Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Terima kasih kerana sudi menjadi rakan seperjuanganku

iklan

kelab bloggr

Saturday, August 6, 2011

Salam Ramadhan Al-mubarak...

Salam Ramadhan buat kawan2..agak lama mummy x berblog, tak sempat nak curi masa. Sedar tak sedar, ramadhan dah pun menjelma. ingatkan bila cuti sem, sempatlah melayan blog..rupanya tugasan disekolah menimbun2, terpaksa beri laluan kepada periuk nasi dulu. Ramadhan kali ni, Mummy terapkan perbelanjaan berhemah..maklumlah, keluarga besar..alhamdulillah..setakat hari ni, kami tak menjengah bazar ramadhan lagi. Makan juadah yg dimasak sahaja. Anak2 boleh request menu masing2..selagi Mummy boleh masak..Mummy akan masakkan utk mereka. Tahun ni, angah dah mula berpuasa..tiada paksaan cuma minta dia cuba. Hari pertama puasa nampak lesu juga..tapi bila dia berjaya habiskan , dia seronok sangat. Yang kelakarnya, hari kedua disekolah cikgu dia kata.."nanti balik boleh berbuka"( ikut pemahaman dia lah) apa lagi, sampai rumah..merengek2 nak berbuka..asyik kata " cikgu kata balik boleh berbuka"..terpaksala Mummy mengalah..tapi lepas je berbuka dia kata " esok angah nak puasa penuhlah !". hehehe..budak2, tapi memang betul lah, sampai semalam dia puasa penuh..
          Nurqaseh pulak, dah masuk 11 bulan masih x berjalan. berdiri pun goyang2 lagi..lambat rupanya anak dara sorang ni. Tak macam abang2 dia. 10 bulan dah berjalan, mulut bising tapi yg tau sebut "abah" je..mama ke Mummy ke belum lagi..serba lambat la dia ni. tapi nampak dia berusaha gigih nak berjalann tu..harap2 raya ni dah boleh melangkah le..
       Hari tu ada jg wat GA..tapi sayang tak dapat sambutan.Hadiah2nya masih ada lagi. jadi mummy putuskan, siapa yg paling rajin komen dlm n3 Mummy, akan dapatla hadiah2 tu..hehehe..jadi tengok la sendiri nama masing2 ye..o.k lah, nak buat assigment ni..nanti sambung dengan pic sekali..bye..