Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Terima kasih kerana sudi menjadi rakan seperjuanganku

iklan

kelab bloggr

Thursday, September 25, 2014

Demam Peperiksaan Mula Melanda








Sedar tak sedar, kita telah menghampiri penghujung tahun 2014. Bagi warga pendidik kesibukan pada bulan-bulan terakhir ni adakalanya menjadi ganda tiga. Memanglah, kerjaya guru nampak tidak sibuk atau santai.. tapi santai tersebut hanya difahami oleh warga pendidik dan keluarga mereka sahaja.

Bila kata hujung tahun, peperiksaan akhir mula menjengah pelajar-pelajar kita. Mungkin ada ibu bapa yang terlepas pandang kerana fokus di media selalunya hanya diberikan kepada peperiksaan Awam. Kerana itu kadangkala ibu bapa tidak menghiraukan perkembangan pendidikan anak-anak yang tidak menduduki peperiksaan Awam.

Jadi hari ni Ummi  ingin berkongsi dengan ibu bapa atau sesiapa sahaja yang berada di luar sana tentang jenis-jenis peperiksaan yang mungkin diduduki anak-anak kita.

Peperiksaan Sekolah Rendah.

Tahun ini peperiksaan UPSR mencatat sejarah. terdapat 3 kertas yang terpaksa diulang akibat kerakusan manusia. Bagi kertas Bahasa Inggeris ulangannya pada 30. 9 .2014. Pada masa yang sama kertas sains yang masih belum diduduki calon juga diadakan pada hari tersebut.
Manakala ulangan bagi kertas matematik 1 dan bahasa tamil akan diadakan pada 9.10.2014.
Selepas peperiksaan UPSR, calon-calon ini akan mengambil peperiksaan akhir tahun bagi subjek bukan teras yang telah mereka duduki dalam UPSR.
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2014



TARIKH

WAKTU
KOD KERTAS

NAMA KERTAS

MASA
JENIS KERTAS

















SELASA
30
SEPTEMBER
2014



08:00 pagi -
08:15 pagi




……….

Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat dan mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Soalan Subjektif




15 minit




……….



08:15 pagi -
09:30 pagi

018

028

038
Science (SK) Science (SJKC) Science (SJKT)



1 jam
15 minit

Objektif Aneka Pilihan dan Subjektif


10:15 pagi -
10:30 pagi



……….

Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat



15 minit



……….


10:30 pagi -
11:20 pagi


014/1


Bahasa Inggeris
Kertas 1 (SK)


50 minit

Objektif Aneka Pilihan


12:05 tengah hari -
12:20 tengah hari



……….

Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Jawapan Soalan Subjektif



15 minit



……….

12:20 tengah hari -
01:35 petang

014/2

Bahasa Inggeris
Kertas 2 (SK)

1 jam
15 minit

Subjektif



 Bagi murid tahun 5, mereka akan duduki peperiksaan akhir tahun setara sebagai TOV mereka pada tahun hadapan. Peperiksaan akhir tahun kebanyakan sekolah rendah akan bermula pada bulan oktober.

Begitu juga dengan murid-murid tahun 4, mereka akan duduki peperiksaan bagi menentukan TP dan TK sekitar Oktober. (selalunya jadual akan serentak dengan tahun 5) 

Sementara itu murid tahun1 hingga tahun 3 akan menduduki ujian sebagai rekod bagi melengkapkan band penguasaan dan  pencapaian mereka sepanjang tahun


Peperiksan Sekolah Menengah.

Pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 akan melengkapkan PBS  mereka sebagai rekod pencapaian akademik sehingga band 6.

Manakala pelajar-pelajar tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan bertulis PT3 Mulai september 2014


BIL
PERKARA
TARIKH
TINDAKAN
9
Guru mata pelajaran

§    Membuat      penyelarasan      panduan penskoran bersama Ketua Panitia.
§    Menjalankan pemeriksaan.
§    Membuat    semakan    skor    bersama calon selepas moderasi dan verifikasi skor oleh pentaksir kawasan.

Ketua Panitia

§    Membuat      penyelarasan      panduan penskoran bersama Guru Mata Pelajaran.
§    Melaksanakan moderasi pemeriksaan.

Catatan

Sekolah yang telah selesai membuat pemeriksaan sebelum 2 November boleh menghubungi Pentaksir Kawasan untuk menjalankan moderasi pemeriksaan lebih awal.
13 hingga 31
Oktober
Sekolah

10

Pentaksir  Kawasan  melaksanakan  moderasi pemeriksaan dan membuat verifikasi skor.

2 hingga 10
November

Pentaksir
Kawasan
11
Guru mata pelajaran:

·    Mereko sko calo pad Aplikasi
PT3.
·    Mencetak     Borang     Skor     Calon mengikut kelas dan mata pelajaran bagi membolehkan semakan teknikal dibuat  untuk  memastikan  skor  calon
pada   skrip   jawapan   calon  sama seperti skor calon yang telah direkodkan dalam Aplikasi PT3.

· Kajian Kes Sejarah dan Geografi
· Ujia Lisa Bahasa   Melay dan
Bahasa Inggeris



· Ujian Bertulis















15 September hingga 12
Oktober


2 hingga 10
November


Sekolah

Pelajar-pelajar tingkatan 4 juga tidak ketinggalan. dimana mereka akan menduduki peperiksaan setara mulai 29 September hinggalah ke bulan November.
(Bagi peljar SPB-peperiksaan setara seluruh Malaysia)

Manakala SPM akan bermula pada 3 November dan  peperiksaan STPM bermula pada minggu ini sehingga bulan November.
http://myschoolchildren.com/public-exam-calendar-2014/ 
(klik utk tarikh peperiksaan Awam)

Jadi ibu bapa..berikanlah perhatian kepada anak-anak anda untuk membuat persediaan bagi menduduki peperiksaan. Pupuk rasa daya saing dalam diri mereka agar mereka merasakan kepentingan menjawab peperiksaan.
Ummi doakan agar semua anak-anak berjaya mendapat tempat terbaik dan pencapaian terbaik dalam peperiksaan.





4 comments:

munna said...

Kesian pada anak2 yg ambil upsr then ni....

mardiana abu darin said...

betul tu..kesian. Tak semena-mena kene seat exam balik. Bersabarlah wahai anak2 didik..pendidik dan juga ibu bapa yg menghadapi situasi ini.

http://apapayahsangat.blogspot.com/

Mar Mansor said...

tumpang simpati dengan mereka yg menduduki upsr..kesian pd ibu bapa & guru juga..
doakan mereka buat yg terbaik juga kali ni

Senandung Hatiku said...

Ya..setuju..dugaan buat mereka..tapi peluang kedua tak selalu dtg.
Perlu sokongan ibu bapa. Tapi jgn abaikan anak2 yg lain..peperiksaan akhir mereka juga penting.btw..thks 4 the comment..