Sunday, September 28, 2014

Trending,Kegilaan, Viral, "Lifestyle" dunia hari ini.

Wah, macam havoc je tajuk di atas. semalam tak sempat berblogwalking..sebab semalam Ummi menghilangkan stress di Saloon. huhu..setahun 4 kali jer..bila penat teramat sangat, satu cara nak hilangkannya pergilah buat apa2 yg patut kat saloon tu. Yang penting..urutan semasa mencuci rambut..fuhhh..menyegarkan.

Berbalik kepada tajuk entri yang agak rare tu.. apa yang Ummi nk kongsikan adalah lifestyle masyarakat kita hari ini. Setiap satunya nak dijadikan  trending. Mengikut bidang masing-masing. Contoh dalam bidang pentadbiran. Fokus akan beralih dari satu keenterian ke kementerian yang lain. Katalah sekarang yang menjadi trending adalah  "Kebocoran kertas peperiksaan" dan kementerian terlibat adalah "kementerian Pendidikan", maka setiap saat isu-isu yang berkaitan dengan kementerian Pendidikan akan kupas. Ianya menjadi kegilaan masyarakat.
               Ramai yang buat entri pos samada di FB, Blog, WhatAaps, Telegram, We Chat, Media elektronik..sampaikan balik kampung jumpa saudara mara pun isu yang sama dibincangkan. Masing masing nak tunjuk hebat dan penuh berpengetahuan dan paling sedih apabila ia menjadi virus dikalangan warga kementerian itu sendiri terutama sekali cikgu-cikgu. Huh., sentap Ummi sebab terkena tempiasnya.. bila jumpa sahaja parent kat luar soalan mereka yang pertama : "macamana cikgu, sekolah kita ada dapat soalan bocor ke?' huaaaaaaa!!!! nak nangis rasa. Jawapannya "of kos" la tak..sebab tu sekolah kami sentiasa diperhatikan oleh PPD, Jabatan..kononnya sebab prestasi tak meningkat-ningkat. Sekolah sebelah kataya tahun lepas dapat 100%. Tapi bila tanya strategi apa yg mereka guna..terus senyap..tak boleh kongsi(sbb tiada strategi..). Bila nak reda ya isu bocor- bocor ni? kita tunggu ajelah..kementerian mana pulak lepas ni.                    
Ikhsan google..


     Semalam juga..bila buka FB..wah..begitu meriah update tentang design terbaru keluaran "Aidijuma"  yang jadi trending buat masa ni. Sana sini berebut-rebut..Ummi sempat grab 3 helai dari kawan di sekolah yang jadi suplier bidan terjun. Ye lah, asalnya dia nak beli untuk diri sendiri..tapi kami ni pakat2 kirim..sudahnya ambik kau!! Harga?.. ok, harganya dah tentulah tak sama seperti harga di butik yg dpt diskaun tu. Tapi kira masih berbaloi sbb tak payah nak pergi, rebut-rebut parking dan rebut-rebut tudung..kalau Ummi gi sendiri maunya habis "sekedai" kuborong. Setiap designlah jawabnya. bukan sekodi..hihihi. Apa masalahnya..masalahnya bila ia menjadi kegilaan, ada yang ambil kesempatan. 
     Dengar khabar setiap pengunjung hanya boleh beli 2 helai design terbaru..tapi apa jadi? kata mereka (berdasarkan komen2 di FB), staf2 AJ dah sorok design2 yang menjadi kegilaan tu utk pembeli2 tertentu. Kesian yang datang sbb tak dapat stok dikehendaki oleh pelanggan. Sudahnya..dlm FB pun gaduh2..huhuhu..memang virus ni. Harga tudung yg asalnya mampu milik utk semua lapisan masyarakat jadi begitu ekslusif mcm tudung keluaran syarikat _(tuuuut..)__ yang begitu panas sebelum ni. Tudung jee..kenapa la nak jual mahal..kan bagus kalau ikut shj harga asal. dan kalau nk ambil upah pun pastikan keuntungganya hanya separuh dari harga sebenar..bukan sampai 5 kali ganda..nangis lagi..huaaaaaa....(pihak AJ kenalah buat siasatan dan fikir langkah terbaik menangani isu ni).
Ni design AJ yan Ummi dpt grab.



Bila dah ada kat rumah..tekan2 TV ..tengok ada Akademik Fantasia..patutla sibuk sangan mengomen di FB...demam AF dah melanda rupanya..daripada cikgu-cikgunya, pelajar-pelajarnya sampailah ke pengkritik-pengkritiknya!..amboi..ada je komen2 yang panas dan pedas dari penonton AF. Mujurlah Ummi tak minat AF..jadi tak perlu terkena virusnya..so apa lagi..Korean Time la.

ini kot peserta AF yang terkini?..


Rasanya pembaca2 pun boleh menilai..apa yang menjadi Trending, terutama dalam bidang masing-masing kan?

Cuba listkan apa yang anda fikir menjadi Trend, kegilaan dan Virus..?


No comments:

Post 1 ~2020 Halaman 152/366 Hari ke 75 PKP Hari ke-19 Fasa 5 PKP.  Hari ke-28 PKPB.  8 Syawal 1441H/ 31.05.2020