Thursday, February 11, 2010

"Selamat Tahun Baru Cina"

Salam 1 Malaysia. Agaknya semua orang dah tak sabar menunggu esok. Bukan kerana nak sambut Tahun Baru Cina ..tapi nak sambut cuti selama seminggu. Inilah bertuahnya bumi Malaysia yang tercinta...cuti sentiasa meriah dan disambut bersama. Jadi janganlah asyik bertanya kenapa keharmonian perlu dijaga..saling menghormati membolehkan kita menikmati banyak manafaat. Kepada student2 HE SKP2204..inilah yg kita perlu fahami(result dah kuar).Jadi buka mata lapangkan minda agar kita tidak membuat hujahan yg membuta tuli. Berbalik kepada cuti..tempoh seminggu sangat bermakna kepada warga pendidik yg bertungkus lumus pada bermula sesi persekolahan Januari. Apa taknya..kerana seronok nak cuti, awal2 lagi sekolah dah kena ganti. Biarpun ramai yg diluar sana berkata " seronoklah cikgu..." tapi hakikat sebenarnya jauh sekali. cuti ni dibebankan dengan tugasan membuat soalan bagi semester pertama. Jadi kpd sesiapa yg mempunyai isteri atau suaminya cikgu..berilah sokongan. Kerana hanya anda sahaja yang memahami mereka. Bercuti..bermakna cikgu-cikgu diluar sana boleh menyedut udara ketenagan bebas daripada suara hiruk pikuk anak didik yg boleh mencapai 600 org sehari. Ramai yg kata, "kerja senang" tetapi rasanya kalau diberi peluang menjadi cikgu dlm masa sehari..alamat matilah anak orang dikerjakan. Kenapa...? sebab hanya cikgu yg boleh mengendalikan masalah disekolah. Buktinya..ibubapa, jika anak2 mereka dipukul rakan lain..mereka seboleh-bolehnya mahu membalas terus kepada sipemukul tanpa merujuk kepada cikgu.bayangkan apa berlaku jika bapa sipemukul pula datang..tak ke huru-hara? Jadi ...cuti yg panjang ini juga perlu diambil ibubapa bagi memahami anak sendiri kerana seringkali jika dipanggil ke jawatankuasa disiplin, ramai ibubapa berkata " cikgu, anak saya tak pernah buat perangai macam ni" sedangkan hakikat sebenar " cikgu, anak saya memang memang macam ni " . Em..rasanya saya berundur diri dulu..kepada yg merancang perjalanan..hati2 dijalan raya dan ingatlah orang yang tersayang!!!

No comments:

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020