Tuesday, February 22, 2011

Rambutku GuGur...!!!!

Salam buat kawan2..hari ni nak tulis n3 perihal rambutku yg lebat dan tebal ni. Ntah macamana baru terperasan yg cadar sejak  akhir2 ni dipenuhi rambut.Patut lah rambut kurang basah dan berpeluh..rupanya sbb dh bnyk yang gugur. Maklumlah, sejak mengandung sampai lah ke minggu lepas..(sblm sedar rambut gugur), ketebalan rambut mummy mmg x boleh dinafikan. Sampaikan nyonya kat kedai gunting rambut merungut coz tebal sgt. Hal keguguran rambut ni ada kaitannya dengan Si Montel mummy  Nurqaseh..apa taknye..dia dah pandai menyembur. habis bersembur air liurnya. Kata org tua2, kalau anak menyembur jawabnya gugurlah rambut kita. mummy  pun explore maklumat dlm internet dan mummy temui artikel ini..jadi sama-samalah kita mengambil faedah daripadanya ye...


Rambut Gugur Selepas Bersalin

E-mailPrintPDF
Keguguran rambut adalah masalah biasa wanita selepas beberapa bulan bersalin. Kenapa ia terjadi dan bagaimana mengelakkannya?
Apa yang anda perlu ketahui:
  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.{mosimage}
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat. 
  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.
Untuk mengurangkannya:
  • Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
  • Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
  • Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya. 
  • Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
  • Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
  • Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
  • Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
  • Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.

S
umber:
  • dermatology.svhm.org.au
  • Postpartum hair loss, babycenter.com
  • FAQ: Does Breastfeeding Cause Postpartum Hair Loss?, kellymom.com

Saturday, February 19, 2011

Dah Jadi Ahli Shaklee

 Duta Shaklee Mummy! Sabar Qaseh..jagan marah2..cepat tue nanti.
 Puas juga Nurqaseh tunggu  mummy balik..sampai muncung mukanya. Bukannya apa Qaseh dah tak sabar nak buka barang yang baru sampai untuk mummy ( hari isnin ye..n3 dh terlewat..huhu). Tapi sebenarnya lebih banyak benefit untuk Qaseh!

ha..ni dia ,dua bungkusan utk mummy

haa..ni dia barangnya..ada dua bungkusan. Tak sabar2 dia suruh mummy buka (melalui gerakannya yang smakin aktif,terutama kalau dgn plastik..kena sentiasa alert!)

taraaa...tak sempat salin baju pun..ni Qaseh la ni,paksa mummy( sendiri x sabar)

Taraaaa...ni lah mendanye..Stater kit Shaklee  dan set B n G yang mummy dapatkan dari mommamia. TQVM ye Alin..


Setelah sebulan mengamalkan Shaklee..nampakla kesannya. Kalau dulu sekali pump dpt 2 auns..skrg boleh dpt 4-5 auns. Cukup untuk qaseh minum satu2 masa. Kalau tinggal half day selalunya Qaseh akan minum 2 botol..lebih kurang 8-10 auns. Tu pun sebab sblm turun nk ke sekolah mummy dah direct BF. So kalau tinggal sehari (siang jer) habis juga dlm 4, kdg2 lima botol. Mummy x buat bnyk stok sbb syg rasanya susu kalau x habis.Tapi cukup la utk Qaseh 3-4 hari. So stok EBM sentiasa ditukar. Lagipun malam Qaseh direct BF. Lagi kelebihan Shaklee..membantu meningkatkan metabolisme..jadi x terasa sgt letihnya badan ni berbanding sebelum pengambilannya. Mummy jd lebih rileks. Maklum la..Jadual yg padat kadang2 buat kita rasa lesu. Alhamdulillah, lepas ambil  set B, dah x ada rasa lesu yg amat sangat. Letih tu biasala..tambahan Qaseh asyik bangun jam 3-5pagi  2,3 malam ni ajak main..mau tak kong mummy!



Ha..ni dia empunya Set G..Anak bujang mummy ni ada resdung. Agak teruk jugala..saluran pernafasan kat hidung dia semakin menyempit. Selalunya dia akan rasa susah nak bernafas. Sebelum ni amik ubat dr Dr., So kali ni mummy sarankan dia cuba set G. Mungkin dpt mengurangkan masalah yg dihadapinya. Jadi kita tunggu sebulan lagi utk tahu apa kesannya yea..!

Semalam & hari ni, rumah terasa sunyi..sebab angah demam. Tu la yg merisaukan mummy. kalau selalu asyik minta dia berhenti bercakap ...5 minit cukup..sekarang, langsung x dengar suara. Rindu pulak. Lapas makan ubat je dia tido. Dah terkulat2 sikembar..x ada geng.

Anak Mummy yang paling peramah! tp bila demam...sunyi satu rumah.


hehee..ini aku yg punya!!!

Sunday, February 13, 2011

hujung minggu yg tenang...

Salam pg ahad...tajuk tu sbnarnya lebih elok kalau ditmbah tenang aje! huhuhu..bknnya apa, semlm setengah hari brsama dgn ank2 disekolah mnjayakn aktivt koku..letihnya rs bdn..akibatnya lps mghrib smlm mummy tumbang skjp. Pkl 12 lebih bgn semula ssb Qaseh dh merengek -rengek..(sblm tu, dia dh kong jg dgn mummy). Pg ni, mummy kn cpt2 iron bj utk minggu dpn. Sbb tgh hari ni mummy kn jg exam di UPM. Ada 2 sesi..t/hari & petang..jadi tenang aje!..w/bgaimanapun mummy brsyukur sbb hr selasa cuti sempena Maulidurrasul. Hari tu nanti akan jd pengganti buat hujung minggu yg sibuk nih! sempat la mummy buat stok EBM buat Qaseh..insyaallah..

Sunday, February 6, 2011

alkisah sikembar II


Hurm..mcmana boleh jd besar mcm ni?..ni semua adalah khasiat "susu ibu"..20.12.2007 jam 9.30am, selepas bertarung dlm OT, siabang diletakkan bersama mummy,manakala adik di NICu. Dr. kata adik blm pndai breathing sndri,skjp ada skjp x ada. Nk dijadikn cerita, siabang x mahu BF..dari lahir awal pg tu hingga ke tgh mlm mnyebabkan glukos tinggal 2 shj. (masa ni nurse dah tukar shift 3 kali..poyo btl diorg)
1.1.2008 br la dpt kuar dr HPJ ..Sikembar mummy ni terpaksa diquarantine slps kluar dr HPJ. Dr. advise seelok-eloknya sbln, coz mrk x boleh terdedah kpd kuman, & habuk. Risiko utk dijangkiti kuman sgt tinggi memandangkan mreka pre-mature. Jadi, terpaksalah sahabat handai menunggu utk berkongsi kegembiraan ini. Dr. juga berpesan, ubat yg paling mujarab ialah "susu ibu" krn dpt membantu mrk membentuk antibodi dlm bdn. Oleh krn tiada pengalaman, hampir 4 bulan Mummy x dpt tido malam. Ditemani En.hubby tercinta..berjagalah kami setiap mlm. Bln kedua,berat mrk naik 1kg, barulah si adik boleh cucuk BCG. Mummy praktikan segala style yg dipelajari diklinik,diblog & majalah. Makan pun kena double -trouble.Alhamdulillah 6 bln pertama-fully BF. After six month, Mummy trpksa campur dgn susu fomula disebabkan susu tak cukup. Sayangnya waktu tu tiada sokongan spt sekarang. sampailah umur mrk setahun.., lepas tu mrk minum susu fomula. Sebab itu, sekarang utk bby girl ni mummy bagi fully BF..kalau boleh biarlah smp 2 thn...

ulangtahun kelahiran pertama"pulut kuning " dr nenek..



1st besday...20.12.2008


huhu...tak muat la abang..


2nd besday 20.12.2009

3rd besday 20.12.2010..dah pandai posing!






Wednesday, February 2, 2011

Salam buat semua rakan blogger. Bersiaran dr Kg buat Mummy lupa sekejap pd tugas2 rasmi. Bukan tak bawak balik, tapi bila nak buat kerja je mata mulalah nak terkatup. Jadi mummy pun BW sekejap sambil baca entri rakan2 yg lain. Dlm pada tu, smpat juga belek gambar anak2. Buat mummy rasa nak berkongsi kisah suka duka melahirkan kembar mummy. Kalau tengok gambar dibawah, agak2 dapat teka tak mana satu abang, mana satu adik?Sebenarnya mummy pun tak dapat cam muka, tapi cam secara fizikal.

Yang besar tu abang "Muhammad Lutfirrahman Adha" dan yang kecil tu adknya "Muhammad Lutfilhadi Adha". Alkisahnya, mummy x tau nk isi nama apa diaorang berdua ni. Mula2 berkenan juga dgn nama sikembar zakuan adha dan aidil. Tapi Mummy ubah fikiran.. sebab nanti tumpang glemer diorg pulak. Masa mengandung ada juga minta tolong En.Hubby pilihkan, dia kata tak tahu nak pilih nama apa..
Mummy mula risau. Bila kandungan mencecah masuk bulan keenam, mummy diminta oleh Dr. utk admit HPJ bagi dptkan suntikan " dexa" utk matangkan paru2 baby. Kata Dr. baby dlm perut nampak mcm terkepit, tak ada ruang utk berpusing, jd mungkin mrk akan lahir lebih awal. Takut?? alhamdulillah tak.Bukan nk ckp besar, siapa tak takut utk melalui saat2 itu, tapi mummy dh bersedia dr segi mental dan keyakinan. Masa awal2 mengandung, bila dpt tahu twin, Dr. dah berikan penerangan tntg risiko yg bakal dilalui. Kebetulan waktu itu Astro memperkenalkan chanel DH&H 733. Hari2 Mummy tonton, cara melahirkan baby termasuklah kembar dan pembedahan. Memandangkan Dr. dah beritahu mummy jika anak x berpusing maka pilihan terbaik adalah ceaser. Ini krn kedudukan adik yang songsang. Sampaikan bonda kata mummy terlalu berani jika dibandingkan dgn dia. Tak cukup dgn itu, mummy serve internet dan majalah berkaitan dgn kelahiran kembar. jadi memang cukup persediaan la kiranya..
Bila mereka lahir?
Bila kandungan mummy mencecah 32 minggu( 32 w+ 4 days) , betul2 nk masuk 8 bulan.iaitu pada hari raya haji 20.12.2007. Sehari sebelumnya mummy dah ke HPJ. Kata Dr. kandungan dah nampak sarat. So, mummy tak boleh buat perjalanan jauh. Lepas tu terus call Bonda, bagitahu tak dpt balik. T/hari tu juga Bonda datang ke Puchong..(sayanggggg Bonda Hj.Kamaliah). Mummy hari tu sempat lg jln ke Giant,lepas balik dr HPJ. Tapi, waktu tu jalan lima langkah..berhenti. Sampaikan orang yg berselisih ngan mummy akan berhenti tengok mummy. Mrk ingatkan mummy sakit walhal baby kat dlm mengeras. Bila mrk tahu twin ada dlm perut mummy, mrk pulak yg excited. Balik rumah, bonda terus masak lauk pauk utk hari raya. Bonda pun kata mummy nmpk lain macam, takut x sempat makan juadah raya..pkl 8 mlm bonda hidangkan buat mummy pulut santan (lemang bungkus)+rendang dan mcm2 lagi. Kata bonda kalau bersalin esok, tak la mummy terliur..terer kan Bonda? sebab tekaan bonda tu tepat. Lepas azan subuh, mummy rasa air yg bnyk keluar.ingatkan kencing, tp x terasa.Bila air yg keluar trasa panas dan memancut, mummy tahu ianya air ketuban mummy... Lahirlah mereka berdua dgn berat 1.8kg dan 1.6 k.g, tersasar dr jangkaan Dr..


bila dah balut camni, nampak besar..

baby coat trpaksa dibeli coz twn perlu dikuarantine dr org dewasa selama 1bln..tp kat dlm tu "abang twin"
Kecik sgt..huhu, mrk keluar dr NICU berat abang 1.9kg berat adik 1.8kg.

masa ni x tau mcm muka siapa, kulit muka berkedut dan kening adik bercantum dgn rambut ketika lahir.


Next story...Camana boleh jd besar mcm ni?
Haa..besarnya



cermin diri..








Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020