Saturday, June 11, 2011

Kembali lagi! nak hadiah????bacaaa jangan tak bacaaaaa..

Assalamualaiikum..terima kasih pada rakan2 yang sudi singgah. Akhirnya selesai juga 1 semester. Hanya tinggal satu lagi t/jawab sebelum dpt bercuti panjang...bln 9 naik sem baru. Dlam kesibukan yg melanda ni , sempat jg balik ke kg. Itupun atas urusan keluarga. Terpaksa ambil cuti rehat (yg berusaha disimpan) huuhuuu..apapun , terima kasih pada rakan2 di SKP yang membantu mengendalikan kelas mummy sepanjang minggu ni..( isnin,selasa dan hari ini). Hari ni berjaya juga menjawab soalan Adv.Stat dengan kerjasama rakan2. Semoga apa yg dijawab tu menepatilah apa yang ditanya. Anak2 masih dalam keadaan yg kurang baik.  Sekarang angah dan sikembar pula demam campak..harap2 mrk cepat sembuh. Along dah ke sekolah mulai semalam. Segak pakai seragam baru. Tak sempat lagi nak ambil gambar. Jadi lepas ni insyaallah blog ni tak akan bersawang lagi. Kepada semua pelajar yg mengambil kelas saya..terima kasih dan smoga u alls berjaya dlm exam. Dan buat rakan2..mummy nak bagi hadiah kepada yg setia menjenguk blog ni. Gambar2 hadiah akan diupload setiap masa(bila dapat je..upload). Tiada syarat..cuma rajin2lah tinggalkan nama anda diblog ni. Yang paling rajin jenguk..dialah yg dpt hadiah2 ni.  Nak upload gambar tapi tak boleh..apa la masalahnya sistem ni.. Ok..jadi rajin2 lah tinggalkan jejak,traffic, komen..dan yg paling bnyak bertandang akan diberi peluang memilih hadiah mana yg mereka suka.. Meh jenguk ramai2!
(sticky post until 11/06 2011)

Monday, May 23, 2011

Janda Baik, Pesta Buku, Johor dan Sambutan Hari Guru

haa..abis muka anak daraku kena campak..

Saufiville Janda baik..2000 semalaman (banglo 6 bilik)

sejuk, nyaman..

Sesuai untuk merehatkan minda.

hero..

syoknya kalau dpt mkn durian tu..

Assalamualaiikum kawan2..
Terima kasih kpd yang masih sudi melawat blog ni. Kebelakangan ni, tak sempat nak update blog. Buka blog selalu..tapi nak update tak sempat. Banyak sangat tuntutan kerja yang perlu disiapkan. Sekarang ni pun tengah bertungkus lumus menyiapkan proposal. Agak frust juga coz tak dpt siapkan awal. Tapi nak buat macamana. Ni la gayanya kalau belajar sambil bekerja.. mana kerja lagi, keluarga lagi..TAPIII..yang penting SEMANGAT!!!.
Tak boleh putus asa. Thn depan nak grade..insyaallah! x nak ngomel pnjg2..x cukup masa..jom layan gambar..
Nurqaseh di pesta buku PWTC

Azeq Khalish Hazim..x ketinggalan..

Ain Maisarah..penulis novel remaja yg meningkat naik.

nk jd cover majalah ni..koleksi sndri..

hasilnya...

ni khalish punya..

comel..

Monday, May 2, 2011

Selamat hari pekerja dan Pesta Buku 2011,

Assalamualaiikum buat kawan2 semua. Selamat hari Pekerja! em, banner yang cantik tu mummy ambil dari sini  . Tentu ramai yang gumbira sebab hari ni dpt cuti free. Alhamdulillah, boleh la bersama-sama keluarga sepanjang 3 hari . Anak2 yg sedang membesar sangat perlukan perhatian dari kita. Bagi cikgu-cikgi  dapat lah mereka berehat dari mengasuh anak hari ini dan kita ambil alih dengan berperanan sebagai ibubapa yg bertanggungjawab. Ceewwahh.. tazkirah kejap. Terima kasih juga kepada majikan yang memberikan cuti hari ini. Kepada yang perlu bekerja..pastikan kita mendapat bayaran yang sewajarnya.. Hari semalam hari terakhir pesta buku di PWTC. Sambutannya tak usah cakapla. Meskipun mummy x pergi tapi dpt mummy bayangkan sesaknya PWTC. Hari Sabtu , anak bujang mummy yang 2 org tu pergi dari pagi sampai malam, kata mereka tak syok sebab nak jalan pun tak boleh. Mujurlah mummy dah bawa mereka awal2. Waktu hari bekerja tak la sesak sangat. Bolehla santai2 sambil pilih2 buku. Kira banyak jugalah peruntukan yang keluar. Maklumlah bila dah sampai tempat mcm ni..boleh juling mata tengok buku. Sempat juga mummy jumpa Ain maisarah. Novel Ain jadi pilihan remaja terutama perempuan. Walaupun tak ada anak perempuan mummy baca juga sebab anak murid kat sekolah tu ramai yang minat Ain. Jadi sedikit sebanyak mummy perlu tahu jln ceritanya, apa kisahnya..bagus ke tidak...setakat ni belum boleh disimpulkan lagi kecuali dari aspek bahasa. Penggunaan Bahasa Melayu tinggi menjadi keutamaan bagi bahan penulisan keluaran PTS. Semalam mummy sempat ke Janda Baik bersama family. Kali pertama datang, tak sangka tempatnya menarik..sejuk dan nyaman macam di cameron highland juga. Insyaallah esok akan mummy post kan n3 di Janda Baik dan wajah2 Nurqaseh Airis Fiqriyah yang diserang campak, gambar2 di pesta buku dan macam-macam lagi... Doa mummy agar semua kawan2 sentiasa dibawah lindungannya..Aminn

Monday, April 25, 2011

Hari ini..

Hari ini..permulaan hari bagi minggu ini
Hari ini..permulaan akaun bagi bulan ini..
Hari ini..hari "bulan" kata anak2 di sekolah.. (monday) ummmph!. Hari yang paling sibuk, paling nak cepat, nak cepat sampai,nak cepat masuk,nak cepat keluar,nak cepat balik, nak cepat bayar hutang, nak cepat habiskan duit.Jadi kesimpulannya..hari ini............ bukan hari esok. betul kan????

Sunday, April 24, 2011

Macam tu ke?

Assalamualaiikum dan salam satu Malaysia  buat  kawan2 mummy di alam maya ni. Cuaca yang tak menentu dihujung minggu ni membuatkan mood pun boleh jadi tak menentu. Tapi masih lagi berada pada tahap yg ok. Tak de la terus down.  Semalam x bergerak ke mana2. Mummy & hubby duk umah layan anak2. Along pun sekolah ganti. Letih duk rumah ni sebenarnya lebih daripada kat tempat kerja. Bezanya..letih kat umah x de la tension sgt. Kalau pening kepala pun, hero2 mummy boleh tolong picit2kan. Hari ni pula mummy kn datang sekolah. Kalau fikirkan malas..toksah cakapla..tapi bila fikir tanggungjawab dan nak menuntut ilmu mummy gagahkan jua. Harap2 ceramah motivasi utk ibubapa ni betul2 berkesan. Bolehla diaplikasikan selepas ini. Ni..Mummy buat GA yang simple, cuma minta kawn2 komen. Ada yg tanya, nak tingkatkan trafik ke? eh..boleh mcm tu ke? maksudnya..bnyk sangat ke sumbangan trafik tu kat Mummy? bukan..bukan itu yg utama..mummy x prnh pun ber blog ni utk trafik..x dpt apa pun. Tapi nak mencari rakan2 yg ikhlas datang ke blog..beri komen, tinggal jejak yang dapat menceriakan  lagi blog ni. Oh ya..ada beg LV yang mummy beli daripada Azeera Ahmad. Rasanya nak dijadikan hadiah utama.. ! nak komen?..hahaha komen jgn x komen ya. 

Thursday, April 21, 2011

kuatnye la pengaruh!

"Soley..soley.."  "soley..soley.." ..tu la lagu yg keluar dr anak bujang mummy Azeq Khalish Hazim. Dah  la seminggu x pergi sekolah..seminggu juga la dia mengadap laptop. Tapi  kesian juga..hari2 dia mintak nak pergi tapi mummy x bagi takut berjangkit pada kawan2 yg lain. Dan yang kelakarnya..lagu tu bukan dia sorang je yg suka nyanyi..budak2 kat  sekolah pun sama. Kuat betul pengaruh  K.Limah ni dari sikembar yg berumur 4 tahun ni, sampailah yg berumur dah puluh2 tahun, terbawa2 trademark k.Limah tu. Kdg2 geli jg mummy tengok. Tak sesuai utk org lps umur ajuk mengajuk ni rasanya. Em..berbalik kepada anak2 kat sekolah..sekarang ni Mummy bukan setakat pening, migrain..begegar otak pun ada. Hari-hari datang sekolah..tapi tak nak belajar, malas buat kerja yg diberi cikgu, malas nak tengok apa yg cikgu ajar, malas nak salin..serba-serbi malas. Kalau la cikgu ugut nak rotan ke..pukul ke..bknnya diorg nak kisah. Sebab tau cikgu mesti x berani punya.Takut kn saman ngan mak bapak. Macamana la nak melentur buluh..kalau rebungnya dah patah2? Nak salahkan siapa? Kalau exam tu, cikgu pening2 kepala buat soalan..ada yg kene reject smp 2, 3 kali. Dapat kat diorang..jawab 1,2,3 dah cukup..yg lain tu..conteng2 je. Yang penting dpt main cepat..sebab exam kan x payah bawa buku ..bawa mainan jer. Cikgu nak marah? kdg2 tak kuasa juga..dah diorang kata mak x marah..kita pula nk busy body. Kalau bagi latihan suruh buat kat rumah..esok dtg sekolah cikgu dpt balik la soalan..bukannya jawapan. ishk2..dunia makin maju, tapi pemikiran kita makin sempit. Ada yang kata nak kaya x perlu sekolah tinggi2..menyanyi boleh kaya, berlakon boleh kaya, bisnes lagi cepat kaya. Ada yang kata..org yg belajar tinggi2 tu nk kerja kerajaan jer..habis..buat apa bina sekolah! aduh... pening mummy pikir. Baik stop sebelum melalut lagi..Ha..kalau nak hadiah..komen bnyk2 ye..adiosss!!!

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020