Salam Semua...dah menjengah 3 bulan tahun 2012 mummy masih tak dapat mencuri masa untuk berblog dengan lebih kerap. Mungkin pengurusan masa tidak hebat atau mungkin masa yg terluang tu dah berkurangan. Apapun, hari silih berganti sedar tak sedar dah 6 tahun my lovely sister jd pengasuh anak2 mummy..bermula dng menjaga Azeq kalish Hazim, sekarang dah drjah satu..
kemudian.. 20.12.2007 lahir sikembar mummy..mulalah menjaga sikembar comel dari berumur sehari 20 hari (slps keluar NICU)..bersengkang mata bersama2 mummy tak tidur hingga 4 bulan. dari berat 1.8 dan 1.9 kg selepas 20 hari di NICU hinggalah sekarang
berat mereka 20 dan 21 kg..
yang seronoknya, kalau keluar berjalan2..mereka berdua jadi tumpuan ramai. tapi sekarang..tak boleh keluar selalu.. tak dapat nak kawal. bila dah berdua, macam2 idea diorang.
Apapun..perjalanan hidup kita sememangnya berwarna-warni..kepada adindaku Norazlina @ Nora..terima kasih banyak2. Kalau nak dibalas jasamu, jgn duk jauh2 or jgn kawin dgn org jauh..susah umi nak jg anak2 ko nanti. Semoga hidup kita dipenuhi keberkatan..kepada anak2 dan suamiku..bermulalah perjalanan kita sekeluarga. Yang berat kita pikul dan yang ringan kita jinjing bersama..
