Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Terima kasih kerana sudi menjadi rakan seperjuanganku

iklan

kelab bloggr

Tuesday, February 22, 2011

Rambutku GuGur...!!!!

Salam buat kawan2..hari ni nak tulis n3 perihal rambutku yg lebat dan tebal ni. Ntah macamana baru terperasan yg cadar sejak  akhir2 ni dipenuhi rambut.Patut lah rambut kurang basah dan berpeluh..rupanya sbb dh bnyk yang gugur. Maklumlah, sejak mengandung sampai lah ke minggu lepas..(sblm sedar rambut gugur), ketebalan rambut mummy mmg x boleh dinafikan. Sampaikan nyonya kat kedai gunting rambut merungut coz tebal sgt. Hal keguguran rambut ni ada kaitannya dengan Si Montel mummy  Nurqaseh..apa taknye..dia dah pandai menyembur. habis bersembur air liurnya. Kata org tua2, kalau anak menyembur jawabnya gugurlah rambut kita. mummy  pun explore maklumat dlm internet dan mummy temui artikel ini..jadi sama-samalah kita mengambil faedah daripadanya ye...


Rambut Gugur Selepas Bersalin

E-mailPrintPDF
Keguguran rambut adalah masalah biasa wanita selepas beberapa bulan bersalin. Kenapa ia terjadi dan bagaimana mengelakkannya?
Apa yang anda perlu ketahui:
  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.{mosimage}
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat. 
  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.
Untuk mengurangkannya:
  • Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
  • Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
  • Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya. 
  • Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
  • Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
  • Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
  • Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
  • Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.

S
umber:
  • dermatology.svhm.org.au
  • Postpartum hair loss, babycenter.com
  • FAQ: Does Breastfeeding Cause Postpartum Hair Loss?, kellymom.com

6 comments:

nelly said...

wah .baru Nelly tahu ,,maceh .

z.u.n.a.i.d.a said...

tol la tu hasny, zue anak ke-2 mmg teruk gila rambut gugur..memang anak yg ni kuat menyembur..huhuhuhuh

me kepala almost botak..hehehehehe xdela botak semua nmpk la kat certain bhgn tu mcm kureng rmbutnyer..

actuly nice info..

[senandunghatiku] said...

em..btl Zue..rasa ringan jer kepala nih..!

Momma Mia said...

sgt setuju la sis...
alin pun masih berusaha nak kurang kan rambut melalui syampu & supplement.

munna said...

munna pun gugur rambut teruk skrg ni... dah potong pendek.. sebab takut tgk rambut yg banyak gugur tu...

[senandunghatiku] said...

aha..betul tu Munna..bnyk sgt kuantitinya..tu yg perasan rambut dah nipis..xpe la. ianya proses semulajadi bagi kita ibu-ibu ni..