membolehkan setiap tugasan dilakukan dengan sempurna. Kegagalan memahami dan menguasai kaedah penyelidikan seringkali menyebabkan tugasan yang dihantar gagal mendapat score yg tinggi.

Berikut adalah langkah-langkah yg perlu diikuti dalam menghasilkan tugsasan yang baik.

1. Pemilihan Tajuk
Bagi menjalankan kajian , pengkaji perlu mengenalpasti tajuk yang hendak dikaji. Tajuk biasanya dibina dari permasalahan yang timbul . Contohnya apabila kita mengkaji sistem sosial, kita perlu melihat masalah-masalah yang timbul dalam sistem sosial tersebut. Katakan kita memilih untuk mengkaji masalah sosial dalam masyarakat dan peranan sistem pendidikan, rangka beberapa tajuk yang berkaitan;

Gunakan kata kunci yang paling hampir;
  • sistem pendidikan - gagal- masalah sosial.
  • masalah sosial, peranan ibubapa dan sistem pendidikan
  • Pengaruh rakan sebaya dalam masalah sosial
"Masalah sosial dikalangan remaja, sejauhmanakah pendidikan memainkan peranan"
"Kegagalan sistem pendidikan dalam menangani masalah sosial"
"Rakan sebaya lebih berpengaruh daripada pendidikan dalam menentukan hala tuju remaja"
"Sistem pendidikan yang tidak menarik punca kepada penularan gejala sosial di sekolah"

Rangka beberapa tajuk yang menunjukkan wujudnya masalah dan perlu dikaji serta masalah yang mempunyai jalan penyelesaian (cadangan). Jangan sekali-kali memilih tajuk yg sukar difahami, tidak popular skopnya dan belum pernah dikaji(kecuali bagi kajian eksperimental) setelah memilih tajuk, kita perlu memastikan skop penyelidikan agar ia tidak tersasar atau meleret-leret. Skop kita bagi tajuk "Sejauhmanakah masalah sosial remaja mempengaruhi kecemerlangan sekolah" ialah remaja dan sekolah. Jadi secara tak langsung responden penting kita ialah remaja, dan bagi pihak sekolah ialah guru dan kakitangan. Kemudian kecilkan kawasan kajian contohnya;kwsn kajian kes di SMK Bangi. atau beberapa buah sekolah atau lebih tepat jika kita membandingkannya antara sekolah yang mengalami banyak masalah disiplin dengan sk yg cemerlang dr segi disiplin. Kawasan kajian juga bergantung kpd tempohmasa yg diambil sewaktu menjalankan kajian. Jika masa kita panjang, boleh memilih kwsn yg luas.Jika tidak pilik kwsn yang kecil.

Bersambung..objektif dan matlamat kajian.

Friday, December 11, 2009

Cepatnya Masa Berlalu..

Sukarnya mencapai impian..tanpa usaha yang bersungguh-sungguh tak mungkin impian kan tercapai. Tanpa disedari..masa adalah musuh yang utama.Tidak membenarkan langsung untuk kita mendahuluinya."Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan yang beriman dan beramal solleh".. .

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020