Tuesday, September 23, 2014

Bangau oh Bangau -";Apabila Kertas Matematik dan Bahasa Tamil di ulang"

"bangau oh bangau kenapa engkau kurus..." 



Keputusan mutakhir Lembaga Peperiksaan Malaysia ternyata tidak berpihak kepada murid-murid dan guru-guru. Sekali lagi kertas Matematik (015/1, 025/1,035/1 dan kertas Bahasa Tamil (036/037) perlu diambil oleh calon pada 9/10/2014.

"ikan oh ikan kenapa tak mau timbul.."











Bukan nak mempertikaikan keputusan LPM tetapi apakah rasionalnya peperiksaan ulangan dilaksanakan?Adakah semata-mata mahu menjaga integriti yg telah terbukti ketirisannya. Selalunya, UPSR tidak dianggap penting oleh ibu bapa kerana UPSR hanyalah penandaaras bagi murid-murid sekolah rendah. Masih banyak peperiksaan yang bakal mereka tempuhi.

"kerbau oh kerbau, kenapa kau tak makan rumput?"







"perut oh perut kenapa engkau sakit..."

Sebelum peperiksaan UPSR guru-guru berhempas pulas menurunkan segala ilmu yang ada untuk memastikan murid2 berada ditahap persediaan maksimum. Kemuncak segala usaha guru-guru akan diluahkan apabila  peperiksaan dilaksanakan. Sudah pasti situasi ini memberi tekanan kepada guru-guru.

Apakah Puncanya??
"nasi oh nasi kenapa engkau mentah"

Segalanya berpunca apabila sistem pendidikan dipertaruhkan dengan nilai yang tak seberapa..hanya kerana mengejar kedudukan duniawi, manusia hari ini sanggup membelakangkan kewajipan menyampaikan ilmu. Maka berulanglah episod "bangau oh bangau". siasatan perlulah hingga ke akar umbi supaya punca sebenar bagaimana kertas peperiksaan ini bocor dapat ditemui. Heretlah penyumbang-penyumbang yang menjayakan episod kebocoran ini bersama-sama ke muka pengadilan demi mengembalikan maruah profesionalisme keguruan yang tercalar..



"kayu oh kayu kenapa engkau basah..."



"hujan oh hujan kenapa kau timpa kayu"














Kita mampu mengandaikan masa depan melalui apa yang terjadi kepada generasi hari ini.. namun haruslah kita berpegang kepada kekuasaan ALLAH S.W.T.. setiap yang terjadi..adalah berpunca daripada sifat tamak dan haloba manusia..namun dengan keizinanNYA.. apabila Allah berfirman "Kun Fa Ya Kun" tiada daya kita sebagai hamba untuk mengalangnya.

"katak oh katak kenapa kau panggil hujan"
Ambil iktibar..kerana hanya itu yang kita mampu lakukan..meskipun "akujanji" bahawa tiada kertas soalan bocor lagi selepas ini, kita tidak mampu meramalkan apa yang bakal terjadi di masa2 akan datang kerana fitrah manusia " rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain"


"Ular oh ular , kenapa nk makan katak"



           
             
"macam mana aku tak makan..memang makanan aku"

No comments:

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020