Friday, February 12, 2010

Pentingnya Kebersihan!!

Hari Rabu 9/2/ 2010, sk dikejutkan dengan kehadiran inspektor kesihatan,dari kem pendidikan yang membuat pemeriksaan kantin sekolah. Dan malangnya apabila kantin diarah menjalankan kerja-kera naiktaraf selama 2minggu bermula Khamis 10/2/10.Dalam waktu yang singkat pihak sekolah mengeluarkan surat pemberitahuan kepada ibubapa yang mempuyai anak disesi persekolahan petang, dan berharap agar mereka mempunyai abang dan kakak pada sesi pagi esoknya. Penutupan kantin mempunyai pro dan kontra. Pronya, ibubapa akan menyediakan makanan yang lebih baik untuk anak-anak, mereka akan membawa bekalan kesekolah dan ini mengeratkan silaturrahim dikalangan murid yang berkongsi makanan. Suasananya sungguh berbeza seperti zaman persekolahan dulu-dulu..tetapi jika diteliti, lebih banyak kontranya..kerana makanan yang dibawa kebanyakannya dibeli dari luar..bukan dimasak dirumah kerana ibubapa bekerja. Jika diperhatikan, sikap ibubapa yang sambalewa inilah yang menyebabkan pengusaha kantin tidak mematuhi standard yang ditetapkan kerana ibubapa tidak perihatin dengan tahap kebersihan dan tidak pernah membuat komplen terhadap kualiti makanan serta penyediaan makanan disekolah. Malah dalam hal ini PIBG juga dilihat tidak memainkan peranan dalam penjagaan standard kualiti penyediaan makanan. Bak kata pepatah "sudah terhantuk baru terngadah".
Bagi guru-guru, keadaan ini memberi banyak hikmah..antaranya, waktu inilah nak rasa masakan dari kawan2. Malah suasananya meriah macam kenduri pula apabila juadah dihidang dan dimakan bersama..
Mujurlah tempoh seminggu berlalu  bersama perayaan Tahun Baru Cina. Tinggal 3 hari sahaja selepas buka sekolah. Jadi kepada ibubapa yang ada diluar sana..bersikap perihatinlah kepada persekitaran anak2 anda. Pemakanan merupakan aspek penting dalam tumbesaran anak2. Janganlah kita leka bekerja dan mengabaikan amanah yang diberikan!!

2 comments:

mamamiya said...

penat mata ceq baca...tak nampak tulisan...kena kerut mata btol2 baru nampak..huhuhu...

senandung hatiku said...

hahaha..sabo ye mamamiya..nanti upgrade font size..

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020