Sunday, January 12, 2014

2013..suka dan Duka

11 Januari 2014-  sedar tak sedar dah 4 tahun berblog..tapi sekejap on sekejap of. Belum dapat mengadap hari-hari. Setiap hari ada cabaran dan dugaan baru. Rasa seperti baru semalam menyambut tahu baru 2013, alih-alih dah pun berada dalam tahun 2014. Perjalanana waktu kini semakin pantas berlalu.. tuntutan kerjaya adakalanya boleh melemaskan namun sokongan keluarga dn rakan-rakan banyak membantu. Suka duka menyulami.. Kematian ayahanda mertua Allahyarham Idris b Jusoh yang mengidap stroke meninggalkan kesan yang mendalam. Kehilangan yang membuatkan diri bermuhasabah sejenak..cukupkah kita membalas jasa ayah bonda. Tahun 2014, anak-anak semakin membesar..sebagai ibu jadual harian semakin padat. Rasanya tidak tercukup masa yang diberikan ALLAh S.W.T untuk menguruskan diri, keluarga dan kerjaya...itulah kelemahan hambaNYA..yg adakalanya tidak mengetahui apa yang dijanjikan Allah S.W.T sentiasa mempunyai hikmahnya..intai-intai perkembangan mereka...

 Penat!...kedua-duanya menyebabkan Mummy perlu bergerak aktif, manakan taknya, seawal jam 6.30 pagi setiap hari hingga ke jam 10 malam..melayan kerenah mereka berdua sama seperti melayan 6 org kanak-kanak seusianya..semua berganda, makan, pakai, pergerakan..huh..kalau tak cergas mcmana nk layan..mujur ada Shaklee..bantu menghilangkan letih & lesu..tapi akhirnya setiap kali menatap wajah yg polos..hati ini akan merasa puas!!..syukur kerana dikurniakan mereka..Allah lebih mengetahui kemampuan hambanya..

Alhamdulillah...menjaganya paling mudah, tidak banyak karenah dan paling berdikari. Pergi sekolah agama dan balik ke transit, makan, mandi & bersiap sendiri..naik Van ke sekolah..dari darjah satu dan sekarang dahpun darjah 3..kadangkala tak sempat nk bertanyakan soalan kepadanya..dia dah lelap, tapi tahi lalat tepi bibir cukup melambangkan sikap ramahnya..kalau dah mula bercerita non-stop! terima kasih sayang..kadang-kadang umi tak sempat nak bertanya khabar kerana sibuk dengan adik2mu..semoga dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa!!

Sijantung hati!.. bijak dan sentiasa ceria! dalam kalangan anak2 mummy..hanya Qaseh yg terpaksa berada di rumah pengasuh sejak dari kecil..jadi orangnya cepat merajuk, maklumlah..kadang-kadang abang kembar lebih bongsu dari si bongsu ni. hobi utama..menyanyi dan main masak-masak..berhujah jauh lebih matang dari usia. Masuk 2014, hari-hari minta nak ke sekolah. Sabar ya sayang, tahun depan boleh ke sekolah..jangan nakal2!

Hero of the year, tahun 2013 benar-benar menguji..sebelum exam lagi dah didatangi sakit yg pelik-pelik. Asyik berulang ke Klinik..dan tak sangka pula selepas seminggu cuti sekolah, demamnya bersambung. Sekejap baik..sekejap demam. 4 kali ambil darah dan kali keempat tu dah ada kuman dlm darah. Maka bermalam lah, di Hospital Putrajaya. Bergilir-gilir la dgn En. Hubby..siang dan malam, mujurlah cuti sekolah. Projek chapter 4 tesis pun terbengkalai. Rupa-rupanya  Allah ingin menguji kesabaran anak ini. Dan hadiahnya adalah hadiah paling berharga buat umi dan abah dan seluruh keluarga..8 A PMR. 
Terkesima seketika..Alhamdulillah..Alhamdulillah.Allhamdulillah..berkat usaha, doa dan tawakal yang tak henti2..meskipun dikala kesakitan membaluti tubuhnya..dia akhirnya beroleh kejayaan. 



Terima kasih buat suami tercinta; empunya tulang rusukku, terima kasih kerana sabar dengan setiap ujian yg melanda..perjalanan kita masih jauh..semoga kita sentiasa tabah, sabar dan bersedia menghadapi setiap cabaran yang bakal tiba..terima kasih kerana mencintaiku..cinta yang membuatkan aku disini menjadi suri hidupmu!


No comments:

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020