Saturday, September 13, 2014

Permulaan cuti yang hambar..

Cuti pertengahan semester kedua sudah bermula. Semalam merupakan hari yang paling sibuk buat Ummi..banyak kerja nak disiapkan. seolah-olah ini adalah cuti penggal akhir. Tetapi disebalik kesibukan itu, sebenarnya keghairahan bercuti telahpun terbantut. Mana taknya, sekian lama bertungkus lumus menanti peperiksaan UPSR berlansung..terdapat beberapa kertas yang terpaksa diulang iaitu B.I dan Sains. Kesemuanya angkara manusia yang pendek akal. Malas nak komen panjang-panjang yang pastinya Ummi sangat kecewa!

Mengapa kami yang menjadi mangsa?

Jadi peristiwa 11 September 2014 akan dikenang oleh calon-calon  ini apabila mereka gagal menamatkan ujian mereka pada hari tersebut. Kertas BI dan Sains akan ditunda  kepada 30 Sept. 2014.  Tenyata setiap yang  berlaku ada hikmahnya.. sepatutnya calon menyertai lawatan ke luar daripada negeri Selangor sebagai lawatan melapangkan fikiran, Namun atas faktor-faktor tertentu, lawatan tersebut ditunda juga ke bulan November. Kalau tidak pasti kacau dibuatnya.

Hari ini..permulaan cuti agak hambar bila mereka diserang demam selsema dan batuk. Selepas sarapan menggagau Ummi mencari klinik..bimbang melarat, langsung tak boleh nk buat apa.
Along
Hadi Adha
Qaseh Airis
Maka..Ummi  declare untuk pulang ke Kg. halaman, tukar udara ..tak lah terkurung dlm rumah je. Jadi bonda tunggu kepulangan kami ya..

Mujurlah hanya ubat demam dan ubat batuk...tanpa antibiotik.

Jom packing apa yang patut sahaja kerana ada misi dan visi yang perlu dicapai.
Cepatlah sembuh duhai anak..kalau tidak alamat ke laut la tesis Ummi cuti seminggu ni.

Sayang kamu semua!

No comments:

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020