Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Terima kasih kerana sudi menjadi rakan seperjuanganku

iklan

kelab bloggr

Wednesday, February 2, 2011

Salam buat semua rakan blogger. Bersiaran dr Kg buat Mummy lupa sekejap pd tugas2 rasmi. Bukan tak bawak balik, tapi bila nak buat kerja je mata mulalah nak terkatup. Jadi mummy pun BW sekejap sambil baca entri rakan2 yg lain. Dlm pada tu, smpat juga belek gambar anak2. Buat mummy rasa nak berkongsi kisah suka duka melahirkan kembar mummy. Kalau tengok gambar dibawah, agak2 dapat teka tak mana satu abang, mana satu adik?Sebenarnya mummy pun tak dapat cam muka, tapi cam secara fizikal.

Yang besar tu abang "Muhammad Lutfirrahman Adha" dan yang kecil tu adknya "Muhammad Lutfilhadi Adha". Alkisahnya, mummy x tau nk isi nama apa diaorang berdua ni. Mula2 berkenan juga dgn nama sikembar zakuan adha dan aidil. Tapi Mummy ubah fikiran.. sebab nanti tumpang glemer diorg pulak. Masa mengandung ada juga minta tolong En.Hubby pilihkan, dia kata tak tahu nak pilih nama apa..
Mummy mula risau. Bila kandungan mencecah masuk bulan keenam, mummy diminta oleh Dr. utk admit HPJ bagi dptkan suntikan " dexa" utk matangkan paru2 baby. Kata Dr. baby dlm perut nampak mcm terkepit, tak ada ruang utk berpusing, jd mungkin mrk akan lahir lebih awal. Takut?? alhamdulillah tak.Bukan nk ckp besar, siapa tak takut utk melalui saat2 itu, tapi mummy dh bersedia dr segi mental dan keyakinan. Masa awal2 mengandung, bila dpt tahu twin, Dr. dah berikan penerangan tntg risiko yg bakal dilalui. Kebetulan waktu itu Astro memperkenalkan chanel DH&H 733. Hari2 Mummy tonton, cara melahirkan baby termasuklah kembar dan pembedahan. Memandangkan Dr. dah beritahu mummy jika anak x berpusing maka pilihan terbaik adalah ceaser. Ini krn kedudukan adik yang songsang. Sampaikan bonda kata mummy terlalu berani jika dibandingkan dgn dia. Tak cukup dgn itu, mummy serve internet dan majalah berkaitan dgn kelahiran kembar. jadi memang cukup persediaan la kiranya..
Bila mereka lahir?
Bila kandungan mummy mencecah 32 minggu( 32 w+ 4 days) , betul2 nk masuk 8 bulan.iaitu pada hari raya haji 20.12.2007. Sehari sebelumnya mummy dah ke HPJ. Kata Dr. kandungan dah nampak sarat. So, mummy tak boleh buat perjalanan jauh. Lepas tu terus call Bonda, bagitahu tak dpt balik. T/hari tu juga Bonda datang ke Puchong..(sayanggggg Bonda Hj.Kamaliah). Mummy hari tu sempat lg jln ke Giant,lepas balik dr HPJ. Tapi, waktu tu jalan lima langkah..berhenti. Sampaikan orang yg berselisih ngan mummy akan berhenti tengok mummy. Mrk ingatkan mummy sakit walhal baby kat dlm mengeras. Bila mrk tahu twin ada dlm perut mummy, mrk pulak yg excited. Balik rumah, bonda terus masak lauk pauk utk hari raya. Bonda pun kata mummy nmpk lain macam, takut x sempat makan juadah raya..pkl 8 mlm bonda hidangkan buat mummy pulut santan (lemang bungkus)+rendang dan mcm2 lagi. Kata bonda kalau bersalin esok, tak la mummy terliur..terer kan Bonda? sebab tekaan bonda tu tepat. Lepas azan subuh, mummy rasa air yg bnyk keluar.ingatkan kencing, tp x terasa.Bila air yg keluar trasa panas dan memancut, mummy tahu ianya air ketuban mummy... Lahirlah mereka berdua dgn berat 1.8kg dan 1.6 k.g, tersasar dr jangkaan Dr..


bila dah balut camni, nampak besar..

baby coat trpaksa dibeli coz twn perlu dikuarantine dr org dewasa selama 1bln..tp kat dlm tu "abang twin"
Kecik sgt..huhu, mrk keluar dr NICU berat abang 1.9kg berat adik 1.8kg.

masa ni x tau mcm muka siapa, kulit muka berkedut dan kening adik bercantum dgn rambut ketika lahir.


Next story...Camana boleh jd besar mcm ni?
Haa..besarnya



cermin diri..








4 comments:

KUREKURE COMEL said...

comel gile la.....bila diorang dh besar...kasi diorang baca kesusahan mak diorang lahirkan mereka...hhehe

Myra Jay said...

Memang comel adik kembar nie, tingin la nk ada bb kembar, tp yg solo pun xdpt lg..huhuu

Yati said...

Comelnya kembar! :)

zOeY zAu YaH said...

bestnye ank kembar!
im your new followers..moh ke blog saya..ada tutorila mekap n lain..
zoeyzauyah.blogspot.com