Tuesday, December 15, 2009

Berhati hati dalam mengurus perbelanjaan.




Tips untuk berbelaja keperluan sekolah anak anda.

Musim cuti sampai ke kemuncak. Tinggal lebih kurang 18 hari sahaja lagi anak-anak akan kembali melangkah ke sekolah. Waktu ini pastinya ibu-bapa sibuk mengatur perbelanjaan bagi memenuhi keperluan anak-anak sekolah.bagi keluarga yang mempunyai seorang anak, perbelanjaan bukanlah satu masalah.Tetapi bagi ibu bapa yang mempunyai 2 atau lebih, kebijaksanaan dalam berbelanja sangat penting. Ini kerana, belanja bagi anak2 kecil sentiasa berubah dan meningkat dari masa ke semasa. Bagi memastikan perbelanjaan berhemah, ibu bapa perlu mengenalpasti antara keperluan dan kehendak, antara keutamaan dan sampingan.

Antara langkah yang boleh diambil ialah;
  • buat pilihan yang bijak iaitu bandingkan daripada aspek harga dan kualiti. Perlu diingat barangan berkualiti harganya akan menjadi lebih murah jika jangka hayatnya panjang. Contohnya; jika ibubapa memilih untuk membeli beg ataupun pakaian dari jenama yang telah kukuh, harganya mungkin lebih mahal sedikit daripada yang biasa. Tetapi penggunaannya lebih lama berbanding jenama biasa. ini mengelakkan ibubapa daripada terpaksa mengeluarkan wang untuk perbelanjaan yang sama pada pertengahan tahun atau hujung tahun sebelum tamat sesi persekolahan.Mungkin ibubapa khuatir jika anak2 tidak lagi memerlukan barangan terpakai?Inilah masanya!jika kita berniat untuk mendidik anak2, mulalah daripada kecil. Beg sekolah kebangsaan yang masih elok boleh digunakan untuk sekolah agama. Bermakna tahun hadapan, hanya satu beg sahaja yang perlu dibeli. Latihan sebegini penting agar anak2 belajar menyayangi dan menjaga harta sendiri.
  • Begitu juga sewaktu membeli pakaian. Pada zaman dahulu (sehingga era 90'an) kebanyakkan ibubapa menghantar pakaian kepada tailor untuk dijahit. Tetapi pada zaman sekarang, upah jahit adalah lebih mahal daripada material. Jadi untuk keluarga yang mempunyai anak lebih daripada seorang, membeli adalah tindakan yang bijak. Walaubagaimana pun, bagi memastikan tiada pembaziran, pastikan pakaian yang dibeli lebih besar daripada ukuran badan. Perlu diingat, kanak-kanak masih dalam proses tumbesaran. Pertumbuhan mereka juga berbeza-beza. Jangan biarkan anak ada mengalami satu tekanan yang hebat apabila diejek oleh rakan -rakan kerana pakaian yang sempit, singkat mahupun senteng. Jika pakaian yang dibeli agak besar, ibubapa boleh menjahit dari bahagian dalam ataupun 'alter' agar ia sesuai dengan anak2. Jika pakaian yang dibeli dari jenis tahan lama, ia boleh dipakai sehingga 2 atau 3 tahun. Jadi sama juga dengan beg, kita hanya perlu menambah 1 atau 2 helai untuk tahun berikutnya agar anak2 kembali yakin untuk ke sekolah.
  • Berbeza dengan kasut. Bagi kasut, ibubapa tidak perlu fikir panjang dan pentingkan jenama. Ini kerana dengan faktor cuaca di Malaysia , fitrah kanak-kanak yang suka bermain, dan juga tumbesaran anak2 yang pantas, memaksa kita untuk menukar kasut anak sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Jadi memadai kita mendapatkan kasut yang lebih murah harganya berbanding kasut jenama. Jika kena gaya dan penjagaannya kasut murah juga boleh tahan lama. (Saya selalunya hanya menambah sepasang kasut di awal tahun)
  • Ibubapa Jangan sekali-kali kedekut. Sediakan keperluan sekadar yang mampu tapi pastikan terbaik. Waktu ini, pastikan ibubapa lebih berpengaruh daripada anak2 agar anak kita tidak menangis di pasaraya kerana keinginan tidak dipenuhi. Walaubagaimanapun, perlu diingat barangan baru akan menyuntik semangat baru kepada anak-anak untuk kembali ke sekolah.
  • Sediakan alat tulis yang lengkap dihari pertama anak anda melangkah ke sekolah. Kerana ia merupakan suntikan motivasi kepada anak2. Kelengkapan yang tidak mencukupi boleh menjatuhkan motivasi anak-anak. Sekurang-kurangnya terdapat beberapa buah buku tulis dan satu set lengkap alatulis. Sebaiknya, latih anak2 agar mengumpul alatulis yang masih boleh digunakan sekarang dan gantikan kotak pensel yang baru sebagai ganjaran.
  • Jangan lupa menjeaskan Yuran sekolah dan Yuran PIBG. Ada diantara ibubapa yang sengaja melewat-lewatkan pembayaran yuran anak-anak dan ada juga yang tidak mahu membayar yuran sehingga pengujung tahun. Perlu diingat, bayaran masuk ke sekolah swasta dalah jauh lebih mahal daripada yuran kerajaan. Kegagalan ibubapa menjelaskan bayaran yuran boleh membebankan guru dan pihak sekolah. Malah ia boleh menyekat aktiviti sekolah yang bakal dijalankan oleh anak-anak mereka. Satu Rahsia yang perlu diketahu ibubapa. Sekiranya anak anda kehilangan wang untuk makan atau tambang bas disekolah, siapa yang memberikan wang ganti kepada mereka? Jawapannya GURU/CIKGU. Selalunya kanak-kanak akan mencari guru mereka bagi mandapatkan wang ganti dan purata 5 orang kanak-kanak kehilangan wang dalam masa satu hari dan RM 10 perlu dikeluarkan oleh guru2 mereka. Bayangkan... Wang ini selalunya tidak diganti oleh ibubapa(walaupun anak2 bercerita kebanyakan ibubapa buat 'tak tau' sahaja. Ditambah dengan beban mengganti yuran yang tidak dibayar oleh ibubapa. Jadi apapun alasan pastikan anda memperuntukan bayaran yuran persekolahan anak anak anda.
  • Sarapan & Makan Tengahari. Antara waktu terpenting dalam diari kanak-kanak. Pastikan anak anda mulai mengambil sarapan pagi hari ini. Latih anak bangun awal sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah. Sediakan sarapan pagi yang mudah dan ringkas seperti bijirin nestum dan cornflakes. Jangan terlalu menurut selera kanak2 kerana ia akan berubah-ubah. Sebaliknya latih ia makan dengan menerangkan kepentingan sarapan dan bahan yang dimakan. Gunakan teknik bercerita dengan contoh yang nyata. Antaranya, mengapa kita mengantuk diwaktu pagi @ tengahari( jawapannya perut kosong krn tidak mengambil sarapan dan makan tengahari). Sesetengah ibubapa ghairah menjaga makan dan minum anak2 pada tahun pertama anak mereka melangkah ke sekolah. Masuk tahun kedua, anak2 tidak lagi diberi perhatian. Situasi inilah yang salah. Kerana semakin dewasa anak2 semakin mereka memerlukan perhatian. Sekiranya kurang perhatian daripada ibubapa, anak2 akan beralih ke rakan sebaya yang mana boleh menyumbang kepada masalah yang lain. Ibubapa yang bertanggungjawab akan menyediakan bekalan makanan dimana ia jauh lebih baik daripada makanan yang terdapat dikantin. Sekurang-kurangnya anak2 terhindar daripada risiko jangkitan atau keracunan.
Sekiranya ibubapa menyediakan list barangan yang perlu dibeli, pastinya ia pasti dapat membantu perbelanjaan dengan berhemah.Adalah lebih baik jika anak2 tidak mengikuti ibubapa kerana sudahpastinya gangguan daripada anak2 menyebabkan 'lain yang hendak lain yang dibeli'. Pastikan tiada pembaziran yang kita lakukan didalam keadaan ekonomi negara yang meleset dan tentukan " Alah beli Menang Memakai"

"Selamat Berbelanja"

No comments:

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020