Saturday, December 25, 2010



dengan rasa gumbira mamaQaseh join GA diatas..(coz rasa muda lagi,hehehe)
yang dianjurkan oleh;
dah tu, siap ada penaja sekali dengan hadiah yang tip top.
trimas kpd
dengan ini senandunghatiku mengetag;

ha..kalau nak jon klik sini ya

Thursday, December 23, 2010

Qaseh dah mula kena tinggal!

Qaseh 3 bulan ( 6.8kg),Lenanya dialps dpt upah dr mama..
Minggu ni mamaQaseh hanya sempat melawat blog sndri je..x sempat nk post entri baru memandangkan dah mula bertugas. Sepanjang minggu ni, sibuk dengan mesyuarat guru, gotong-royong dan sebagainya. Tahun ni kami mula awal sebab cuti hujung tahun hari tu pun awal. Jadi x boleh lah nak berungut dibelakang! Suasana disekolah tu riuh-rendah dengan ceritera sepanjang cuti. Hari-hari ada saja cerita batu, jadi x bolehlah nak salahkan murid2 kalau diorang tu syok sgt bercerita. Tapi, time kerja kena jugalah kerja . Mujurlah buah hati mama, Nurqaseh Airis Fiqriyah sangat sporting..(yo la tu!). Kata mak cik dia, sepanjang mama tak ada, tiduk Qaseh x lena. Bila mama balik je, amboi..sampai kena kejutkan utk BF pulak. Bau je dah cukup..apatah lg kalau dah melekap kat bdn mama ni. Ptg td pg timbang & cucuk 3 bulan. Trus singgah carrefour tindik telinga. barulah nmpk mcm budak perempuan. skrg, dia trkebil2 & sdikit x selese. Mama ingat x nak bg ubat demam..nk tgok dia kuat tak coz last month dia x dmam pun. Cuma yg x thn, berat Qaseh dah mencecah 6.8kg. Patutla tgn ni kebas smcm je bila pangku dia..

Thursday, December 16, 2010

Alkisahnya...gunting rambut je..demam.

Salam pagi khamis.. hari ni dapat mengadap laptop awal skit. Semalam dah berhempas pulas mengemas ruangan atas dan bilik anak bujang. maklumlah..lagi dua minggu nk sekolah. Minggu depan Mummy dah start busy.  Mana tak nya, cuti sekolah ni asyik angah & along je yang mengadap laptop. main game..abis laptop Ps pulak. Tu ada hati lagi nak bodek belikan yang the latest..kata mereka. Jangan harap la, buka sekolah je semua akan mummy simpan semula. ingatkan cuti sekolah bolehla berehat..tapi 4x ganda letihnya. tapi merasa jugala jadi surirumah sepenuh masa. Tak boleh duduk diam sampaikan mak sendiri komplen " la, kata ajak mak datang sini (puchong) sebab x ada kerja..ni sehari 2 & 3 kali keluarnya". Hahahaha..mak tak tau, kalau x ada kerja maksudnya anak2 ada kat rumah. Kalau ada kerja, semua kena angkut, tinggal rumah je..! mana taknya bila balik rumah je, bnyk bnda nak dibuat..terutama yg remeh- temeh. Nanti bila dah mula balik bekerja.. dah x pandang dah. masa nilah nak pergi belikan buku sekolah along kat koperasi sekolahnya, pastu gi amik gambar ukuran pasport along & angah, aturkan jadual pergi balik sekolah. Belum lagi mencari alatan sekolah. Dalam sibuk2 tu..teringat juga ulangtahun Nurqaseh Airis Fiqriyah..3 bulan semalam. Nurqaseh tiba2 je mcm x bermaya. Nak kata demam x juga..dedar je badanya. Abang2nya pun sama. Rupa2nya mereka semua demam sebab potong rambut. Dari yg sulung sampai ke bongsu. hai..dari mana penyakit ni datang Mummy x tahu. Tapi yg pasti, lepas je gunting rambut..sure demam. Tengoklah wajah baru mereka...
mujurla dah pandai senyum & ketawa..nampakla mcm girl sket..
Ni lah wajah Nurqaseh Airis Fiqriyah..br je tumbuh rambut baru..



tengok tu, tidur pun senyum lagi..!


Ni Upi..sblm gunting rambut..

yang ni pulak..Aman.

Upi dalam proses menggunting..

Aman take turn..

yang ni sapa agaknya ye..Upi ke Aman?

Aman dan upi lepas gunting rambut..

Ni..Angah yg matanya besar!

ha..perasan encem la along nih!

baru nampak mata..x la rimas umi memandang!

Tuesday, December 14, 2010

pengumuman pemenang GA

Hepi Besday to SeNaNduNg HaTiKu.. aritu senandunghatiku menganjurkan Giveaway [GA] sempena 1st birthday. tapi sayangnya tak mendapat sambutan. mungkin kerana masa tu saya tidak dapat berblog kerana berada di kampung.

walaubagaimanapun terima kasih kepada yang menyertai iaitu kami@ contest dan cutemummy. harap dapat menghantar detail, nama, alamat kepada email senandunghatiku@gmail.com untuk pengurusan hadiah. InsyaAllah lepas ni kalau senandunghatiku buat GA lagi..jom la join ramai-ramai.

Saturday, December 11, 2010

Majlis cukur jambul Nurqaseh Airis Fiqriyah


Salam pagi Sabtu..cuaca mendung berlanjutan lagi.Nampaknya kain baju yang penuh sebakul tu kenalah hantar ke dobi lg hari ni. Kalau tak alamatnya berkulat pulak..sambil2 tu mummy sempat tengok gambar2 majlis cukur jambul Nurqaseh. Nur ni sepanjang majlis dia asyik tido je, masa berendoi tu lagi lah lenanya dia. Majlis ni ada dua sesi. Satu sesi tu kira mcm surprise jg la..dibuat pd 26hb sebelah petang. yang ni x dijangka2. Kumpulan marhaban ustazah Hjh Midah, pd asalnya dijemput pagi sabtu..tetapi jadual mereka penuh. Jadi mereka dtg juga pd hari jumaat tu. Sesi kedua, sebelah pagi ni sabtu. Yang ni kumpulan marhaban pakcik2 dikg RTP. X ramai tapi sangat asyik mendengarnya. Nurqaseh, masih lena diatas enjut2nya..meh la tengok..

kump. Marhaban Ustazah hamidah..petang jumaat..

Nurqaseh lena didodoi..(berendoi)

pun lena juga..
tenang wajahnya..
Puteri kepada 5 hero..



kump. marhaban atuk2..

penawar hatiku..

inilah bodyguard kami..

bersama nenda dan jg Mak Ra..pengasuh berijazah..hahaha..

bersama Mak Teh Amni..(pengantin baru)

Nur bersama nenek, Tok ma, aki ,  mak teh & mummy (dr kanan)
Nur bersama Mak teh & Mak ra..












Thursday, December 9, 2010

Balik Kampung II

Salam buat kwn2 blogger. Keletihan dalam kegembiraan ni x la terasa sgt letihnya. Sebab apa yg mummy lalui semuanya momment2 yg indah saja buat masa ni. Tapi disebalik keindahan tu ada juga cabarannya. seminggu selepas hari raya haji, sekali lagi mummy dan keluarga berkampung di rumah ibu mertuaku..di RTP Bukit Ketupat, Jerantut Pahang. Kali ni sempena majlis perkahwinan Amni Idris & Muhammad Adam. Banyak cabaran yg dilalui org kmpung pd majlis ni bila bekalan elektrik terputus lebih kurang 16jam. Maknanya hari merewang dan majlis akad nikah tnpa elektrik. ishh, zaman moden ni kalau x de elektrik rasa jem semua.Mujurlah masih ada "generator" disimpan oleh J/K kg. Boleh gak membantu pengantin masa majlis akad nikah tu. Apapun mereka berdua disatukan dalam suasana yg meriah..alhamdulillah..jom tengok
gambar2 yg tlh dirakam..
tetap manis..walaupun berada didalam bilik yg gelap gelita..


debaran bakal pengantin..

menanti detik bergelar seorang isteri..

Aku terima nikahnya.....

kini bergelar seorang isteri..

menerima mahar dr suami..

mata bertentang mata..ewahhh!

Selamat Pengantin baru buat Amni & Adam..semoga berjaya menempuhi pahit manis dalam rumahtangga!


 

Friday, December 3, 2010

Seronoknya balik kampung!


perjalanan lebuhraya Pantai Timur

cantiknya awan..macam gula kapas.Bayangkan kalau bleh tambah sirap..yummm!

Bukan selalu..setahun mungkin 4kali. Bergantung kepada masa dan keadaan.  Beginilah kalau dah ada keluarga sendiri, banyak yang terpaksa kita korbankan. Tapi yg penting berusaha utk bwk anak2 blik kg.Biar dia kenal suasana kampung..lembu, kambing,ayam, itik, katak, lipan..yg hidup secara semulajadi. Bukan yg terkurung dalam cage atau yg dilawati didalam Zoo. seronoknya duduk kampung..aman, damai, nyaman. Tak ada la asyik terkurung dlm gril. macam dlm penjara pulak.tengok lah wajah mereka..



dikebun lada Opah..Jaya gading, kuantan.

macam menteri lawat MAHA pulak..hehehe
alahai angah!

Model pokok lada..ewahhh!

em..cukup dululah..ingat nk gi melawat MAHA jup. Nak borong buah. Tu pun kalau x hujan...kalau hujan kensel la jwbnya. Nanti kita tengok lg gmbr2 spnjg mereka berada di kmpung..bye..

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020