Tuesday, September 23, 2014

Bangau oh Bangau -";Apabila Kertas Matematik dan Bahasa Tamil di ulang"

"bangau oh bangau kenapa engkau kurus..." 



Keputusan mutakhir Lembaga Peperiksaan Malaysia ternyata tidak berpihak kepada murid-murid dan guru-guru. Sekali lagi kertas Matematik (015/1, 025/1,035/1 dan kertas Bahasa Tamil (036/037) perlu diambil oleh calon pada 9/10/2014.

"ikan oh ikan kenapa tak mau timbul.."











Bukan nak mempertikaikan keputusan LPM tetapi apakah rasionalnya peperiksaan ulangan dilaksanakan?Adakah semata-mata mahu menjaga integriti yg telah terbukti ketirisannya. Selalunya, UPSR tidak dianggap penting oleh ibu bapa kerana UPSR hanyalah penandaaras bagi murid-murid sekolah rendah. Masih banyak peperiksaan yang bakal mereka tempuhi.

"kerbau oh kerbau, kenapa kau tak makan rumput?"







"perut oh perut kenapa engkau sakit..."

Sebelum peperiksaan UPSR guru-guru berhempas pulas menurunkan segala ilmu yang ada untuk memastikan murid2 berada ditahap persediaan maksimum. Kemuncak segala usaha guru-guru akan diluahkan apabila  peperiksaan dilaksanakan. Sudah pasti situasi ini memberi tekanan kepada guru-guru.

Apakah Puncanya??
"nasi oh nasi kenapa engkau mentah"

Segalanya berpunca apabila sistem pendidikan dipertaruhkan dengan nilai yang tak seberapa..hanya kerana mengejar kedudukan duniawi, manusia hari ini sanggup membelakangkan kewajipan menyampaikan ilmu. Maka berulanglah episod "bangau oh bangau". siasatan perlulah hingga ke akar umbi supaya punca sebenar bagaimana kertas peperiksaan ini bocor dapat ditemui. Heretlah penyumbang-penyumbang yang menjayakan episod kebocoran ini bersama-sama ke muka pengadilan demi mengembalikan maruah profesionalisme keguruan yang tercalar..



"kayu oh kayu kenapa engkau basah..."



"hujan oh hujan kenapa kau timpa kayu"














Kita mampu mengandaikan masa depan melalui apa yang terjadi kepada generasi hari ini.. namun haruslah kita berpegang kepada kekuasaan ALLAH S.W.T.. setiap yang terjadi..adalah berpunca daripada sifat tamak dan haloba manusia..namun dengan keizinanNYA.. apabila Allah berfirman "Kun Fa Ya Kun" tiada daya kita sebagai hamba untuk mengalangnya.

"katak oh katak kenapa kau panggil hujan"
Ambil iktibar..kerana hanya itu yang kita mampu lakukan..meskipun "akujanji" bahawa tiada kertas soalan bocor lagi selepas ini, kita tidak mampu meramalkan apa yang bakal terjadi di masa2 akan datang kerana fitrah manusia " rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain"


"Ular oh ular , kenapa nk makan katak"



           
             
"macam mana aku tak makan..memang makanan aku"

Sunday, September 21, 2014

TIPS Kembali ke Sekolah..adakah anda ibu bapa prihatin?


Alhamdulillah..cuti pertengahan semester kedua dh pun berakhir. Hari ni Ummi akan menempuh perjalanan ke Gopeng lagi..rutin , hantar anak bujang menuntut ilmu.. sejak kelmarin dah bersiap2. Maklumlah..ada saje benda yg nak dibawanya. Bila sebut perihal kembali ke sekolah ni..senandunghati Ummi mula berlagu..adakah semua ibu bapa bersedia menghantar anak kembali ke sekolah..jom kita semak;
❎✔ Rambut anak (dipotong ikut spesifikasi sekolah atau artis pujaan)
❎✔ kuku dipotong bersih.(atau disimpan panjang warna-warni atau kotor)
❎✔ telinga (bersih atau erkk)
❎✔beg( keluarkan semua brg dari beg dan cuci bahagian dalam)
❎✔susun buku mengikut jadual
❎✔pastikan kerja sekolah siap dan alat tulis lengkap ( hari2 kena cek alat tulis twins Ummi..huhuu).
Angah..merangkap ketua QC utk adik2 ganti Along..beg,buku-buku dan jadual..angah uruskan.

Ni rambut sekolah..dari sisi tepi..

ni dari sisi tepi belah kiri..( 2 orang yang berbeza ya..hihihi)

Ni ketua QC yg dah letak jawatan..skrag nk hantar dia pulang ke IGOP..jem la jawabnya

So..jika anda perihatin..pastikan anak2 betul2 bersedia..

Saturday, September 20, 2014

GIVE AWAY SAYA NAK VITAMIN SHAKLEE RM 500



Assalamualiikum..pengguna-pengguna tegar Shaklee..anda tentu berminat dengan hadiah yang ditawarkan..
Memandangkan peluang yang datang bukan selalu tak patut kalau Ummi sengaja lepaskan. Maklumlah..nak kawal 5 org permata hati yang sedang membesar perlukan tenaga yang kuat. Eh..! sekejap, kalau nak menang kena jawab soalan " kenapa saya nak vitamin Shaklee"..yang diatas tu kira jawapan la kan?
tapi ni jawapan lengkap yang Ummi rasa sebab utama Ummi masuk giveaway ni.
"Saya nak vitamin Shaklee kerana ia mampu memberi tenaga dan memelihara kesihatan supaya lebih muda dari usia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNYA.."
kira dah lengkap la tu..rangkum sekali. 
Emm..nak tag..2 orang jerr..

1.  Munna di  

2.  Julia Johari di 
http://www.juliajohari.com/

Jom cuba ;klik disini!!!

Friday, September 19, 2014

LIEBSTER AWARD!! TQ FOR TAGGING

Alhamdulillah..dah lama juga sepi dari berblog. banyak saja kekangannya. Tak sangka pulak bila mula saja dengan post baru, dah ada kempen Liebster award. Thanks to rakan baru Issabella yang sudi meng "tag" diri ini..senandunghatiku berlagu riang..

Apa soalan dari cik Bella kita? Jom kita jawab.

  1. Apa anda paling tak suka masa berblogging? (of kos la membaca kisah2 yang dikongsikan sambil memfollow..)
  2. Apa kesusahan anda masa berblogging? (susah nk capai target BW)
  3. Apa yang paling mengembirakan anda masa berblogging? (baca entri2 yg menarik)
  4. Jenis blog yang macam mana paling anda suka? (kalerfull, banyak gambar2 yg menarik)
  5. Berikan 3 blog favorite anda. (miakiddle conway, Sifu Blogger Ben, ini blog ummiafiffah)
  6. Sape anda nak jadi? (be my self..hahaha..of kos blogger yang hebat..)
  7. Tempat paling best pernah anda pergi? (erk..semua tempat best!!)
  8. Comment ikhlas pasal blog bella. (kiut mcm cik bella..colourfull..my faberet)
  9. Barang yang paling anda teringin nak beli (mmm..kalaula dapat beli sunglasses -coach pilihanku..huhu)
  10. Ceritakan pengalaman paling romantis anda? romantis?..bila dpt tau preggy gigirl..i feel so sweet..dan jadi saat paling romantis dlm hidup..tq en hubby!
  11. Tempat makan kegemaran anda di mana? (paling suka makan di Indian Town -kuantan..nostalgia masa kecik2 sampai sekarang. kalau berpeluang mesti pergi pekena mee rebus, sup ayam cicah roti paun..yummm)
.Lepas tu..nk kena follow mcm cik Bella juga ke?
hihihi..ni my soalan:

1. kenapa anda berblogging?
2. Apa terget ketika berblogging?
3. Sambil berblogging apa yang anda buat?
4. Ada dorongan dari sesiapa tak?
5. Sebenarnya apa kepuasan berblogging?
6. adakah sekarang anda berada di tempat asal sendiri?
7. bidang pekerjaan?
8. sudah berkeluarga?
9. apakah tanggapan anda tentang perkongsian kisah2 peribadi di blog?
10. Suka makan apa?
11. Pandangan anda terhadap blog senandunghatiku..iklasss tauu!!!

sapa yang tersenarai?


Jom..sahut cabaran ni!








Wednesday, September 17, 2014

Selamat Hari Lahir dan Selamat Hari Malaysia 16 sept 2014

Happy besday Nurqaseh Airis Fiqriyah dan Hepi Besday Malaysia!!


Alhamdulillah dah masuk 4 tahun puteri hati Ummi. Nak jot down kaletah anak dara ni. selalunya kata orang bila yang di atas kakak2..mesti yg kecil akan ikut perangai kakak2  walaupun lelaki. Dan kalau yang atas tu abang2, maka  yang bongsu pun akan mengikut perangai abang..walaupun peempuan. Nurqaseh? ikut perangai abang tak? Terbalik..bukan dia yang ikut abang tapi abang yang ikut dia..

Main masak-masak..
abang pun ikut sama

suka kucing...abang pun suka juga..
suka makan..makan apa saja macam Ummi..abang pilih2  juga sikit-sikit..

Pendek kata..semuanya abang kena ikut dia..sebab garang dia macam Ummi..hihihi. Sambutan besday tanpa perancangan. Mula-mula nak potong kek malam je..sebab dia pun lahir dah hampir kepada penutup 16 september.. tapi bila semuanya mengantuk lepas makan ubat..so kami rancang nk buat surprise masa dia bangun pagi. Nak jadikan cerita..dia bangun lagi awal..lepas tu siap kejut semua orang bagitau hari ni besday dia..bijak..bijak!
Decoration ringkas..guna apa yang ada..kredit to Mak ra dan Mak teh. Kek abah belikan.."resepi rahsia" la kan..memang mabeles. Sempat juga Ummi order sepotong "durians  flavour".. my faberet.
Majlis simple hanya bersama anli keluarga yang penuh dengan  warna warni..
Ummi dan semua ahli keluarga sayang kamu!!


kek durian cheese..yumm...mcm makan musang King sebiji


Blackforrest Choc Indulgance
kali ke berapa entah..acara meniup lilin..sbb yang kiri dan kanan terlebih tiup..
Tersayang..

Kali ni turn angah pula yg bantu tiup..fuh!!! sekali je..


Hepi Besday Anak Malaysia!! semoga membesar sebagai warga yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak..Aminnnn!!!















Saturday, September 13, 2014

Permulaan cuti yang hambar..

Cuti pertengahan semester kedua sudah bermula. Semalam merupakan hari yang paling sibuk buat Ummi..banyak kerja nak disiapkan. seolah-olah ini adalah cuti penggal akhir. Tetapi disebalik kesibukan itu, sebenarnya keghairahan bercuti telahpun terbantut. Mana taknya, sekian lama bertungkus lumus menanti peperiksaan UPSR berlansung..terdapat beberapa kertas yang terpaksa diulang iaitu B.I dan Sains. Kesemuanya angkara manusia yang pendek akal. Malas nak komen panjang-panjang yang pastinya Ummi sangat kecewa!

Mengapa kami yang menjadi mangsa?

Jadi peristiwa 11 September 2014 akan dikenang oleh calon-calon  ini apabila mereka gagal menamatkan ujian mereka pada hari tersebut. Kertas BI dan Sains akan ditunda  kepada 30 Sept. 2014.  Tenyata setiap yang  berlaku ada hikmahnya.. sepatutnya calon menyertai lawatan ke luar daripada negeri Selangor sebagai lawatan melapangkan fikiran, Namun atas faktor-faktor tertentu, lawatan tersebut ditunda juga ke bulan November. Kalau tidak pasti kacau dibuatnya.

Hari ini..permulaan cuti agak hambar bila mereka diserang demam selsema dan batuk. Selepas sarapan menggagau Ummi mencari klinik..bimbang melarat, langsung tak boleh nk buat apa.
Along
Hadi Adha
Qaseh Airis
Maka..Ummi  declare untuk pulang ke Kg. halaman, tukar udara ..tak lah terkurung dlm rumah je. Jadi bonda tunggu kepulangan kami ya..

Mujurlah hanya ubat demam dan ubat batuk...tanpa antibiotik.

Jom packing apa yang patut sahaja kerana ada misi dan visi yang perlu dicapai.
Cepatlah sembuh duhai anak..kalau tidak alamat ke laut la tesis Ummi cuti seminggu ni.

Sayang kamu semua!

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020