....kutitip tiap detik..,agar dapat dikongsi bersama..
Monday, October 27, 2014
Gagal lagi?
emm, itulah sebenarnya.. sifat tamak yang ada dalam diri manusia. sebab itulah post di atas tajuknya gagal.
bila gagal mengurus masa,
hidup jadi huru hara
Kadang-kala terlupa nak bg reward pada diri sendiri..semua nak grab..sehingga ada yang tercicir.
yang dikejar tak dapat
yang dikendong berciciran
Lumrah kehidupan.. bagi senandunghatiku inilah terapi diri yang sangat berkesan. Luahkan apa yang terbuku di hati dan yang bermain di minda..Inshaallah..bebanan hilang dan diri terasa muda dari usia walaupun asalanya gagal merancang..
gagal untuk merancang bermakna
kita merancang untuk gagal!
tetapi jangan ptus asa kerana peluang sentiasa datang..
Friday, October 24, 2014
Gigi sana sini..
Amboi..baca tajuk tu lain macam je..gigi sana sini.. bnyak betul?gigi siapa? Ni nk cerita. Sikembar mama rupa-rupanya dlm proses nak menukar gigi susu. Boleh dikatakan kesemua gigi dah goyang dan dah ada gigi baru yang tumbuh. Yang bagusnya mereka berdua ni, tak nk pergi dentist,suka cabut gigi sediri, tapi yang tak bagusnya gigi bnyk dh tumbuh dulu..dan gigi tercicir merata-rata. Kelakar pun ada. Semalam si adik nk makan donat, lepas tu dia mnjerit.."Mummy!" Punya la kuat..bergegas mama dpatkannya.."kenapa..kenapa dik?" "Hadi nak makan donat..tiba-tiba gigi hadi hilang"..aduh..suspen betul. Cari punya cari..gigi tercampak bawah meja. Sebelumnya si abang bangun tidur.."mi..abang jumpa gigi atas tilam" hahaha..mujurla tak kena telan. Sekarang mereka berdua masih dlm proses menukar gigi..lps ni tugas mereka utk pastikan gigi duduk atas trek(tk ke depan dan ke belakang.(caranya tolak gigi selalu guna lidah).
Mama selalu berpesan kpd anak2 ni..gigi adalah aset. Contohilah nenek..walaupun dah berusia 64 tahun tapi gigi masih penuh, kuat dan paling penting tersusun cantik. Nk info lebih baik boleh ikuti link di bawah.
http://www.imedik.org/jangan-abaikan-penjagaan-gigi-susu
Salam Akhir jumaat 1435h...
Wednesday, October 8, 2014
Kenangan Hari Semalam.. (Jengka-Gopeng-Puchong)
Salam Aidiladha.
mujur warna baju nenek tak sama. Bersama Bondaku yg masih maintain.. |
Perjalanan yang Panjang.
![]() |
Belumpun sampai 1 jam bergerak..dah mencari tandas, tapi tandas dkt exit CHENOR terbaik!!! |
![]() |
Penuh dengan eskot |
![]() |
![]() |
Hutan lipur Lentang, ni perhentian ke tiga selepas Petronas Karak..(tak sempat nk ambil gambar) |
![]() |
Sempat posing, Hutan Lipur lentang.. tandas lagi!! |
![]() |
Naik ke kaki genting menuju ke Batang Kali |
![]() |
Anak-anak sibuk bertanya, kita nak naik kereta kabel ke Ummi? |
![]() |
Sebab jalan yang berliku..semua dpt arahan supaya tido..yang tak tido ummi N driver (EN. Asben) |
![]() |
Akhirnya..tiba dibumi Gopeng.. |
![]() |
Tiba di IGOP tepat jam 5:30..masih ada setegah jam..hhihihi |
![]() |
Sempat posing... |
![]() |
Masjid di tepi jalan Kampar, berhenti rehat dan solat.sebelum pulang. |
![]() |
Punya la lapar..satu hari hanya makan mee hoon..hihii, |
![]() |
siang bertemu malam..huhuu |
![]() |
hentian sebelah Rawang |
![]() |
tanpa make up? ye la dah lebih 10jam dlm kereta.. |
![]() |
muka baru tidur ni..hiihi |

Tuesday, October 7, 2014
Antara kasih sayang dan wang..
Serakat ni meter bergerak lebih kurang 10km jam..bila nak sampai ni? Ntahlah..ini pertama kali senandunghatiku meredah embun pagi pulang ke halaman bonda. Hati meronta-ronta walaupun cuti hanya 3 hari. Hari Isnin pula membelah banjaran titiwangsa ke negeri Perak utk menghantar Hero pulang ke asrama.
Inilah sebenarnya point entri kali ini. Cabaran betul tahun 2014 ni..bukan minyak shj naik..semua naik..segala jenis bil, segala jenis barang,segala jenis perkhidmatan..ada tak yg TAK NAIK? Ada..GAJI..kalau naik.. ciputt je..nak cover yuran taska anak pun susah.
Terkesan sangat..sana sini naik..tapi bila fikirkan betapa seorang ibu tua yg membanting tulang membesarkan 8 org anak..mampu menepis segala dugaan..takkan sebagai anak, tak mampu balik kg hanya semata -mata di beri Cabaran kenaikan..kann??
![]() |
Selamat Hari Raya Aidiladha..hati2 ketika memandu![]() |
Thursday, October 2, 2014
Gurauan genersi baru- ibu bapa , Jangan ambil mudah
Terkejut Ummi dengan berita yang tersebar pagi ini "Pelajar tingkatan3, mati jatuh syiling" disusuli dengan "pelajar tahun 6, koma jatuh syiling"..kedua-duanya ada persamaan. Belum pasti apa puncanya, berbagai versi cerita telah tersebar. Berita pertama, pelajar ini dibuli apabila dia cuba mengambil bekas pensilnya di atas syiling. Bagaimana bekas pensil itu naik ke sana Wallahua'lam..dan versi kedua, dia cuba mengambil bola takraw yang terlekat disyiling. Apapun Alfatihah buat arwah dan takziah untuk guru-guru dan keluarganya. Berita kedua, tiada maklumat mengapa pelajar tahun 6 ini memanjat syiling kelasnya yang terletak ditingkat 3.
![]() |
Mereka perwaris negara |
![]() |
Genrasi yang hidup dalam arus kemodenan. |

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP. Hari ke-28 PKPB. 8 Syawal 1441H/ 31.05.2020

-
Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP. Hari ke-28 PKPB. 8 Syawal 1441H/ 31.05.2020
-
New Year Give Away (stiky post until GA closed) date will be announce leter Terbuka kepada semua blogger.. syaratnya? macam biasal...
-
Assalamualaiikum buat semua blogger. X sabar rasanya nak umumkan pemenang GA New Year Senandunghatiku.. Cabutan telahpun dilakukan bersama-s...