Thursday, October 2, 2014

Gurauan genersi baru- ibu bapa , Jangan ambil mudah

Al-fatihah..

Terkejut Ummi dengan berita yang tersebar pagi ini  "Pelajar tingkatan3, mati jatuh syiling" disusuli dengan "pelajar tahun 6, koma jatuh syiling"..kedua-duanya ada persamaan. Belum pasti apa puncanya, berbagai versi cerita telah tersebar. Berita pertama, pelajar ini dibuli apabila dia cuba mengambil bekas pensilnya di atas syiling. Bagaimana bekas pensil itu naik ke sana Wallahua'lam..dan versi kedua, dia cuba mengambil bola takraw yang terlekat disyiling. Apapun Alfatihah buat arwah dan takziah untuk guru-guru dan keluarganya. Berita kedua, tiada maklumat mengapa pelajar tahun 6 ini memanjat syiling kelasnya yang terletak ditingkat 3.


Buli atau Prank.

Kedua-duanya tak banyak perbezaan dikalangan anak-anak. Sekolah menengah ataupun rendah, mereka semua masih dibawah pengawasan orang dewasa. Siapa yang paling banyak menerima tekanan melalui insiden-insiden ini..siapa lagi kalau bukan guru, cikgu, ustaz, ustazah, sir, teacher..
Lebih malang jika komen atau soalan yang keluar, bukan seorang malah mungkin 1 juta orang berbunyi " mana cikgu'? " ada cikgu tak"?. Susah nak explain pada ibu bapa dan masyarakat. Cikgu tak mampu nak memberi teguran yang berlebihan kerana anak-anak zaman ini tidak boleh ditegur atau tak pernah ditegur. Malah kalau ditegur sampai berbuih2 mulut pun respon mereka tetap sama..sengih macam kerang busuk dan menjawab tanpa jawapan( 1 cikgu tanya 10 dia jawab..tapi ntah apa2)
Mereka perwaris negara


Genrasi yang hidup dalam arus kemodenan.

.


Tambahan pula trend anak-anak remaja masak kini..suka melakukan perkara tidak disuruh oleh cikgu, kononnya extreme. Bergurau secara berlebihan..sehingga mendatangkan kecederaan kepada kawan. Dan cikgu..bersedialah jika diserang ibu bapa. 

Bagaimana di rumah?

Ibu bapa, bagaimana perangai anak-anak ini di rumah? selalunya bagaimana perangainya dirumah..begitu jugalah di sekolah. Ada sesetengah ibu bapa memberi tahu pihak sekolah bahawa anak mereka sangat baik di rumah. Sehinggakan mereka tidak menerima apa juga perkara tidak baik yang anak mereka lakukan di sekolah.

Ummi sendiri sebagai seorang guru sentiasa berhati -hati kerana kadangkala kemalangan itu terjadi di depan mata kita sendiri dan kebanyakannya berpunca dari buli dan guruan melampau yang berlaku sekelip mata. sekiranya berhadapan dengan tragedi..pasti guru yang terlibat akan trauma dan menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku..

Jadikan Iktibar

Hanya itu yang boleh kita lakukan Jadikan apa yang berlaku sebagai iktibar, peringatan @ panduan. Jangan cepat melatah dan menunding jari kepada orang lain atas apa yang berlaku. Sebaliknya renung sejenak..apa sebenarnya mesej yang cuba disampaikan anak-anak ini dengan perlakuan demikian. Meskipun fitrah manusia ni "mudah lupa", jangan kita abaikan apa yang berlaku di sekeliling. Demi menjaga keselamatan anak-anak dan anak-anak didik kita..bersedialah!






No comments:

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020